PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR UNIMAS

PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR UNIMAS

Share

Education Welcome to Pusat Pembangunan Pelajar (PPP) UNIMAS official page.

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua.

Marilah kita menghayati erti hijrah dengan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Ikhlas daripada
Pusat Pembangunan Pelajar, UNIMAS

07/06/2026

*PELAPORAN PROGRAM MAHASISWA NEGARA ZON SARAWAK SIRI 1 TAHUN 2026*

Program Mahasiswa Negara Zon Sarawak Siri 1 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 5 hingga 7 Jun 2026 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini melibatkan penyertaan seramai 72 orang mahasiswa dan mahasiswi UNIMAS, terdiri daripada 35 orang lelaki dan 37 orang wanita.

Sepanjang tempoh tiga hari pelaksanaan program, pelbagai pengisian telah dijalankan secara tersusun dan berfokus kepada pembangunan sahsiah serta kepimpinan mahasiswa. Program ini dianjurkan dengan objektif untuk membentuk jati diri mahasiswa yang berdaya tahan dan berintegriti, di samping memupuk nilai kepimpinan, semangat kerja berpasukan serta kemahiran komunikasi berkesan dalam kalangan peserta. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap peranan mereka sebagai agen perubahan dalam masyarakat dan negara, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan yang holistik.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta penglibatan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang. Ini secara tidak langsung berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan interaktif, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara mahasiswa daripada pelbagai latar belakang.

Kemuncak program ini adalah Majlis Penutupan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj Othman. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dr. Edris bin Aden, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar serta En. Muhammad Fikri bin Che Nordin, Penolong Pengarah AKM Negeri Sarawak. Kehadiran para tetamu kehormat ini telah menyerikan lagi penutupan program serta memberi motivasi kepada para peserta untuk terus cemerlang.

31/05/2026

🌾 Selamat Hari Gawai 2026

Gayu Guru, Gerai Nyamai

Ikhlas daripada,
Pusat Pembangunan Pelajar, UNIMAS

26/05/2026

Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin

Aidiladha mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam setiap tindakan.
Semoga semangat pengorbanan ini terus menyemai nilai kepimpinan, empati dan kebersamaan dalam diri kita.

Ikhlas daripada,
Pusat Pembangunan Pelajar, UNIMAS

Photos from PUSAT PEMBANGUNAN PELAJAR UNIMAS's post 19/05/2026

[𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐔𝐍𝐈𝐌𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam UNIMAS Lestari.

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 (𝗠𝗣𝗣) 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲 dengan sukacitanya menjemput seluruh warga belia 𝗨𝗡𝗜𝗠𝗔𝗦 untuk bersama-sama menghadiri 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗸𝗿𝗮𝗿 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗨𝗡𝗜𝗠𝗔𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲.

Program ini diadakan sebagai simbol komitmen dan semangat generasi belia dalam memupuk nilai kepimpinan, perpaduan serta tanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat dan negara.

Tempat: Dataran BUCIDA, UNIMAS
Tarikh: 20 Mei 2026
Masa: 8.30 Pagi

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi bersama-sama memeriahkan program serta menyemarakkan semangat belia yang progresif, berdaya saing dan berintegriti.

Sekian, Terima kasih.

10/05/2026

We extend our deepest gratitude to all mothers for their invaluable role in nurturing, guiding, and inspiring the next generation.

Your dedication is the foundation of a brighter future.

From,
Pusat Pembangunan Pelajar
Universiti Malaysia Sarawak

07/05/2026

Syabas dan Tahniah ✨

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Pusat Pembangunan Pelajar, khususnya Seksyen Kebolehpasaran Graduan atas penerimaan Sijil Penghargaan MAGU dalam Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2026.

Penerimaan sijil ini adalah atas Pengiktirafan yang diterima oleh Pusat Pembangunan Pelajar sebagai Talentbank Employers' Choice of Unuversity Award.

Semoga menjadi inspirasi untuk menempa nama dan kejayaan yang seterusnya.

07/05/2026

Syabas dan Tahniah ✨

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Puan Aileen Anne ak Jinggong atas kejayaan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bersempena Majlis Anugerah Gemilang UNIMAS 2026.

Semoga menjadi inspirasi buat warga PPP & UNIMAS supaya terus menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang.

01/05/2026

Happy Labour Day
Centre for Student Development

Behind every successful student is a team of passionate individuals. Thank you for your dedication in nurturing potential and inspiring excellence.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Samarahan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Bangunan HEPA, Tingkat 3, Universiti Malaysia Sarawak
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00