SK Sedili Besar, Kota Tinggi

SK Sedili Besar, Kota Tinggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Sedili Besar, Kota Tinggi, School, JLN. HJ. MD. LAZIM, SEDILI BESAR, Kota Tinggi.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada :πŸ†SK Sedili Besaratas inisiatif memper...
20/08/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada :

πŸ†SK Sedili Besar

atas inisiatif memperkenalkan, dan membudayakan

Jom Aktif DELIMa 3.0

Moga inisiatif ini menjadi pemangkin pemantapan dan pembudayaan pendidikan digital di sekolah

Terima kasih

Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
PPD Kota Tinggi
Digitalisasi Pendidikan, Inspirasi Masa Depan

πŸ‡²πŸ‡Ύ LAPORAN PERTANDINGAN BENTO SIHAT MERDEKA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎPada 18 Ogos 2026, telah berlangsung Pertandingan Bento Sihat Merdeka...
20/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ LAPORAN PERTANDINGAN BENTO SIHAT MERDEKA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada 18 Ogos 2026, telah berlangsung Pertandingan Bento Sihat Merdeka bertempat di Sekolah Kebangsaan Sedili Besar dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi.

Pertandingan ini dianjurkan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, di samping menggalakkan amalan pemakanan sihat dan kreatif.

Para peserta telah menunjukkan kreativiti yang sangat menarik dalam menghasilkan bento bertemakan kemerdekaan dengan menggunakan pelbagai bahan makanan yang sihat dan berkhasiat. Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil bakat serta kreativiti murid, malah memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian. Terima kasih juga kepada semua guru yang telah membantu menjayakan pertandingan ini.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semarak Merdeka, Sihat Bersama! πŸ‡²πŸ‡Ύ
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!





πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 πŸπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ Semarak patriotisme, eratkan ukhuwah...
19/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2026 πŸπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”₯ Semarak patriotisme, eratkan ukhuwah, suburkan semangat kesukanan! πŸ”₯

Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026, SK Sedili Besar telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Jaring yang menemukan Pasukan Pilihan YDP PIBG dengan Pasukan Pilihan KISB SeDAR.

πŸ“… Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: Gelanggang Futsal Sedili Besar

Perlawanan berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan penuh semangat kesukanan. 🏐πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ Sokongan padu daripada para penyokong kedua-dua pasukan turut memeriahkan gelanggang serta menyemarakkan lagi semangat persahabatan dan patriotisme.

🀝 Lebih daripada sekadar sebuah perlawanan, aktiviti ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh kerjasama serta menyuburkan hubungan baik antara warga sekolah, PIBG dan komuniti.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG, Pasukan Pilihan YDP PIBG, Pasukan Pilihan KISB SeDAR serta seluruh penyokong dan warga SeDAR atas sokongan dan komitmen yang diberikan.

β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memperkukuh ukhuwah, kebersamaan dan semangat kekitaan yang telah lama terjalin.

SeDAR Bersama, SeDAR Hebat! πŸ’ͺπŸ”₯
Kita Semarakkan Semangat Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ












PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI πŸ‡²πŸ‡ΎKarnival K.I.T.A  Zon (I) Inovasi Program ini berfokuskan kepada kreativiti 🧠 dan penyeles...
19/08/2026

PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI πŸ‡²πŸ‡Ύ

Karnival K.I.T.A Zon (I) Inovasi
Program ini berfokuskan kepada kreativiti 🧠 dan penyelesaian masalah πŸ”

Semua murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai aktiviti Ikhtiar Hidup memasak β€˜Roti Lilit’ πŸ₯– yang bertujuan menguji keupayaan kreatif murid dalam menyelesaikan masalah ketika menghadapi situasi yang mencabar πŸ’ͺ🏻

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menyelesaikan tugasan Masakan Rimba yang telah diberikan πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SEMANGAT MERDEKA MEKAR DI SEDAR! βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎPERINGKAT SK SEDILI BESARβ€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› β€œMalaysia M...
18/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SEMANGAT MERDEKA MEKAR DI SEDAR! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

PERINGKAT SK SEDILI BESAR

β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’› β€œMalaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Semangat Bersama!” πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tanggal 17 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik bermakna buat seluruh Warga SeDAR apabila Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 Peringkat SK Sedili Besar berlangsung penuh meriah dan semangat patriotisme. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

πŸ“… ISNIN | 17 OGOS 2026
πŸ“ DEWAN TERBUKA SeDAR

Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Noryati binti Unos, Guru Besar SK Sedili Besar, sebagai simbolik bermulanya penghayatan dan pengisian Bulan Kebangsaan di peringkat sekolah.

