Kelas Masak Bersama Nana

Kelas Masak Bersama Nana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Masak Bersama Nana, Education, Kota Tinggi.

13/06/2022

Assalamualaikum 🥰
BERITA BAIK‼️‼️

👏👏Buat semua sahabat...
👉 Di sebab kan ramai yg bertanya ttg kelas roti dan kek yg Nana buat. Jdi kat sini Nana nk bgi korang peluang tok join kelas roti dan kek ni.👉 dari tepung Smpai jdi sebiji roti, dan juga kek. hasil tangan kita sendiri. 🤗

Yuran hanya RM20 sahaja. Jom join kelas . Wasap Nana hntar nama.
www.wasap.my/60138909648/kelasroti&kek

RESEPI WAJIK 6 MINIT===================2 cawan beras pulut1 cawan air1 cawan air gula merah(1cwn gula merah masak dgn 1 ...
10/03/2022

RESEPI WAJIK 6 MINIT
===================

2 cawan beras pulut
1 cawan air
1 cawan air gula merah(1cwn gula merah masak dgn 1 1/2 cwn air)
1 cawan gula perang
1/2 cawan pati santan
secubit garam
1 helai daun pandan

1.Basuh dan toskan beras pulut (tak perlu rendam).
Masukkan air, air gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk Noxxa.
Tutup periuk dan halakan tombol ke arah pressure.

2.Set butang high pressure selama 6minit dan tekan ON. ((button rice utk noxxa baru))
Apabila sudah masak tekan butang OFF dan bebaskan wap. Buka penutup periuk dan masukkan santan

3.Tekan butang stir fry dan tekan ON. Kacau hingga kering dan berpalut. Tekan OFF.
Angkat dan hidangkan.

Kuih Lapis.. Resepi simple je.. Insya Allah mudah buat & sedap 😊  Kuih Lapis Bahan2 cawan tepung beras - cap teratai1/2 ...
09/03/2022

Kuih Lapis.. Resepi simple je.. Insya Allah mudah buat & sedap 😊


Kuih Lapis

Bahan

2 cawan tepung beras - cap teratai
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula - nak manis tambah
1 kotak santan 200ml
3 cawan air - nak tambah 1 - 2 sb air pun boleh
Sedikit garam
Pewarna ikut s**a

Cara2 :

- kecuali pewarna.. satukan bahan atas sampai sebati
- tapiskan.. bahagikan adunan sama b*k.. warna ikut s**a
- loyang size 7 atau 8 inci sapu sedikit minyak.. lapik dgn plastik
- air kukusan betul2 mendidih.. tuang lapisan 1.. kukus 7 minit.. lapisan 2 dan seterusnya juga kukus 7 minit
- lapisan akhir kukus 15 - 20 minit
- biar betul2 sejuk.. boleh dipotong

KUIH GANDUSsumber : Hajah Zahara SudiBahan-baham :600 gm tepung beras200 gm tepung gandum2 sudu makan tapai nasi (akak t...
09/03/2022

KUIH GANDUS
sumber : Hajah Zahara Sudi

Bahan-baham :
600 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
2 sudu makan tapai nasi (akak tak letak..takde stok tapai nasi)
500 gm kelapa muda parut putih
1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
1 bungkus yeast kering
garam secukup rasa
gula merah (gula tanjung) secukupnya (akak guna jem nenas)
acuan gandus (akak guna acuan telur yg buat burger tu aje)

Cara:
Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.

Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.

Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkanlah adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian, letak jem nenas kemudian ditutup lg dgn adunan tepung agar jem tenggelam lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga masak.

Keluarkan dari acuan ketika masih panas dan hidangkan dengan gula merah.

 ..Resipinya..250g butter1/ 2 cawan gula pasir dikisar(pastikan betul2 halus tau)1 biji kuning telurSedikit pewarna kuni...
09/03/2022

..

