Sekolah Agama Taman Sri Saujana

Sekolah Agama Taman Sri Saujana Sekolah agama Johor daerah Kota Tinggi

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU JOM BACA  *Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah* عَنْ عَلِيِّ و...
25/05/2026

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU JOM BACA

*Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah*

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir bermula pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan Baginda memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim No: 1111) Status : Isnad Sahih

Pengajaran:

1. Takbir adalah syiar penting Aidiladha dan hari-hari Tasyrik yang perlu dihidupkan oleh umat Islam.

2. Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).

3. Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah.

4. Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.

5. Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad.

6. Hari Arafah dan Hari Tasyrik ialah hari ibadah, hari zikir dan hari membesarkan Allah. Mengamalkan Takbir Muqayyad adalah menghidupkan sunnah Rasulullah dan para sahabat.

7. Hadis ini menunjukkan sunnah Rasulullah SAW dalam menghidupkan takbir pada Hari Arafah dan hari-hari Tasyrik. Takbir bukan sekadar lafaz di lisan, tetapi lambang pengagungan terhadap Allah dan penghayatan terhadap syiar Islam.

Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya).






08hb Zulhijjah1447H
25hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

🌙✨ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 ✨🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan...
23/05/2026

🌙✨ MAKLUMAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2026 ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun bagi murid-murid Sekolah Agama Taman Sri Saujana 1 (SATSS1) akan bermula pada:

📅 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026

🕌 Sesi persekolahan akan dibuka semula pada:

📌 8 Jun 2026 (Isnin)

🌙🐄 Dalam kesempatan ini, pihak sekolah juga ingin mengucapkan:

✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ✨

Semoga ibadah korban dan sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan ukhuwah bersama keluarga tercinta. ❤️

💐 Selamat bercuti dan jaga diri sepanjang cuti sekolah.
Jumpa kembali di sekolah dengan semangat yang baru! 📚✨

Ikhlas daripada:
Unit HEM, SATSS1 🤍

22/05/2026



🌸 SAMBUTAN HARI GURU 2026 🌸🫶🏻 Tema: “Guru Bitara Nadi Negara”Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Guru peringkat s...
22/05/2026

🌸 SAMBUTAN HARI GURU 2026 🌸

🫶🏻 Tema: “Guru Bitara Nadi Negara”

Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan penuh meriah, ceria dan bermakna. 🎉

Terima kasih kepada semua guru yang sentiasa mendidik dengan penuh kasih sayang, sabar serta pengorbanan tanpa mengenal penat lelah. Sesungguhnya jasa guru terlalu besar dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berjaya dunia akhirat. ✨📚

Terima kasih juga kepada semua murid, ibu bapa serta warga sekolah yang turut sama memeriahkan sambutan pada tahun ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus kukuh dan segala usaha para guru sentiasa diberkati Allah SWT. 🤍

“Guru Bitara Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan insan bergelar guru yang menjadi denyut kekuatan dalam membina masa depan ummah dan negara. 🌹

Selamat Hari Guru buat semua pendidik! 💐

Terima kasih cikgu… jasa kalian tetap dikenang.


🌸✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨🌸“Guru Bitara Nadi Negara”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepad...
16/05/2026

🌸✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨🌸

“Guru Bitara Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu demi membentuk generasi berakhlak serta berwawasan. 📚💐

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi juga insan yang menjadi inspirasi, pembakar semangat dan pelita kehidupan buat setiap anak didik. 🌟

Semoga segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan para guru sentiasa diberkati serta dibalas dengan ganjaran yang terbaik. ❤️

Terima kasih cikgu…

Jasamu dikenang sepanjang zaman. 🫶



LEBIHKAN PEMBERIAN KEPADA SEBAHAGIAN ANAK SAHAJASOALAN :Haruskah ibu bapa melebihkan pemberian kepada sebahagian anaknya...
12/05/2026

LEBIHKAN PEMBERIAN KEPADA SEBAHAGIAN ANAK SAHAJA

SOALAN :

Haruskah ibu bapa melebihkan pemberian kepada sebahagian anaknya ketika hidup?

Ada atau tidak sebab yang membolehkan ibu bapa beri lebih pada sebahagian anak atas sebahagian anak yang lain?

JAWAPAN :

Tidak harus ibu bapa melebihkan pemberian seperti wang dan harta kepada sebahagian anaknya sementara anaknya yang lain diberi kurang dan lebih lagi dilarang ialah tidak diberi langsung kepada sebahagian anaknya.

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam :

اعدلوا بينَ أبنائِكُم ، اعدلوا بينَ أبنائِكُم

Artinya : “Hendaklah kamu sekelian berlaku adil antara anak-anak kamu. Hendaklah kamu sekelian berlaku adil antara anak-anak kamu.” (Hadith Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie dan Ahmad)

Dan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

سوُّوا بين أولادِكم في العطيَّةِ

Artinya : “Samakanlah antara anak-anak kamu sekelian pada pemberian.” (Riwayat Ibnu Asakir)

Jika dilebihkan pemberian kepada sebahagian anaknya kerana suatu yang diharuskan syarak maka tidaklah mengapa dilebihkan seperti kerana sakit atau kerana anaknya itu ramai tanggungan atau kerana sedang menuntut ilmu atau seumpamanya.