🎊 GIMIK PELUNCURAN PENUH SIMBOLIK

Gimik peluncuran yang cukup istimewa telah disempurnakan oleh Barisan Pentadbir SeDAR, sekali gus menyemarakkan lagi suasana sambutan serta menjadi tanda bermulanya pelbagai aktiviti sempena Bulan Kebangsaan 2026.

πŸŽΆπŸ‡²πŸ‡Ύ GEMA LAGU PATRIOTIK, SEMARAK JIWA MERDEKA!

Alunan lagu-lagu patriotik yang berkumandang telah membangkitkan semangat seluruh Warga SeDAR untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, perpaduan, pengorbanan dan kecintaan terhadap tanah air.

🌟 Sesungguhnya, semangat patriotisme bukan sekadar dizahirkan melalui kibaran Jalur Gemilang, tetapi perlu dihayati dalam jiwa, diterjemahkan melalui tindakan dan diwariskan kepada generasi akan datang.

πŸ‡²πŸ‡Ύ AYUH WARGA SeDAR!
❀️ Semarakkan cinta kepada negara.
🀝 Kukuhkan perpaduan.
πŸ”₯ Suburkan semangat patriotisme.
🌺 Hargai erti kemerdekaan.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga!

πŸŽ‰ SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEBANGSAAN 2026! πŸŽ‰

πŸ‡²πŸ‡Ύ MALAYSIA MILIK KITA!
πŸ‡²πŸ‡Ύ JIWA MERDEKA, SEMANGAT BERSAMA!
πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!















πŸ“… 14 Ogos 2026 | Jumaat⚽ PERASMIAN PROJEK KECEMERLANGAN BOLA SEPAK SeDARLebih istimewa, penganjuran Forum Sukan Lagenda ...
18/08/2026

πŸ“… 14 Ogos 2026 | Jumaat

⚽ PERASMIAN PROJEK KECEMERLANGAN BOLA SEPAK SeDAR

Lebih istimewa, penganjuran Forum Sukan Lagenda ini turut diserikan dengan Perasmian Projek Kecemerlangan Bola Sepak SeDAR yang telah disempurnakan oleh Cikgu Ab Razak bin Hussin. πŸ†βš½

πŸ’‘ Warga SeDAR dan komuniti setempat berpeluang berkumpul, bertukar pandangan serta menimba pelbagai ilmu, pengalaman dan inspirasi daripada tokoh yang berpengalaman dalam bidang sukan.

🌟 Semoga perkongsian ini menjadi pencetus aspirasi kepada murid-murid untuk terus berusaha, membina keyakinan diri dan mengejar kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam bidang sukan dan kokurikulum.

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini!

πŸ’™ KITA ASPIRASIKAN KECEMERLANGAN
⚽ KITA CETUSKAN INSPIRASI
πŸ† KITA BINA JUARA
πŸ‡²πŸ‡Ύ KITA BINA GENERASI MADANI
















πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŒŸπŸ‡²πŸ‡Ύ KARNIVAL KITA | PROGRAM PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒŸπŸ”΅ ZON ASPIRASI (A)⚽ AKTIVITI: FORUM SUKAN LAGENDAπŸŽ™οΈ β€œMenyemar...
18/08/2026

πŸŒŸπŸ‡²πŸ‡Ύ KARNIVAL KITA | PROGRAM PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒŸ

πŸ”΅ ZON ASPIRASI (A)
⚽ AKTIVITI: FORUM SUKAN LAGENDA

πŸŽ™οΈ β€œMenyemarakkan Aspirasi, Menyuntik Inspirasi, Membina Generasi Berprestasi”

Setinggi-tinggi penghargaan, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada seluruh Warga SK Sedili Besar atas kejayaan menganjurkan Forum Sukan Lagenda bagi Zon Aspirasi (A) dengan kerjasama PIBG SeDAR, JPKK Kampung Semayong serta komuniti setempat. πŸ€πŸ‘

πŸ† Forum Sukan Lagenda yang julung kali dianjurkan ini telah menampilkan dua panel yang mempunyai pengalaman luas serta sumbangan besar dalam bidang pendidikan dan sukan, iaitu:

πŸ‘¨β€πŸ« Cikgu Ab Razak bin Hussin
Mantan Jurulatih & PK HEM SSTMI, Bandar Penawar

πŸ‘©β€πŸ« Pn. Hjh. Noryati binti Unos
Guru Besar SK Sedili Besar

🎀 Forum ini turut dipandu oleh Moderator Terbaik, Saudari Aimi, yang berjaya menceriakan suasana forum serta menghidupkan perkongsian pengalaman dan ilmu berkaitan dunia sukan. πŸ‘βœ¨

πŸ”₯ Daripada lagenda kita belajar,
Daripada pengalaman kita bina inspirasi

πŸ‘ Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini!










