Asrama Desa SK Gembut

Asrama Desa SK Gembut "Asrama Gemilang, Pelajar Cemerlang" Asrama Desa SK Gembut dibina pada 10 Mac 1997 dan diasaskan oleh En.

Harom bin Hj Ikhsan yang merupakan Guru Besar SK Gembut ketika itu. Asrama Desa SK Gembut ini terletak kira-kira 34km dari Bandar Kota Tinggi dan 10km dari Pekan Tanjung Sedili. Bangunan asrama terdiri daripada tiga blok utama bangunan satu tingkat. Satu blok untuk penghuni lelaki beserta bilik bertugas warden lelaki dan satu blok untuk penghuni perempuan beserta bilik bertugas warden perempuan. M

anakala satu blok utama lagi menempatkan dewan makan, dapur asrama, stor simpanan bahan kering dan pejabat penyelia asrama. Kapasiti penghuni asrama adalah terhad kepada 50 orang sahaja; iaitu 25 orang penghuni lelaki dan 25 orang penghuni perempuan. Asrama ini diterajui oleh Guru Besar SK Gembut sebagai Penguasa Asrama dan dibantu oleh Penolong Kanan HEM sebagai Timbalan Penguasa Asrama, dua orang warden, seorang penyelia asrama dan dua orang pembantu pengurusan murid asrama. Penghuni asrama terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 yang datang dari sekolah-sekolah sekitar Zon Sedili, iaitu SK Gembut, SK Seri Setia Jaya, SK Mawai, SK Sedili Besar, SK Teluk Hutan Lesung, SK Sedili Kecil, SK Sempang, SK Seri Aman dan SK Bukit Mahkota. Kini penghuni asrama tidak lagi terbatas kepada sekolah-sekolah Zon Sedili sahaja, tetapi terdiri daripada murid-murid yang datangnya dari sekitar daerah Kota Tinggi, Johor Bahru, Pasir Gudang, Kulaijaya, Kluang dan sebagainya. Namun begitu, keutamaan tetap diberikan kepada penduduk tempatan.

Alhamdulillah, selesai sudah berpuasa sebulan di Asrama Desa SK Gembut. Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, pelba...
17/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah berpuasa sebulan di Asrama Desa SK Gembut. Sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini, pelbagai kenangan manis dan pengalaman berharga telah dilalui bersama. Dari sahur hingga ke waktu berbuka, setiap detik mengajar erti kesabaran, kebersamaan dan keikhlasan dalam beribadah.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga asrama, guru-guru, serta pihak pentadbir yang sentiasa komited memastikan kebajikan dan pengisian rohani anak-anak terjaga dengan baik. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan.

Semoga segala amalan sepanjang bulan Ramadan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi bekalan untuk kita terus istiqamah melakukan kebaikan di bulan-bulan seterusnya. Moga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar dan kenangan Ramadan ini kekal terpahat di hati. 🤲✨

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin
Dari kami seluruh warga kerja Asrama Desa SK Gembut




.0


.0








Ahad, 08.03.2026Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Jamuan Iftar Ramadan Asrama Desa SK Gembut telah be...
12/03/2026

Ahad, 08.03.2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Jamuan Iftar Ramadan Asrama Desa SK Gembut telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhuwah yang sangat indah.

Pihak pengurusan asrama merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa serta para tetamu yang sudi hadir bagi bersama-sama menyantuni anak-anak asrama dalam majlis berbuka puasa ini.

Terima kasih juga atas segala sumbangan juadah iftar yang dibawa dan dikongsi bersama. Keprihatinan serta keikhlasan tuan puan amat bermakna dalam memeriahkan lagi suasana Ramadan di asrama.

Semoga setiap sumbangan, masa dan kehadiran tuan puan menjadi amal kebajikan yang diberkati serta dikurniakan ganjaran berlipat ganda oleh Allah SWT.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mengeratkan hubungan antara pihak asrama, ibu bapa dan komuniti dalam sama-sama membentuk sahsiah serta kebajikan anak-anak.




.0


.0








08.03.2026, AhadTaklimat Asrama dan Majlis Akur Janji Murid Asrama Desa SK Gembut telah diadakan bagi memberi penerangan...
12/03/2026

08.03.2026, Ahad

Taklimat Asrama dan Majlis Akur Janji Murid Asrama Desa SK Gembut telah diadakan bagi memberi penerangan kepada murid-murid berkaitan peraturan, disiplin serta pengurusan kehidupan di asrama.

Melalui sesi ini juga, murid-murid telah melafazkan aku janji sebagai tanda komitmen untuk mematuhi segala peraturan asrama serta berusaha membentuk sahsiah diri yang lebih baik sepanjang berada di asrama.

Semoga dengan taklimat dan aku janji ini, murid-murid dapat menjalani kehidupan di asrama dengan lebih teratur, berdisiplin dan penuh tanggungjawab.




.0


.0








Ramadan mengajar kita erti kebersamaan dan kasih sayang.04.03.2026, Selasa :Alhamdulillah, Jamuan Iftar bersama pentadbi...
11/03/2026

Ramadan mengajar kita erti kebersamaan dan kasih sayang.

04.03.2026, Selasa :

Alhamdulillah, Jamuan Iftar bersama pentadbir di Asrama Desa SK Gembut berlangsung dalam suasana penuh kemesraan apabila Guru Besar dan pentadbir turun padang menyantuni anak-anak asrama.

