Taska/Tadika Aimanur Ilmi

Taska/Tadika Aimanur Ilmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Taska/Tadika Aimanur Ilmi, Education, No 35, Jalan Pulai 7, (ESCADIA), Taman Desaru Utama, Kota Tinggi.

Pre school education
NO PENDAFTARAN: 202003210419 (JM0941652-W)

NO PENDAFTARAN: J5A3061

Salah satu cawangan Taska / Tadika Pintar Jaya Kerteh ( TTPJ group Islamic Educare) di Desaru Utama.

27/08/2026

Selamat Hari lahir bulan ogos buat anak-anak yang menyambut pada bulan ogosšŸŽ‚šŸ’

27/08/2026

Anak-anak menyanyi lagu Jalur Gemilang bersama pendidik dengan semangat dan gembiršŸ‡²šŸ‡¾

27/08/2026

Gelak tawa dan langkah serentak anak-anak bersama pendidik menari tarian Malaysia Madani.

Semoga semangat patriotik ini terus mekar dalam generasi pewaris bangsašŸ‡²šŸ‡¾

Selamat Hari lahir buat anak-anak yang lahir pada bulan ogos.Semoga membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh dan so...
27/08/2026

Selamat Hari lahir buat anak-anak yang lahir pada bulan ogos.

Semoga membesar dengan baik, menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu dan berbakti kepada agamašŸ’

Ucapan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ibu bapa atas sumbangan makanan buat anak-anak taska dan tadikašŸŽ‚

Berhati-hati
22/07/2026

Berhati-hati

SEBIJI ANGGUR.
SATU SALURAN NAFAS.
SATU NYAWA.

Sedih sebenarnya bila terdengar satu kes yang sangat menyayat hati di wad kecemasan. Petang itu, seorang anak kecil sedang makan bersama keluarganya.

Ibunya memberikan beberapa biji anggur. Anak itu mengambil sebiji, memasukkannya terus ke dalam mulut dan berlari semula untuk bermain.

Beberapa saat kemudian, suasana rumah tiba-tiba menjadi sunyi.

Tiada batuk.
Tiada tangisan.
Tiada suara.

Anak itu hanya berdiri dengan mata terbeliak, mulut terbuka dan kedua-dua tangannya memegang leher.

Wajahnya mula berubah kebiruan.

Sebiji anggur telah tersangkut dan menutup saluran pernafasannya.

Bila di bawa ke kecemasan, anak itu tidak lagi bernyawa.

Anggur nampak lembut dan tidak berbahaya. Tetapi bentuknya yang bulat, licin dan hampir sama dengan saiz saluran pernafasan kanak-kanak boleh menjadikannya seperti ā€œpenutupā€ yang menyekat udara sepenuhnya.

Sebab itu anggur tidak boleh diberikan kepada anak kecil dalam bentuk bulat.

Bukan dibelah dua.

Bukan dipotong seperti syiling.

Potong anggur memanjang kepada empat bahagian supaya bentuknya menjadi kecil dan tidak bulat.

Selain anggur, jangan berikan makanan berikut dalam bentuk asal kepada anak kecil:

• Sosej yang dipotong bulat
• Gula-gula keras atau kenyal
• Kacang dan biji-bijian
• Bertih jagung
• Marshmallow
• Bebola ikan atau bebola daging yang besar
• Ketulan epal, lobak atau daging yang keras
• Sesudu besar mentega kacang
• Chewing gum

Jauhkan juga belon, syiling, bateri butang, guli, penutup botol, magnet dan bahagian kecil permainan.

Pastikan anak duduk ketika makan. Jangan benarkan mereka makan sambil berlari, bermain, ketawa atau berada di dalam kereta tanpa pengawasan.

Jika anak masih boleh batuk dengan kuat, galakkan mereka terus batuk.

Tetapi jika anak tidak mampu bernafas, bercakap, menangis atau batuk, anggap saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya.

Hubungi 999 segera dan lakukan bantuan kecemasan tercekik mengikut umur anak jika anda tahu caranya. - Teknik Heimlich

Jangan mengorek mulut secara membuta tuli kerana objek boleh tertolak lebih dalam.

Kadang-kadang tragedi tidak bermula dengan benda tajam, racun atau kemalangan besar.

Kadang-kadang ia hanya bermula dengan sebiji anggur yang tidak dipotong dengan betul.

Potong kecil.
Duduk ketika makan.
Awasi setiap suapan.

Alhamdulillah telah berlangsung consultation day Tadika Kali kedua pada 17 & 18 Julai 2026.Terima kasih kepada Ibu bapa ...
16/07/2026

Alhamdulillah telah berlangsung consultation day Tadika Kali kedua pada 17 & 18 Julai 2026.

Terima kasih kepada Ibu bapa yang telah hadir untuk sama-sama membincangkan perkembangan anak masing-masing.

29/06/2026

Dua minggu berturut-turut telah berlangsung bengkel selama 2 hari pada hari Sabtu untuk para pendidik taska, tadika dan pusat jagaan ILMI telah dipimpin oleh Puan Nor Hatijah binti Napiah Hatijah Napiah selaku penasihat kokurikulum dan latihan dalaman ILMI.

Bengkel dan latihan berkisar isu-isu penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, penderaan, kecuaian, eksploitasi dan salah laku terhadap kanak-kanak.

Selain beberapa peringatan SOP patuh dan akta pelanggaran peraturan JKM yang mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.


Selamat Hari lahir kepada anak-anak yang menyambut Hari Lahir pada bulan May dan Jun. Semoga menjadi anak yang soleh dan...
25/06/2026

Selamat Hari lahir kepada anak-anak yang menyambut Hari Lahir pada bulan May dan Jun. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah serta Berjaya didunia dan diakhirat.

Terima kasih Ibu bapak yang telah menyumbang kan makanan untuk anak-anak tadikašŸ¤—šŸ„°šŸŽ‚

Kanak-kanak taska, tadika dan Pusat jagaan didedahkan Cara mengasingkan bahan buangan mengikut kategori.
24/06/2026

Kanak-kanak taska, tadika dan Pusat jagaan didedahkan Cara mengasingkan bahan buangan mengikut kategori.

18/05/2026

Address

No 35, Jalan Pulai 7, (ESCADIA), Taman Desaru Utama
Kota Tinggi
81930

Opening Hours

Monday 06:30 - 19:30
Tuesday 06:30 - 19:30
Wednesday 06:30 - 19:30
Thursday 06:30 - 19:30
Friday 06:30 - 19:30
Sunday 06:30 - 19:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska/Tadika Aimanur Ilmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska/Tadika Aimanur Ilmi:

Shortcuts

Share

Category