🌟 PENGANJURAN KARNIVAL KITA πŸŒŸπŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŸ’ ZON TANGGUNGJAWAB (T)🌱 AKTIVITI: PLOGGINGπŸƒβ€β™‚οΈ Be...
18/08/2026

🌟 PENGANJURAN KARNIVAL KITA 🌟
πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM PEMBUDAYAAN GENERASI MADANI πŸ‡²πŸ‡Ύ

🟒 ZON TANGGUNGJAWAB (T)
🌱 AKTIVITI: PLOGGING
πŸƒβ€β™‚οΈ Berjoging sambil mengutip sampah

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh Warga SK Sedili Besar atas kejayaan menganjurkan Aktiviti Plogging bagi Zon Tanggungjawab (T) dengan kerjasama erat PIBK SeDAR, JPKK Kampung Semayong serta komuniti setempat. πŸ€πŸ‘

🌿 Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian Karnival KITA di bawah Program Pembudayaan Generasi Madani, yang bertujuan menyemai nilai tanggungjawab, kerjasama, gaya hidup sihat serta kecintaan terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar. πŸ’šπŸŒ

πŸ“… Tarikh: 14 Ogos 2026
πŸ“ Lokasi: Sekitar kawasan komuniti setempat
πŸ‘₯ Penglibatan: Warga SeDAR & komuniti setempat

πŸšΆβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ Melalui aktiviti ini, Warga SeDAR dan komuniti berpeluang berkumpul, bergerak aktif serta bersama-sama menjaga kebersihan persekitaran. Inilah semangat KITA β€” bersama membina komuniti yang sihat, prihatin, bertanggungjawab dan madani. πŸ’ͺ✨

πŸ† Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini!

🀝 KITA BERSAMA
πŸ’š KITA PRIHATIN
🌱 KITA JAGA ALAM
πŸ‡²πŸ‡Ύ KITA BINA GENERASI MADANI















πŸ‡²πŸ‡Ύ

PENYERAHAN SIJIL KAJIAN TINDAKAN DAERAH KOTA TINGGI 2026 KEPADA SEMUA PEMENANGSK SEDILI BESAR telah berjaya mencapai :3 ...
17/08/2026

PENYERAHAN SIJIL KAJIAN TINDAKAN DAERAH KOTA TINGGI 2026 KEPADA SEMUA PEMENANG

SK SEDILI BESAR telah berjaya mencapai :
3 Anugerah Kualiti EmasπŸ₯‡
3 Anugerah Kualiti Perak πŸ₯ˆ
1 Anugerah Kualiti Gangsa πŸ₯‰
Anugerah 100% Penyertaan πŸ†

Tahniah diucapkan kepada semua guru diatas pencapaian yang sangat membanggakan ✨

PENCAPAIAN SUKAN PERINGKAT MSS JOHOR TAHUN 2026! Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet serta jurulatih SK S...
17/08/2026

PENCAPAIAN SUKAN PERINGKAT MSS JOHOR TAHUN 2026!

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet serta jurulatih SK Sedili Besar atas kejayaan mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Peringkat Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) Tahun 2026.

πŸ₯‡ Johan – Bola Sepak MSSJ

πŸ“ Isma Arsyad bin Isyamuddin
πŸ“ Cikgu Mohamad Saufi bin Aris @ Mohd Aris

πŸ… Keempat – Bola Baling MSSJ

πŸ“Nur Awfia Qaisara binti Zaharudin
πŸ“Cikgu Khairun Nadiah binti Mohd Zaini

Pencapaian ini merupakan hasil usaha, disiplin, semangat juang dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua atlet dan barisan jurulatih.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan terutamanya PPD Kota Tinggi, MSSD Kota Tinggi, Pentadbir SK Sedili Besar dan PIBG SK Sedili Besar.

Tahniah! Teruskan melakar kejayaan.






Address

JLN. HJ. MD. LAZIM, SEDILI BESAR
Kota Tinggi
81910

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Sedili Besar, Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category