SRI Al-Qarni cawangan Bandar Penawar

SRI Al-Qarni cawangan Bandar Penawar Sekolah Agama Swasta;

1- Kelas KAFA (Silibus Jabatan Agama Islam Johor)
2- Hafazan
3- Kelas Mengaji Fizikal & Online
4- Perkhidmatan Transit & Transport

KELAS TAMBAHAN UPKK & SDEA Bermula Jun yang lalu, sekolah kami telah mengadakan kelas tambahan khas sebagai persediaan r...
22/07/2026

KELAS TAMBAHAN UPKK & SDEA

Bermula Jun yang lalu, sekolah kami telah mengadakan kelas tambahan khas sebagai persediaan rapi buat anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK dan SDEA.

​Berikut adalah ketetapan kelas tambahan yang sedang dijalankan:
​🕒 Masa: 8:00 pagi – 10:00 pagi
📅 Hari: Setiap hari Sabtu
🔁 Kekerapan: 4 kali pertemuan sebulan

​Pihak sekolah memohon kerjasama berterusan daripada ibu bapa untuk memastikan kehadiran istiqamah anak-anak ke kelas ini. Bimbingan berterusan ini amat penting demi memastikan mereka bersedia sepenuhnya dan mencapai keputusan yang cemerlang.

"​Ya Allah, kami menadah tangan memohon rahmat dan pertolongan-Mu. Berkatilah usaha anak-anak kami, limpahkanlah tumpuan, kefahaman yang mendalam, serta fokus yang kuat dalam persiapan menghadapi peperiksaan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka untuk beroleh kejayaan yang cemerlang dan membanggakan"

Amin Ya Rabbal Alamin .

**Pendaftaran untuk kelas tambahan SDEA masih dibuka.

20/07/2026

🌿 Alam bukan sekadar ciptaan, tetapi madrasah yang mengajar erti syukur, sabar dan mengenal kebesaran Allah.

🌿 TADABBUR ALAM: ALAM SEBAGAI MADRASAH KEHIDUPAN 🌿Alhamdulillah, program Tadabbur Alam: Alam Sebagai Madrasah Kehidupan ...
20/07/2026

🌿 TADABBUR ALAM: ALAM SEBAGAI MADRASAH KEHIDUPAN 🌿

Alhamdulillah, program Tadabbur Alam: Alam Sebagai Madrasah Kehidupan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan. Melalui pemerhatian terhadap keindahan alam ciptaan Allah SWT, murid-murid dididik untuk mengenali kebesaran-Nya, mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan serta memupuk rasa tanggungjawab sebagai khalifah dalam memelihara alam sekitar.

Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa mengingati Allah SWT, menghargai setiap nikmat yang dimiliki, serta mengamalkan sikap bersyukur dalam setiap aspek kehidupan.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
— Surah Ar-Rahman

📍 SRI AL QARNI
Berilmu • Beriman • Berbakti

[ SIRI PEMBELAJARAN SIRAH TAHUN 4: PEMBANGUNAN NEGARA ISLAM DI MADINAH ] 🕌✨​​Hari ini, murid-murid mendalami subjek Sira...
15/07/2026

[ SIRI PEMBELAJARAN SIRAH TAHUN 4: PEMBANGUNAN NEGARA ISLAM DI MADINAH ] 🕌✨


​Hari ini, murid-murid mendalami subjek Sirah (Bab 3) yang mengisahkan detik penting selepas peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dan umat Islam ke Madinah.
​Tahukah kita? Penghijrahan tersebut bukan sekadar berpindah tempat, tetapi merupakan titik mula terbinanya sebuah Negara Islam yang kukuh melalui 5 Aspek Utama:

​✅ ڤمبيناءن مسجد (Pembinaan Masjid) – Syiar Islam dan pusat penyatuan ummah.
✅ ڤنتدبيرن (Pentadbiran) – Pengurusan negara yang sistematik dan adil.
✅ ڤنديديقن (Pendidikan) – Melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
✅ ايكونومي (Ekonomi) – Membangunkan sistem perdagangan yang berkat.
✅ هوبوڠن ديڤلوماتيك (Hubungan Diplomatik) – Menjalin kerjasama demi keamanan sejagat.
​📝 Tugasan Murid:
Bagi memastikan pemahaman yang lebih mendalam, murid-murid ditugaskan untuk menyalin semula Peta Minda (Awan) ini ke dalam buku nota masing-masing. Melalui teknik pemetaan ini, murid dapat melihat 'gambaran besar' (overall picture) bagaimana Rasulullah SAW membangunkan Madinah secara menyeluruh.