Semoga momen sederhana ini menjadi kenangan bermakna dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar Asrama Desa SK Gembut. 🌙✨




.0


.0








PEMBUDAYAAN SOLAT SEMPURNA08.02.202610.30 PagiSurau Al Hakim Asrama Desa SK GembutProgram ini diadakan bagi membantu mur...
24/02/2026

PEMBUDAYAAN SOLAT SEMPURNA
08.02.2026
10.30 Pagi
Surau Al Hakim Asrama Desa SK Gembut

Program ini diadakan bagi membantu murid memahami rukun, syarat, bacaan dan pergerakan solat dengan betul. Melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal, diharapkan murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna serta berdisiplin dalam kehidupan seharian.

Objektif Program :
• Memberi pendedahan tentang kepentingan solat dalam kehidupan.
• Meningkatkan kefahaman murid terhadap rukun dan syarat sah solat.
• Melatih murid melakukan solat dengan betul dari segi bacaan dan pergerakan.
• Membentuk sahsiah dan disiplin murid melalui amalan solat.

Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua murid dalam meningkatkan kefahaman dan pengamalan solat. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.




.0


.0








07.02.2026WUDUK SEMPURNA, IBADAH TERPELIHARA2.30 PetangPersekitaran Asrama Program Pengukuhan Amalan Wuduk ini bertujuan...
24/02/2026

07.02.2026
WUDUK SEMPURNA, IBADAH TERPELIHARA
2.30 Petang
Persekitaran Asrama

Program Pengukuhan Amalan Wuduk ini bertujuan membimbing murid supaya lebih berdisiplin, berilmu dan beristiqamah dalam menjaga kebersihan serta kesucian diri.

Objektif program ini adalah :
• Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan wuduk yang sempurna.
• Membimbing murid melaksanakan wuduk mengikut rukun dan tertib yang betul.
• Memupuk sikap menjaga kebersihan dan kesucian diri.
• Membentuk sahsiah murid yang berdisiplin dalam ibadah harian.

Diharapkan Program Pengukuhan Amalan Wuduk ini dapat memberi manfaat kepada murid dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap ibadah wuduk. Semoga program ini dapat melahirkan murid yang berdisiplin, berakhlak mulia serta istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah SWT.




.0


.0








07.02.2026PROGRAM TAHLIL PERDANA DAN KENDURI SEKAMPUNG SEMPENA SAMBUTAN AWAL RAMADHAN ALMUBARAK▪️Tarikh : 7.2.2026▪️Hari...
24/02/2026

07.02.2026
PROGRAM TAHLIL PERDANA DAN KENDURI SEKAMPUNG SEMPENA SAMBUTAN AWAL RAMADHAN ALMUBARAK

▪️Tarikh : 7.2.2026
▪️Hari : Sabtu
▪️Masa.: 9.00 pagi
▪️Tempat : Masjid Kg Gembut




.0


.0








Selamat datang diucapkan kepada Cikgu Haji Ahsahri bin Haji Kasdi , Guru Besar SK Gembut. Semoga dapat berkhidmat dengan...
30/01/2026

Selamat datang diucapkan kepada Cikgu Haji Ahsahri bin Haji Kasdi , Guru Besar SK Gembut. Semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang dalam usaha memaksimumkan keberhasilan & kemenjadian anak-anak SK Gembut Teratas.

Ramah mesra Tuan Guru Besar bersama anak2 asrama.




.0


.0








Ahad, 25.01.2026, Dewan Makan Asrama Desa SK Gembut.Majlis Sanjungan Budi, Tautan Kasih Tuan Guru Besar SK Gembut, Cikgu...
27/01/2026

Ahad, 25.01.2026, Dewan Makan Asrama Desa SK Gembut.

Majlis Sanjungan Budi, Tautan Kasih Tuan Guru Besar SK Gembut, Cikgu Mohammed Hajazi Bin Abdul Hamid yang akan bertukar ke SK Seri Setia Jaya.

Terima kasih atas segala jasa, tunjuk ajar dan kepimpinan yang penuh hikmah. Kenangan bersama cikgu akan sentiasa terpahat di ingatan kami.

Perpisahan ini bukan noktah, tetapi permulaan kepada lembaran baharu yang lebih gemilang.
Kami doakan agar cikgu terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kejayaan di tempat baharu.

Semoga terus dilimpahi kejayaan di tempat baharu.
Selamat maju jaya, Guru Besar yang kami kasihi. 💙




.0


.0








Throwback Pulang Bermalam Pertama Kali Asrama Desa SK Gembut 2026 😄✨Detik penuh debaran, ada yang senyum lebar, ada yang...
27/01/2026

Throwback Pulang Bermalam Pertama Kali Asrama Desa SK Gembut 2026 😄✨

Detik penuh debaran, ada yang senyum lebar, ada yang peluk beg erat-erat, ada juga yang tak sabar nak jumpa mak ayah dan tak kurang juga ada yg menangis melepaskan rindu 😆
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Macam2 cara mak ayah nak buat untuk anak sebagai peneman rindu...ada yang tinggalkan baju mak ayah..yang tampal gambar keluarga..yang bekalkan bantal busuk pun ada..terhibur kami warga Pengurusan Asrama dengan telatah anak2 semua.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama yang sangat baik sepanjang minggu orientasi.

Walaupun berjauhan seketika, kasih sayang tetap dekat di hati ❤️
Semoga anak-anak terus kuat, berdikari dan makin hebat di asrama!




.0


.0








Pihak Asrama Desa SK Gembut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Johor Plantations Grou...
23/01/2026

Pihak Asrama Desa SK Gembut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Johor Plantations Group atas kunjungan serta sokongan yang diberikan dalam membantu usaha memajukan Asrama Desa SK Gembut (ADSKG). Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat bermakna serta diharapkan dapat diteruskan demi kesejahteraan dan pembangunan sahsiah murid asrama.




.0


.0








Address

Jalan Tanjung Sedili
Kota Tinggi
81900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asrama Desa SK Gembut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Asrama Desa SK Gembut:

Shortcuts

Share

Category