Tersebut pada himpunan majlis fatwa Australia :

وأما إن كان التفاضل لسبب شرعي فجائز بلا كراهة، كأن يحتاج الولد لمرض أو لكثرة عيال أو لاشتغال بطلب العلم ـ دون البقية، أو يصرف العطية عن بعض ولده لفسقه أو لكونه يستعين بما يأخذه على معصية الله ونحو ذلك. ثم إن العلماء اختلفوا في صفة التسوية بين الأولاد فقال بعضهم: العدل أن يعطى الذكر مثل حظ الأنثيين كالميراث. وقال بعض : يسوى بين الذكر والأنثى لقوله صلى الله عليه وسلم : “سووا بين أولادكم في العطية، فلو كنت مفضلا أحدًا لفضلت النساء” أخرجه سعيد بن منصور والبيهقي من طريقه وحكم الحافظ ابن حجر في فتح الباري بشرح صحيح البخاري بأن إسناده حسن

Artinya : “Dan adapun jika adalah lebih pada pemberian itu kerana sebab yang harus pada syarak maka harus tanpa makruh seperti anaknya itu berhajat kerana sakit atau ramai tanggungan atau sibuk dengan menuntut ilmu tidak seperti anak-anak yang lain atau tidak dilebihkan pemberian kepada anaknya yang berbuat derhaka kepada Allah dengan pemberian itu dan umpama yang demikian itu.
Kemudian ulamak bersalahan pada sifat adil pada pemberian antara anak-anak itu maka berkata sebagaian ulamak : Arti adil ialah diberikan anak lelaki dua bahagian anak perempuan seperti dalam bab pesaka. Dan berkata sebagaian ulamak : Diberikan sama sahaja antara anak lelaki dan anak perempuan kerana sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam : Samakanlah antara anak-anak kamu pada pemberian maka kalau kamu hendaklah lebihkan akan seseorang maka lebihkan kamu akan perempuan. Telah mengeluarkan hadith ini oleh Said bin Mansur dan Al-Baihaqi daripada jalannya dan telah menghukum oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar pada kitab Fathu Al-Bari syarah Sahih Al-Bukhari bahawasanya sanadanya adalah hasan.” (Majlis Fatwa Australia)

Kesimpulannya hendaklah ibu bapa menyamakan pemberian ketika hidup kepada anak-anaknya dan jangan dia lebihkan salah seorang mereka itu melainkan kerana anak yang dilebihkan itu sedang sakit atau miskin atau perlu lebih belanja kerana ramai anak atau sedang menuntut ilmu atau seumpamanya.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU JOM BACA *Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan*عَنْ سَهْل...
07/05/2026

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU JOM BACA

*Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan*

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَا مِنْ مُلَبٍّ يُلَبِّي إِلاَّ لَبَّى مَا عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ أَوْ مَدَرٍ حَتَّى تَنْقَطِعَ الأَرْضُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا

Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: "Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan Ikhlas - mengucapkan ‘Labbayk Allahumma labbayk’) melainkan semua yang berada di sebelah kanan dan kirinya - daripada batu, pokok atau tanah liat, akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pandangan atau ke seluruh penjuru)." (Sunan Ibn Majah No: 2921) Status Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Ucapan talbiah "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ" bermaksud: “Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.” Adalah lafaz yang sunat diucapkan untuk mereka yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Lafaz talbiah ini adalah tanda pengistiharan ketundukan seorang hamba.

2. Lafaz talbiah menandakan kesediaan mutlak seorang hamba menyambut panggilan Allah, dan alam yang terdiri daripada batu, pokok serta tanah turut menyambut seruan menyokong serta mengiringi pengabdian tersebut.

3. Mengikut ulama, makhluk alam seperti batu, pokok juga tanah menyambut seruan adalah ungkapan kiasan yang menggambarkan keberkatan dan besarnya kesan zikir tersebut, sehingga seluruh alam seperti bersama bertalbiah.

4. Sebahagian ulama menyebut bahawa hadis ini juga menunjukkan kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang bersih, kerana alam turut mendoakan dan menyertai mereka, seolah-olah ia adalah tanda talbiah itu diterima di sisi Allah.

5. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji atau umrah, lafazkan talbiah dengan sepenuh hati serta penuh kekhusyukan. Ketahuilah bahawa anda sedang berinteraksi dengan seluruh ciptaan Allah.

6. Besarnya ganjaran Talbiah dimana setiap kali Jemaah umrah dan haji menyebut talbiah dengan ikhlas, dia sebenarnya disertai oleh seluruh alam, membesarkan Allah bersama-sama. Ia memberi motivasi kepada jemaah haji dan umrah untuk memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.

7. Dengan menghayati talbiah, seorang Muslim akan merasai kedekatan dengan Allah serta kesatuan dengan seluruh ciptaan-Nya dalam ketaatan.

8. Hadis ini menggambarkan keindahan dan keagungan ibadah dalam Islam, khususnya talbiyah dalam haji dan umrah. Ia menunjukkan bahawa apabila seorang hamba menyahut panggilan Allah dengan ikhlas, seluruh alam seakan-akan turut serta bersamanya dalam ketaatan tersebut.







19hb Zulkaedah1447H
07hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

20/03/2026

Pergi ke dapur bakar lemang,
Ayam kampung lari ke pagar,
Makan rendang janganlah sayang,
Duit raya jangan lupa bagi juga yaa besar-besar! 😆

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 🌙✨

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami dari warga Sekolah Agama Taman Sri Saujana 1 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua. Ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang perkenalan.

Pesanan buat anak-anak murid yang dikasihi:
Raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, hormati ibu bapa dan orang tua, serta jaga adab walau di mana berada. Gunakan masa cuti dengan perkara yang bermanfaat dan jangan lupa menjaga solat serta akhlak sebagai seorang Muslim.

Ikhlas daripada kami,
Warga Sekolah Agama Taman Sri Saujana 1 💚




Address

Jalan SS 1/2 Taman Sri Saujana
Kota Tinggi
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Agama Taman Sri Saujana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category