​Semoga anak-anak kita bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mengambil ibrah (pengajaran) daripada sejarah agung perjuangan Nabi kita. 📖💡

​Ayuh murid-murid, siapkan nota anda dengan kemas dan cantik! 💪🎨

SEKALUNG PENGHARGAAN: TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN REZEKI (14 JULAI 2026)​🕊️ Sesi Pagi: Sumbangan Kasih & Doa Buat Almarh...
15/07/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN: TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN REZEKI (14 JULAI 2026)

​🕊️ Sesi Pagi: Sumbangan Kasih & Doa Buat Almarhumah

​Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga ananda Aakif Qafeel atas sumbangan makanan buat warga sesi pagi semalam. Sumbangan ini diniatkan khusus sebagai sedekah jariah buat almarhumah neneknya, Allahyarhamah Hadijah Binti Markat, yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin, 6 Julai lalu.

​Sama-sama kita tadahkan tangan mendoakan agar roh Allahyarhamah di tempatkan di tempat yang terpuji di sisi Allah SWT, diampunkan segala khilafnya, dan dijadikan kuburnya salah satu taman daripada taman-taman syurga. Terima kasih atas ingatan dan perkongsian rezeki ini.

​🎉 Sesi Petang: Ceria Sambutan Hari Lahir

​Suasana petang p**a diserikan dengan majlis sambutan hari lahir anakanda Anais Khalishah bersama rakan-rakan Tahun 5 (Calon UPKK 2026). Terima kasih atas kesudian berkongsi rezeki makanan yang enak bersama rakan-rakan sekelas!

​Selamat Hari Lahir Anais Khalishah! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan diberikan kefahaman yang terang dalam menuntut ilmu. Didoakan juga agar Anais dan seluruh rakan-rakan Tahun 5 dipermudahkan urusan serta beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2026 nanti. Insya-Allah.

​Terima kasih sekali lagi kepada para ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendekatkan ukhuwah bersama pihak sekolah. Semoga murah rezeki dan diberkati sentiasa.

📢 Sorotan Kelas  Muamalat: Al-Khiyar​Alhamdulillah, sesi pembelajaran subjek Muamalat diteruskan lagi dengan kupasan pen...
13/07/2026

📢 Sorotan Kelas Muamalat: Al-Khiyar

​Alhamdulillah, sesi pembelajaran subjek Muamalat diteruskan lagi dengan kupasan penting di bawah Khiar.

​ anak-anak fokus mempelajari tajuk Al-Khiyar (خيار), iaitu:
📌 "ڤيليه سام اد جادي بلي اتاو تيدق"
(Hak memilih sama ada mahu meneruskan jual beli atau membatalkannya).

​Melalui nota visual yang ringkas ini, mereka diperkenalkan dengan 3 jenis utama Khiyar:
1️⃣ خيار مجليس (Khiyar Majlis)
2️⃣ خيار شرط (Khiyar Syarat)
3️⃣ خيار عيب (Khiyar Aib)

​Pendekatan nota yang mudah dan padat sebegini sangat membantu anak-anak memahami cara Islam menjaga keadilan dan hak dalam urusan perniagaan seharian. Syabas anak-anak atas tumpuan yang diberikan! 🌟😊

​📅 Khamis, 9 Julai 2026 / 24 Muharram 1448 H

*MAKLUMAN CUTI PERISTIWA*Ibu bapa / penjaga yang dirahmati Allah,بسم الله الرحمن الرحيمالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ...
12/07/2026

*MAKLUMAN CUTI PERISTIWA*

Ibu bapa / penjaga yang dirahmati Allah,

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebagaimana maklum, Kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan pada *13 Julai 2026 ( Isnin )* sebagai cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, SRI Al Qarni tidak beroperasi pada tarikh tersebut.

