SK SEMANGAR KOTA TINGGI

SK SEMANGAR KOTA TINGGI Generally created for all students, ex-student, teachers and staffs of SK Semangar, Kota Tinggi.

π™†π™π™π™Žπ™π™Ž π™†π™€π™‹π™„π™ˆπ™‹π™„π™‰π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™ˆπ™„π™ˆπ™‹π™„π™‰ π™ˆπ™π˜Ώπ˜Ό π™Žπ™† π™Žπ™€π™ˆπ˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™Hari : Selasa Tarikh : 21 April 2026Masa : 10.20 pagi hingga 1.20 petang✨ Mel...
23/04/2026

π™†π™π™π™Žπ™π™Ž π™†π™€π™‹π™„π™ˆπ™‹π™„π™‰π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™ˆπ™„π™ˆπ™‹π™„π™‰ π™ˆπ™π˜Ώπ˜Ό π™Žπ™† π™Žπ™€π™ˆπ˜Όπ™‰π™‚π˜Όπ™

Hari : Selasa
Tarikh : 21 April 2026
Masa : 10.20 pagi hingga 1.20 petang

✨ Melahirkan pemimpin masa depan bermula hari ini!

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda 2026 telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal Murid (Unit Bimbingan dan Kaunseling) di bawah pimpinan Ustazah Puteri Nur Hazirah, Cikgu Muhammad Zulkefli dan Cikgu Nurul Najwa bagi membentuk murid yang berkeyakinan, berdisiplin dan berdaya saing.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi asas kukuh dalam memimpin dengan cemerlang.

23/04/2026
𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐜𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝟏𝟎 𝐌𝐒𝐧𝐒𝐭 πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ—“οΈ23 April 2026 ( Khamis)⏰ 11.00- 11.10 pagi Semua warga sekolah diminta untuk ber...
23/04/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐉𝐨𝐦 𝐁𝐚𝐜𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝟏𝟎 𝐌𝐒𝐧𝐒𝐭
πŸ“šπŸ“šπŸ“šπŸ“š

πŸ—“οΈ23 April 2026 ( Khamis)
⏰ 11.00- 11.10 pagi

Semua warga sekolah diminta untuk berhenti seketika daripada melakukan apa-apa tugasan bagi menjayakan Program Membaca selama 10 minit ini.

Murid-murid boleh membaca apa sahaja bahan bacaan ringkas yang bersesuaian pada waktu tersebut.

Walaupun hanya 10 minit, impaknya besar - kerana setiap halaman yang dibaca hari ini, mencorakkan masa depan yang lebih bijak esok.

Tak kira di mana anda berada, mari kita jayakan budaya membaca ini bersama-sama, satu Malaysia membaca, satu Johor membaca!

Tahun Ini, Tahun Kita


KEJOHANAN GOLF MSSD KOTA TINGGI 2026Syabas & tahniah kepada murid-murid SK Semangar yang telah mewakili sekolah dalam Ke...
09/04/2026

KEJOHANAN GOLF MSSD KOTA TINGGI 2026

Syabas & tahniah kepada murid-murid SK Semangar yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Golf Bawah 12 Tahun MSSD Kota Tinggi 2026.

7 - 8 April 2026, di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang.

Alhamdulillah, seramai 3 orang murid telah mewakili sekolah di dalam kejohanan tersebut. Keputusannya adalah seperti berikut :

πŸ… Lelaki Bawah 12
πŸ… Ayden Sayf bin Mohamad Saufi (4 Windows) – Tempat Ke-3

πŸ… Perempuan Bawah 12
πŸ… Arriana Sophea binti Mohamad Saufi (6 Fedora) – Naib Johan
πŸ… Sharmila Fahrisha binti Samaon (6 Fedora) – Tempat Ke-3

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih murid-murid, bimbingan ibu bapa dan guru serta sokongan padu warga sekolah.

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. πŸ’ͺ✨

Terima kasih buat semua warga SK Semangar yang sentiasa mendoakan serta memberi sokongan terhadap kemenjadian murid SK Semangar 🌹



Selamat datang guru baharu ke SK Semangar.🎊 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ustazah Puteri Nur Hazirah binti Othman....
05/04/2026

Selamat datang guru baharu ke SK Semangar.

🎊 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ustazah Puteri Nur Hazirah binti Othman.

🎊 Selamat bertugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga Inspiring Semangar.

🎊 Semoga dapat mencurah penuh bakti buat anak-anak murid SK Semangar untuk terus maju dan cemerlang.


Majlis Lambaian Budi, Kenangan Terpateri.πŸ“† 3 April 2026 (Jumaat)⏰ 10.30 pgSempena hari terakhir perkhidmatan Ustazah Nur...
05/04/2026

Majlis Lambaian Budi, Kenangan Terpateri.

πŸ“† 3 April 2026 (Jumaat)
⏰ 10.30 pg

Sempena hari terakhir perkhidmatan Ustazah Nurul Fatihah binti Arifin di SK Semangar.

Perpisahan ini bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan yang baharu.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, jasa dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang berada di sekolah ini.

Jasamu akan sentiasa dikenang, budimu akan terus terpahat di hati warga sekolah.

Selamat maju jaya di tempat baharu ✨

JASAMU DIKENANGSalam perpisahan buat USTAZAH NURUL FATIHAH BINTI ARIFIN yang bertukar ke SK Batu Rakit, Kuala Terengganu...
05/04/2026

JASAMU DIKENANG

Salam perpisahan buat USTAZAH NURUL FATIHAH BINTI ARIFIN yang bertukar ke SK Batu Rakit, Kuala Terengganu, Terengganu.

Semoga urusan bertugas di tempat baharu dipermudahkan, diberi kekuatan untuk terus mendidik anak bangsa.

Terima kasih atas semua jasa dan bakti Ustazah Nurul Fatihah untuk warga SK Semangar.


πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M πŸŒ™Kami, warga Sekolah Kebangsaan Semangar ingin memanjatkan kesyukuran ke ha...
20/03/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M πŸŒ™

Kami, warga Sekolah Kebangsaan Semangar ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kurniaan-Nya sehingga kita dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan.

Kepada semua warga sekolah – guru-guru, kakitangan sokongan, murid-murid sekalian – serta ibu bapa dan seluruh umat Islam, kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan ini, mari kita memperkukuhkan silaturahim di antara kita. Semai kasih sayang, maaf-memaafkan, dan saling menghormati antara satu sama lain.

Semoga Syawal ini membawa berkat, kebahagiaan, dan kesejahteraan yang berpanjangan buat kita semua.

πŸŽ‰

πŸŽ‰

Tarikh tutup pendaftaran Tahun 1/2027 pada 31 Mac 2026.
18/03/2026

Tarikh tutup pendaftaran Tahun 1/2027 pada 31 Mac 2026.

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Bagi Kalendar Akademik 2027.

Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.

πŸ—“ Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2026

Link pendaftaran:
https://idme.moe.gov.my/

Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang diberikan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Tahun Ini, Tahun Kita






Address

KG. SEMANGAR DALAM
Kota Tinggi
81907

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 15:30
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+60137738801

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK SEMANGAR KOTA TINGGI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK SEMANGAR KOTA TINGGI:

Shortcuts

Share