18/09/2026
π’ PEMBUKAAN SEBUT HARGA MENGUSAHAKAN KANTIN SEKOLAH (TAHUN 2027/2028)
Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu, Kota Tinggi, Johor menjemput warganegara Malaysia yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk menyertai sebut harga bagi mengusahakan kantin sekolah bagi tempoh 2 tahun (01 Disember 2026 hingga 30 November 2028).
π Maklumat Permohonan:
Pengambilan Borang & Syarat: 07 September 2026 hingga 21 September 2026 di Pejabat SMK Linggiu.
Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2026 (Rabu), jam 2.00 petang.
Wang Pertaruhan: RM100.00 (dikembalikan sekiranya permohonan tidak berjaya).
π₯ Anggaran Warga Sekolah (Tahun 2027):
Pelajar: 284 orang
Guru: 27 orang
Staf: 10 orang
Pekerja Swasta: 10 orang
Semua pemohon yang berjaya/tidak berjaya akan diberitahu sebelum 01 Disember 2026.
Sila hadir ke pejabat sekolah untuk mengambil borang permohonan. Jangan lepaskan peluang ini!