24/07/2025
MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH AGAMA FELCRA SUNGAI ARA KALI KE- 15 & MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SESI 2024- 2025
Alhamdulillah, pada 18 Julai 2025 yang lepas, telah berlangsung Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sekolah Agama dan Majlis Anugerah kecemerlangan bagi sesi 2024- 2025 bertempat di Dewan An Najmi Hakim, Sekolah Agama FELCRA Sungai Ara.
Program bersepadu ini (mesyuarat agung dan majlis anugerah) sudah menjadi 'trademark' kepada warga SAFSA, untuk mengoptimumkan kualiti dan kehadiran ibu bapa serta penjaga dalam 2 program yang dijalankan serentak pada hari yang sama.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Idris bin A. Rahman, Pengurus Ladang Yayasan Pelajaran Johor. Warga SAFSA merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau, di atas kesudian untuk menjayakan kedua- dua program ini.
Begitu juga dengan semua ahli jawatankuasa yang terlibat, dengan sumbangan sama ada berbentuk tenaga, harta dan masa, bermula daripada peringkat perancangan, persiapan dan kemuncak perjalanan program ini berlangsung. Terima kasih semua. Semoga Allah mengganjari setiap sumbangan tuan/ puan dengan balasan kebaikan di dunia dan akhirat.