Oleh itu, kami akan mula beroperasi semula pada *14 Julai 2026 ( Selasa )*. إن شاء الله

Sekian, terima kasih.

🎨✨ Art & Craft: Kreativiti Tanpa Batas! ✨🎨Setiap hasil tangan adalah cerminan imaginasi, usaha dan keyakinan diri. Melal...
10/07/2026

🎨✨ Art & Craft: Kreativiti Tanpa Batas! ✨🎨

Setiap hasil tangan adalah cerminan imaginasi, usaha dan keyakinan diri. Melalui aktiviti Art & Craft, murid bukan sahaja menghasilkan karya yang menarik, malah belajar untuk berfikir secara kreatif, meningkatkan koordinasi motor halus serta membina kesabaran dalam menyiapkan tugasan.

Setiap warna yang dipilih dan setiap sentuhan yang dihasilkan membawa makna tersendiri. Teruskan berkarya, kerana kreativiti hari ini adalah inspirasi untuk masa depan.

🌈 Belajar • Berkreativiti • Berkarya

✨ Belajar Membina Keyakinan Diri: Sesi Pembentangan Pelajar Tahun 4✨​Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di SRI Al-Qa...
09/07/2026

✨ Belajar Membina Keyakinan Diri: Sesi Pembentangan Pelajar Tahun 4✨

​Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di SRI Al-Qarni, proses pembelajaran bukan sahaja untuk menimba ilmu teori, malah menjadi medan terbaik untuk anak-anak melatih keberanian dan keyakinan diri sejak di bangku sekolah lagi.

​Baru-baru ini, para pelajar Tahun 4 telah diberikan tugasan berkump**an bagi subjek Jenayah (Bab Diyat: Hukuman Diyat ke Atas Kecederaan Anggota).

​Melalui aktiviti ini, mereka dikehendaki:
📝 Menghasilkan nota ringkas mengikut tajuk yang diberi.
🗣️ Berdiri di hadapan kelas untuk membentangkan hasil kerja mereka.

​Sejujurnya, mereka masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari dalam kemahiran membentang (presentation). Ada yang malu-malu, ada yang tersasul, dan ada yang gugup. Namun, melihat kesungguhan mereka memegang pen marker, menyusun nota, dan berani bersuara di hadapan rakan-rakan adalah satu perkembangan yang amat membanggakan! 📈💪

​Inilah matlamat utama kita—menyediakan ruang selamat untuk mereka buat silap, belajar, dan memupuk keyakinan diri sedikit demi sedikit.

​Syabas buat anak-anak Tahun 4! Teruskan melatih diri, lama-lama nanti pasti akan lebih mahir dan hebat. 👏🌟

✨ Sesi Penyampaian Hadiah: Tahniah Anak-Anak Hebat Al-Qarni! ✨​Alhamdulillah,  telah berlangsung sesi penyampaian hadiah...
08/07/2026

✨ Sesi Penyampaian Hadiah: Tahniah Anak-Anak Hebat Al-Qarni! ✨

​Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyampaian hadiah bagi menghargai kesungguhan, kreativiti, dan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam aktiviti Kokurikulum Jumaat lalu. 🏆🎉

​Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi dua kategori utama:

🧩 Cabaran Puzzle & Kuiz Korban – Syabas kepada kump**an yang menunjukkan kepantasan luar biasa menyusun strategi puzzle sebelum menjawab kuiz!

🎨 Pertandingan Mewarna Poster Maal Hijrah (A3) – Kagum melihat sentuhan seni, gandingan warna, serta coretan azam baharu Muharam yang sangat kreatif daripada setiap kump**an.

​Syabas buat semua pemenang dan seluruh pelajar yang telah memberikan komitmen padu. Bagi yang belum berjaya kali ini, jangan putus asa—terus kekalkan semangat juara ini untuk aktiviti akan datang! 🥇👏

Address

Kota Tinggi

Telephone

+60106560650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI Al-Qarni cawangan Bandar Penawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category