Resipinya..
250g butter
1/ 2 cawan gula pasir dikisar(pastikan betul2 halus tau)
1 biji kuning telur
Sedikit pewarna kuning telur
(Satukan semua bahan ini dlm bekas dan kacau hingga sebati nampak berkrim guna senduk)

Masukkan. .
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
Uli sebati hingga jadi doh yang x melekat ditangan..rehatkan doh 15mnt dibawah kipas..barulah terap guna acuan)
(jika adunan terlalu lembik tambah tepung gandum sedikit2)

Hiasan
Ceri/ coklat chips

Terap guna acuan semperit bentuk bunga hingga siap.. . biarkan seketika 30mnt lebih kurang.. . bakar suhu 180* selama 20-25 minit@hingga masak.. api atas dan bawah..

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips=Bahan-bahan :250g buttercup atau boleh guna planta1 cawan gula aicing (...
20/01/2022

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
=

Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak s**a manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara:

• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah d**g. Bisa aja.

• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

* Kalau tak s**a manis manis, boleh kurangkan s**atan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Selamat mencuba😋

Assalamualaikum.Ada x yg nk belajar,KELAS ROTI ASAS===============PERCUMA‼️‼️PERCUMA‼️‼️DI LOKASI ANDA..Kami sedang tour...
20/12/2021

Assalamualaikum.
Ada x yg nk belajar,
KELAS ROTI ASAS
===============
PERCUMA‼️‼️
PERCUMA‼️‼️
DI LOKASI ANDA..

Kami sedang tour melengkapkan praktikal LAtihan Industry sebagai Cikgu Masakan...

Ada 3 lagi kelas PERCUMA kami kena lengkapkan. Jika ANDA berminat nak belajar, sila wasap kami. Anda akan dihubungi segera😍😍😍

www.wasap.my/60139422755/kelaspercuma

Assalamualaikum semua..KELAS KEMBALI LAGI‼️‼️ Dengan menu menarik pada minggu ini. Secara santai Dari rumah anda, untuk ...
29/11/2021

Assalamualaikum semua..

KELAS KEMBALI LAGI‼️‼️

Dengan menu menarik pada minggu ini.

Secara santai Dari rumah anda, untuk anda pelajari 2 menu Istimewa.

Apa tunggu lagi, terus daftar di link ini jika berminat🥰🥰
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

https://forms.gle/TFQQDAHsguoekbzf8

https://forms.gle/TFQQDAHsguoekbzf8

Sila pastikan anda boleh mengikuti kelas sebelum mendaftar. Tempat adalah Terhad. Terima kasih.

RESEPI KUIH CARA MANIS LETING LEMAK BERKRIMBAHAN-BAHAN1)Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)2) 2 cawan air3)1 kotak...
08/11/2021

RESEPI KUIH CARA MANIS LETING LEMAK BERKRIM

BAHAN-BAHAN
1)Daun Pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
2) 2 cawan air
3)1 kotak santan 200ml
4) 2 biji telur
5) 3 cawan gandum
6) Sedikit garam
7) Gula

CARA-CARA
▪️Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapis kan.
▪️Masukkan telur 2 biji,1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Blender sekali lagi pastu tapiskan.
▪️Panaskan acuan dangan api slow mlow ye. Pastu sapu minyak jangan bagi minyak bertakung dalam acuan cara tu pulak.
▪️Boleh tuang bahan tadi jangan bagi limpah ruah pulak. Pastu terus masuk gula dan tutup .
▪️Bakar lebih kurang 3-5 minit. Tak perlu terbalikkan ye.
▪️Siap jangan terus dingap dalam mulut kang melecurr mulut tuu hehehe.
Selamat mencuba.
P/s;
*kalau tak de daun pandan boleh guna perasa pandan.
*nak warna hijau yang terang boleh guna pewarna hijau pandan ye.
*kepekatan ikut keadaan. Lau agak pekat boleh tambah air yerr😊

Address

Kota Tinggi
81900

Telephone

+60139422755

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Masak Bersama Nana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelas Masak Bersama Nana:

Shortcuts

Share

Category