14/04/2026
PERMOHONAN PENGECUALIAN BAYARAN KOLEJ KEDIAMAN SERI PINANG SEMESTER MAC-OGOS 2026
Tarikh Permohonan:
Buka: 30 MAC 2026 - 20 APRIL 2026
Keputusan dikeluarkan: 20 MEI 2026
Pelajar yang layak memohon;
PENGECUALIAN: Pelajar sepenuh masa yang memohon kali pertama bermula semester ini, tidak mendapat sebarang bantuan kewangan dan pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00 tanpa mengira bilangan tanggungan.
PENGURANGAN 50%: Pelajar memenuhi syarat permohonan yang memohon buat kali kedua semester hadapan.
1. Isi dan lengkapkan permohonan secara online;
2. Hantar slip gaji/penyata pendapatan/ pencen/ dokumen berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan/penghulu/ketua kampung beserta borang permohonan yang telah dicetak ke pejabat kolej kediaman.
Sekian, harap maklum.
28/03/2026
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN AKSES KE SMART KOLEJ REGISTRATION SYSTEM (SKORE)
Peringatan : Sila semak status Layak 1 / Layak 2 anda sebelum log in. Akses dibahagikan mengikut giliran Kolej Kediaman & Senarai Layak.
1) Pautan : uitmskore.com
2) User ID & Password adalah No.Pelajar UiTM anda (default log in)
3) Klik menu change password untuk mengemaskini / menukar password anda. (Hubungi admin FB / Pejabat Kolej Kediaman masing - masing jika perlukan bantuan reset password)
4) Rujuk Pautan Video ini untuk tutorial penggunaan sistem & cara Pemilihan Bilik : https://www.youtube.com/watch?v=Ntmof5wkPn0
5) Cetak & bawa slip .pdf SKOre semasa hadir ke Kaunter pada hari Pendaftaran.
17/03/2026
Makluman Pendaftaran Pelajar Baharu & Lama (Diploma) Kolej Kediaman Seri Pinang, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 yang bermula pada 28 & 29 Mac 2026 atau 4 & 5 April 2026 (Semester Mac-Ogos 2026).
Kepada para pelajar dan ibubapa/penjaga 🙂,
Pihak Kolej Kediaman Seri Pinang mengalu-alukan kedatangan pelajar ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.
Boleh lihat gambar dan caption untuk melihat seimbas lalu pemandangan di kawasan Kolej Kediaman Seri Pinang sebagai panduan & rujukan anda.
Semoga bermanfaat.
17/03/2026
Senarai keputusan Permohonan Kolej Kediaman Layak Rayuan (Layak 2) bagi sesi 20262 boleh dirujuk di pautan Google drive folder yang dilampirkan.
SILA SEMAK BETUL-BETUL KOLEJ ANDA YANG TELAH DITAWARKAN:
https://drive.google.com/drive/folders/1vDd0XEMuEJUQ3BnuagtcmpMfHuu2CXA9?usp=sharing
MAKLUMAN: PROSES PEMILIHAN BILIK SECARA ONLINE & AKSES KE SISTEM SKOre
Proses Pemilihan Bilik Secara Online & Akses ke Sistem SKOre adalah DITANGGUHKAN buat sementara waktu. Pautan www.uitmskore.com tidak dapat di akses buat masa ini.
Sila rujuk infografik & notis rasmi yang dilampirkan.
24/02/2026
Senarai keputusan Permohonan Kolej Kediaman Layak 1 bagi sesi 20262 boleh dirujuk di pautan Google drive folder yang dilampirkan.
SILA SEMAK BETUL-BETUL KOLEJ ANDA YANG TELAH DITAWARKAN:
https://drive.google.com/drive/folders/1xe72UE3-cj2siBDgXJFRYc_HV6GmwKLl?usp=drive_link
MAKLUMAN: PROSES PEMILIHAN BILIK SECARA ONLINE & AKSES KE SISTEM SKOre
Proses Pemilihan Bilik Secara Online & Akses ke Sistem SKOre adalah DITANGGUHKAN buat sementara waktu. Pautan www.uitmskore.com tidak dapat di akses buat masa ini.
Sila rujuk infografik & notis rasmi yang dilampirkan.
