Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara

Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara Merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kurikulum Akademik dan Dini disamping aktiviti ko-kurikulum. SMAT MUMTAZ

Selain itu, ia juga menyediakan Sekolah Agama JAIJ bagi pelajar-pelajarnya bagi menyambung pengajian agama (Darjah Khas) pada setiap hari sabtu. MAKLUMAT
SEKOLAH MENENGAH AGAMA BANDAR TENGGARA

Merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kurikulum Akademik , Arab dan aktiviti ko-kurikulum. Selain itu, ia juga menyediakan sekolah agama untuk pelajar-pelajarnya bagi mendalami agama Islam di sebelah peta

ng. Bagi sesiapa yang mempunyai anak yang berminat untuk belajar Akademik dan Arab di sinilah tempatnya.

18/08/2026

AKTIVITI KOKURIKULUM :MEMBUAT DAN MENERBANGKAN LAYANG-LAYANG

12/08/2026

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SMA BANDAR TENGGARA


MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH
14/07/2026

MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

INFO J-SAFE SIRI 1/2026
MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

Keselamatan murid adalah keutamaan. Tiada kompromi.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyeru semua institusi pendidikan di negeri ini agar terus memperkukuh kawalan keselamatan sekolah melalui pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang proaktif, pemantauan yang berterusan serta tindakan segera terhadap sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

Antara tindakan yang perlu diberi perhatian ialah:
πŸ”Ή Memperketat kawalan di pintu masuk sekolah.
πŸ”Ή Melaksanakan rondaan berkala di kawasan yang dikenal pasti berisiko.
πŸ”Ή Memastikan tiada murid membawa senjata atau objek berbahaya ke sekolah.
πŸ”Ή Memperkukuh mekanisme pelaporan awal terhadap sebarang ancaman, pergaduhan atau perlakuan agresif.
πŸ”Ή Mempererat kerjasama dengan ibu bapa, PIBG, PDRM dan agensi berkaitan.
πŸ”Ή Melaporkan setiap insiden keselamatan kepada PPD dan JPN dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab pihak pentadbir atau guru semata-mata, bahkan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. Persekitaran sekolah yang selamat merupakan asas kepada pembentukan sahsiah, kesejahteraan emosi dan kecemerlangan pembelajaran murid.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

"Tiada Kompromi Dalam Aspek Keselamatan."

πŸ“˜ INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

24/11/2025
Dengan nama Allah SWT,Semoga dilapangkan dada, dimudahkan urusan, diberi ketenangan dan dapat menjawab dengan sehabis ba...
24/11/2025

Dengan nama Allah SWT,
Semoga dilapangkan dada, dimudahkan urusan, diberi ketenangan dan dapat menjawab dengan sehabis baik untuk kecemerlangan SPM 2025. Bittaufik wannajah..

Dengan nama Allah SWT,Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu Pelajar STAM 2025Hari : JumaatTarikh : 07.11.2025Masa : 8.00-10....
12/11/2025

Dengan nama Allah SWT,

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu Pelajar STAM 2025
Hari : Jumaat
Tarikh : 07.11.2025
Masa : 8.00-10.00 pagi

Jazakumullah atas kehadiran ibu bapa ke majlis ini. Semoga semua pelajar STAM beroleh kejayaan yang cemerlang

Dengan nama Allah SWT,Bittaufiq wan Najah..
12/11/2025

Dengan nama Allah SWT,
Bittaufiq wan Najah..

πŸŽ‰ JOM SERTAI KAMI!PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SMA) BANDAR TENGGARAπŸ“… Sesi Persekolahan 2026---...
01/10/2025

πŸŽ‰ JOM SERTAI KAMI!
PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (SMA) BANDAR TENGGARA
πŸ“… Sesi Persekolahan 2026

---
Pendidikan Holistik – Akademik + Agama/Arab (Dini)

Dwi-Sijil – SPM & SMA/SMRA/STAM

Pembangunan Sahsiah – Akhlak & kepimpinan Islam

Asrama Disediakan – Persekitaran kondusif

Ko-Kurikulum Cemerlang – Sukan, kelab & unit beruniform

---

πŸ“ Syarat Permohonan

Terbuka untuk Lelaki & Perempuan

Warganegara Malaysia

Memenuhi syarat akademik (ditetapkan JAINJ)

Lulus Ujian Penilaian (jika ada)

---

Cara Memohon

πŸ“² Click link google form https://forms.gle/8KgSNxFMWyBRYf3c8 dan isi dengan lengkap
πŸ“² Click link group wassap https://chat.whatsapp.com/Loczoft71cqDDFWutA08o2?mode=ems_share_t untuk mengetahui info selanjutnya
☎️ Hubungi Pejabat SMAT di 07-8964840

πŸ“… Tarikh Permohonan
Buka: 1 OKT 2025
Tutup: 31 OKT 2025

---

🏫 Maklumat Sekolah
Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara (SMAT)
πŸ“ Peti Surat 24, Jalan Tun Ibrahim, 81440 Bandar Tenggara, Johor

Dengan nama Allah s.w.t,SMART HEALING SPM27/09/2025 (SABTU)10.00 pagi - 3.00 petangALSAGOFF MENSION EVENT & SPACE
28/09/2025

Dengan nama Allah s.w.t,

SMART HEALING SPM
27/09/2025 (SABTU)
10.00 pagi - 3.00 petang
ALSAGOFF MENSION EVENT & SPACE

Dengan nama Allah s.w.t,PROGRAM ASAS KEUSAHAWAN MASA HADAPANTarikh : 27/09/2025Masa : 8.30pagi - 4.30ptgMurid Terlibat :...
28/09/2025

Dengan nama Allah s.w.t,

PROGRAM ASAS KEUSAHAWAN MASA HADAPAN
Tarikh : 27/09/2025
Masa : 8.30pagi - 4.30ptg
Murid Terlibat :
- Ting 4 - 12 org
- Ting 3 - 46 org

Dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara.

Address

PS24 Jalan Tun Ibrahim
Kota Tinggi

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6078964859

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara:

Shortcuts

Share

Category