21/05/2026
BENGKEL TOT SAINS SUKAN TAHAP 1
Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Cawangan Sarawak iaitu Encik Gordon Nicolaus Jemat Anchang dan Encik Wan Firdaus Bin Wan Chik atas penglibatan dalam Bengkel TOT Sains Sukan Tahap 1 yang berlangsung pada 15 Mei 2026 bertempat di Marriott Hotel, Miri.
Bengkel ini melibatkan tenaga pengajar Kursus Sains Sukan Borneo yang terdiri daripada wakil Sabah dan Sarawak bagi tujuan memurnikan silibus Kursus Sains Sukan Tahap 1 demi memastikan kandungan kursus sentiasa relevan, berkualiti dan selari dengan keperluan semasa bidang sains sukan.
Semoga penglibatan ini terus memperkukuhkan jaringan kerjasama serta meningkatkan mutu pendidikan dan latihan dalam bidang sains sukan di Malaysia.
Ikhlas daripada:
Puan Asmalini Binti Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak
21/05/2026
Jemputan Sebagai Penceramah Bagi Program Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Sarawak 2026
Dua orang pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Sarawak iaitu Encik Wan Firdaus Bin Wan Chik dan Cik Theresa Ahing telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada 30 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi di setiap Jabatan/Agensi di Sarawak tentang "Kepentingan & Komponen Kecergasan" serta "Teknik & Jenis-Jenis Senaman" sempena program anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak pada 19 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Hotel 56, Kuching.
Semoga dengan pengisian program ini para peserta dapat berkongsi ilmu kepada rakan-rakan serta staf masing-masing kelak dalam usaha menambahbaik program sedia ada.
Syabas dan tahniah buat pensyarah terlibat.
Ikhlas daripada:
Puan Asmalini Binti Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak
21/05/2026
๐ข BENGKEL URUTAN SUKAN (TAHAP 1)
๐ Tarikh: 16 & 17 Mei 2026 (Sabtu & Ahad)
๐ Tempat: Blok G (G101โG105), UiTM Sarawak, Kampus Samarahan
๐ Penganjur: Persatuan EXERSCI Sesi Mac โ Ogos 2026
๐ค Penceramah Jemputan: Equal Fitness
๐Pensyarah Terlibat:
Cik Theresa Ahing (Penasihat Program)
Puan Siti Nurr Atika Binti Mohd Sanif
(Penasihat Persatuan)
Encik Suhardi Bin Kram
(Penyelaras JPK)
Seramai 58 orang peserta telah mengikuti bengkel ini dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang dua hari program.
Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan oleh pihak penceramah dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang sains dan terapi sukan.
Naik perahu ke tengah lautan,
Membawa naskhah jadi panduan,
Bengkel urutan cipta kenangan,
Moga ilmu jadi pegangan.
Diharapkan usaha ini dapat menjadi permulaan yang baik untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan sentiasa cemerlang dalam bidang sukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini! ๐ธโจ
20/05/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pasukan Frisbee Lelaki dan Wanita, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi dibawah pengurus Encik Gordon Nicolaus Jemat Anchang:
Atas pencapaian memperolehi pingat:
EMAS
Di dalam pertandingan:
SAF 2026
Syabas & Tahniah diucapkan!
Ikhlas Daripada:
Puan Asmalini binti Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak
19/05/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi iaitu:
IRDINA BATRISYIA BINTI MOHAMMAD RIDZUAN (SR243)
Atas penyertaan sebagai peserta dalam program:
27th NATIONAL OLYMPIC ACADEMY SESSION FOR YOUNG AMBASSADORS
Tarikh: 4 Mei 2026 โ 9 Mei 2026
Lokasi: Sunway Lagoon Hotel
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak mengucapkan tahniah dan syabas atas penyertaan dan komitmen yang telah ditunjukkan. Semoga terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Ikhlas daripada:
Puan Asmalini Binti Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak
16/05/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi iaitu:
1.MUHAMMAD ALIFF ISYRAFF BIN MOHD ASPA(SR113)
Atas pencapaian memperolehi anugerah:
CHAMPION MENโS SINGLE NON-ID CATEGORY
Di dalam pertandingan:
HAIER CUP 2026
Tarikh: 16 Mei 2026
Lokasi: Arena Sukan, Kuching
Syabas & Tahniah diucapkan!
Ikhlas Daripada:
Puan Asmalini binti Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Sarawak
15/05/2026
๐ฅ SELAMAT MAJU JAYA ๐ฅ
Seluruh warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Cawangan Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet FSR yang bakal berjuang di SAF 2026! ๐ช๐
Teruskan berjuang dengan semangat, disiplin dan kebanggaan membawa nama fakulti serta UiTM ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga segala usaha dipermudahkan dan membuahkan kejayaan yang gemilang. โจ
โTrain hard, play harder, make FSR proud!โ ๐ฅ
Ikhlas daripada
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian & Seluruh Warga FSR
UiTM Cawangan Sarawak
13/05/2026
Tahniah dan syabas Saudari Marjorie Jimbon dan Dr Patricia Pawa Pitil โจ๐๐
Tahniah diucapkan kepada Marjorie Jimbon, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, atas kejayaan meraih BRONZE Award dalam kategori Research E-Poster Competition sempena The International Conference on Language, Education, Humanities & Social Sciences (i-LEdHS) 2026 yang berlangsung pada 22โ23 April 2026 anjuran Academy of Language Studies, UiTM Cawangan Kelantan.
Kajian yang bertajuk โEffects of Elastic Resistance Training on Change-of-Direction, Jump, and Repeated Sprint Performance in Female Handball Playersโ ini telah dilaksanakan di bawah seliaan Dr. Patricia Pawa Pitil, sekali gus membuktikan komitmen serta kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan prestasi sukan.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan akademik dan penyelidikan di peringkat lebih tinggi.
13/05/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang telah mendapat Bronze Award bagi Kategori Research E-Poster Competition sempena The International Conference on Language, Education, Humanities & Social Sciences (i-LEdHS) 2026 hasil seliaan Pensyarah Penyelia Dr. Patricia Pawa Pitil pada 22-23 April yang lalu. Butiran adalah seperti berikut:
Nama: Marjorie Jimbon
Pencapaian: Bronze Award
Tajuk Kajian: Effects of Elastic Resistance Training on Change of Direction, Jump and Repeated Sprint Performance in Female Handball Player
Pensyarah penyelia: Dr. Patricia Pawa Pitil
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta seluruh warga UiTM mengucapkan tahniah dan amat berbangga dengan pencapaian tersebut. Syabas diucapkan!
Ikhlas daripada
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga FSR
UiTM Cawangan Sarawak
11/05/2026
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang telah mendapat pingat Emas di dalam eSAF2026 bagi kategori Efootball. Butiran adalah seperti berikut:
Nama Pelajar: Abid Farhan bin Mohammad Isa
Pencapaian: Pingat Emas
Kategori Sukan: Efootball Esports
Tarikh: 10 Mei 2026
Tempat: Dewan Jubli UiTM Sarawak
Sempena: eSAF2026
Pengurus: Puan Noreriani Sabturani
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi mengucapkan tahniah dan amat berbangga dengan pencapaian tersebut. Syabas diucapkan!
Tahniah juga kepada pasukan MLBB dan PUBG FSR! Anda telah melakukan yang terbaik. Syabas!
Ikhlas daripada
Puan Asmalini Hj Che Abu Shafie
Ketua Pusat Pengajian
Serta Seluruh Warga FSR
UiTM Cawangan Sarawak