13/01/2026
NOTIS DAFTAR KELUAR AKHIR SEMESTER (Clearance Bilik):
Untuk makluman semua. Sila baca notis dengan teliti, sekian terima kasih 😄
12/01/2026
MAKLUMAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN DAN PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI MAC - OGOS 2026. (BERMULA JAM 10.00 PAGI)
MOHON PELAJAR UNTUK MEMBACA NOTIS DIBAWAH DENGAN TELITI.
SEBARANG PERTANYAAN DAN PERMASALAHAN BOLEH HUBUNGI PEJABAT KOLEJ:
082-678549/8546 atau "inbox" FB KOLEJ.
Sekian, harap maklum.
05/12/2025
NOTIS BERKENAAN PENDAFTARAN PERALATAN ELEKTRIK KOLEJ SERI PINANG.
✅ DIGALAKKAN 1 ATAU 2 ORANG WAKIL UNTUK SETIAP RUMAH MELAKUKAN PENDAFTARAN DI KAUNTER KOLEJ BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN.
✅ HANYA PERALATAN YANG MENDAPAT KELULUSAN SIRIM, JBE DAN SURUHANJAYA TENAGA SAHAJA YANG DIBENARKAN.
✅ PELAJAR DIGESA AGAR BERBINCANG TERLEBIH DAHULU BAGI SETIAP RUMAH TERUTAMA BERKENAAN DENGAN HAD PENDAFTARAN SETERIKA DAN ALAT MEMASAK AIR. SEKIRANYA PELAJAR GAGAL MEMBUAT PENDAFTARAN DALAM TEMPOH TERSEBUT, PERALATAN ELEKTRIK AKAN DIRAMPAS DAN TINDAKAN TATATERTIB AKAN DIAMBIL.
✅ PARA PELAJAR DINASIHATKAN AGAR MEMBAWA BALIK PERALATAN ELEKTRIK YANG TIDAK DIBENARKAN SEBELUM TEMPOH TAMAT.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.
PAUTAN UNTUK PELAJAR MUTAWWIF: https://drive.google.com/file/d/1sbhc9yVieTrAx6piuEqJTq4PkvNggX1a/view?usp=share_link
25/11/2025
KEPUTUSAN PENGECUALIAN & PENGURANGAN BAYARAN YURAN KOLEJ KEDIAMAN SERI PINANG SESI OKTOBER’25-FEBRUARI’26
Sila rujuk senarai nama anda mengikut kolej kediaman di dalam pautan yang diberikan dibawah.
Untuk pelajar yang berjaya mendapat pengecualian & pengurangan bayaran serta telah membuat pembayaran yuran kolej, sila hantar Invois Pembayaran dari Student portal dan salinan PASS BOOKLESS Bank anda ke pejabat Kolej Kediaman Seri Pinang bermula 1 DISEMBER 2025 (ISNIN) sehingga 3 DISEMBER 2025 (RABU) bagi tujuan pemulangan semula wang (refund) daripada Bahagian Bendahari.
Sekian, Harap Maklum.
SENARAI NAMA LAYAK PENGECUALIAN & PENGURANGAN YURAN KOLEJ KEDIAMAN SERI PINANG KAMPUS SAMARAHAN 2 SEMESTER OKT'25-FEB'26 - Google Drive
06/11/2025
Assalamualaikum wbt Salam Sejahtera.
Survey Keberadaan Pelajar Diploma Kampus Samarahan 2 (Q5) Semasa Sesi ODL
✅ URHP dengan kerjasama MPP & JPK sedang melaksanakan kutipan data status Pelajar Kampus Samarahan 2 yang pulang ke lokasi asal & yang tinggal di Kolej Kediaman sepanjang tempoh ODL yg akan datang.
✅ Data ini akan disalurkan kepada pihak Bahagian Pengurusan Fasiliti & Konsesi, bagi memantau anggaran & keperluan penggunaan air di Kampus.
✅ Data ini juga akan di salurkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, sekiranya ada Pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman memerlukan bantuan dari segi kebajikan.
Pelajar yg akan tinggal di Kolej Kediaman semasa ODL adalah diwajibkan mengisi survey ini.
Pautan : https://forms.gle/eZYzXot8kX3zygdNA
Sekian, terima kasih.