21/08/2026
ππππππππ π: ππππππππππ πππππππ ππππππππ ππππ π ππππ/ππππ
π
20 Ogos 2026 | π 3.00 petang | Bilik Kuliah 1, KKKT
Satu sesi Taklimat 1: Pengenalan Latihan Industri (LI) Sesi I 2026/2027 telah diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar berkenaan pelaksanaan Latihan Industri sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Ketua Program Sijil Pengembaraan Pelancongan, En. Muhamad Faiz bin Abdul Razak, yang turut berkongsi nasihat kepada pelajar agar membuat pemilihan tempat latihan industri secara teliti dan bersesuaian dengan minat serta hala tuju kerjaya. Beliau menekankan bahawa pemilihan organisasi yang tepat dapat membantu pelajar menjalani latihan dengan lebih lancar serta meningkatkan peluang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang yang diceburi.
Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni (PPIA), Puan Nor Hazalin binti Abd Wahid. Dalam sesi tersebut, pelajar diberi penerangan mengenai pengenalan dan objektif Latihan Industri, syarat kelayakan menjalani LI, tatacara permohonan serta panduan pemilihan tempat latihan industri yang bersesuaian. Taklimat ini bertujuan memastikan pelajar memahami proses pelaksanaan LI dan membuat persediaan yang sewajarnya sebelum menjalani latihan di industri.
Semoga sesi taklimat ini dapat membantu pelajar membuat perancangan yang lebih teratur dan bersedia menghadapi pengalaman pembelajaran di alam pekerjaan sebenar.