Bahagian PJI UITM Cawangan Sarawak

Bahagian PJI UITM Cawangan Sarawak

Share

Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

31/05/2026

🌾 SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI 2026 🌾

“Gayu Guru, Gerai Nyamai! Oohaa! Oohaa! Oohaa!”

Sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2026, kami mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak serta masyarakat Dayak di seluruh negara.

Semoga perayaan yang penuh makna ini membawa keberkatan, kegembiraan, kemakmuran dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga, rakan-rakan serta komuniti. Marilah kita bersama-sama menghargai warisan budaya yang kaya serta semangat perpaduan yang menjadi kebanggaan Sarawak.

Selamat bercuti dan semoga perjalanan pulang ke kampung halaman berlangsung dengan selamat.

Gayu Guru, Gerai Nyamai!
May your harvest be abundant, and your life be filled with happiness and prosperity.

Ikhlas daripada
Timbalan Rektor PJI dan seluruh Warga PJI
Unit Pentadbiran Strategik & Sumber Manusia
Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI)
UiTM Cawangan Sarawak

30/05/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan inovasi atas kejayaan merangkul Silver Award (Kategori Social Sains) menerusi projek:

📌 “Sign-Talk AR: Enhancing Inclusive Education Through Augmented Reality-Enabled Kinesthetic Learning”

di 3rd International Tinker Innovation and Entrepreneurship Challenge 2026.

Tahniah diucapkan kepada:
👨🏻‍🎓 Austin Carlos Bos (Pelajar)
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

serta penyelia:
👩🏻‍🏫 Dr. Nur Aida Binti Kipli
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Inovasi Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2

Kejayaan ini membuktikan komitmen warga UiTM Cawangan Sarawak dalam memperkasa inovasi pendidikan inklusif serta melahirkan budaya penyelidikan dan kreativiti yang berimpak tinggi di peringkat antarabangsa.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk terus cemerlang dalam bidang inovasi, penyelidikan dan keusahawanan.

✨ Syabas dan terus mengharumkan nama UiTM Cawangan Sarawak di persada global!










30/05/2026

✨ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2026 ✨

Pesta menuai bukan sekadar warisan budaya, tetapi lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap hasil bumi serta nilai kehidupan masyarakat Sabah dan Borneo. 🌾🏔️

Semoga sambutan Kaamatan tahun ini membawa kemakmuran, kebahagiaan dan semangat kebersamaan kepada seluruh warga UiTM serta masyarakat Malaysia.

“Kaamatan Untuk Semua”
Mari kita terus memelihara warisan budaya dengan semangat harmoni, hormat dan perpaduan.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! 🌾

Ikhlas daripada
Timbalan Rektor PJI dan Seluruh Warga PJI
UiTM Cawangan Sarawak

30/05/2026

BELASUNGKAWA

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian

Mendiang Kpl/PB Nobess Anak Rimok
yang telah meninggal dunia pada 30 Mei 2026

Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Segala jasa, sumbangan dan kenangan yang telah ditinggalkan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

Salam Belasungkawa

Daripada
Pengurusan Eksekutif & Seluruh Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak

"Kenangan yang indah akan sentiasa terpahat, jasa yang dicurahkan akan terus dikenang."

28/05/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS ✨

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada

PROFESOR MADYA DR. ROBIN CHANG YEE HUI
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2

atas kejayaan penerbitan artikel jurnal berindeks Web of Science (WOS) Q1/Q2 bagi Suku 1 Tahun 2026 sebagai Corresponding Author menerusi jurnal Surfaces and Interfaces.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta mencerminkan kecemerlangan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan akademik di UiTM Cawangan Sarawak.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Ikhlas daripada
Rektor dan Seluruh Warga
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

28/05/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS ✨

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Mohd Afiq bin Mohd Fauzi daripada Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan 2 atas pencapaian cemerlang sebagai Corresponding Author bagi penerbitan prosiding berindeks SCOPUS untuk Suku 1 Tahun 2026.

📘 Proceeding:
Lecture Notes in Civil Engineering

📝 Tajuk Penyelidikan:
Strength Performance of Mechanical Couplers for Reinforcement Bar Splices Embedded in Ultra-High-Performance Concrete (UHPC) Using Different Percentage Dosage of Superplasticizer

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan penerbitan akademik di peringkat antarabangsa.

Ikhlas daripada
Rektor dan Seluruh Warga
🎓 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

28/05/2026

✨ TAHNIAH & SYABAS ✨

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Muhammad Shahimi bin Ariffin daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah atas pencapaian membanggakan sebagai UiTM First Author bagi penerbitan jurnal berindeks SCOPUS untuk Suku 1 Tahun 2026.

📚 Jurnal:
Far East Journal of Mathematical Sciences (FJMS)

📝 Tajuk Penyelidikan:
Register of Ankle Angle Kinematics Data Using Functional Data Analysis for Parachute Landing

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik di UiTM Cawangan Sarawak.

Ikhlas daripada
Rektor dan Seluruh Warga
🎓 Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

28/05/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada

Prof. Dr. Jati Kasuma Bin Ali
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Cawangan Sarawak

atas kejayaan penerbitan artikel dalam prosiding berindeks Web of Science (WOS) Q1/Q2 bagi Suku 1 Tahun 2026 sebagai Corresponding Author.

📚 Prosiding/Jurnal:
Environment–Behaviour Proceedings Journal

📝 Tajuk Penyelidikan:
Literature Review on 30 Years in Aging Tourism: Past, Present and Future Trends

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan budaya penyelidikan, penerbitan ilmiah serta inovasi di peringkat antarabangsa.

Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi.

✨ “Membudayakan Penyelidikan, Memperkasa Kecemerlangan” ✨

Ikhlas daripada
Rektor & Seluruh Warga
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak

28/05/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada

Prof. Dr. Firdaus Abdullah @ Kenneth Kevin Akeu
(Rektor UiTM Cawangan Sarawak) Rektor UiTM Sarawak
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
UiTM Cawangan Sarawak

atas kejayaan penerbitan artikel dalam jurnal berindeks SCOPUS bagi Suku 1 Tahun 2026 sebagai Corresponding Author.

📚 Jurnal:
Journal of Theoretical and Applied Electronic Commerce Research

📝 Tajuk Penyelidikan:
Hedonic Beats Utilitarian: Differential Effects of AI Chatbots and AR/VR on Consumer Engagement in E-Commerce

Kejayaan ini mencerminkan kecemerlangan akademik dan komitmen berterusan dalam memperkasa budaya penyelidikan, inovasi serta penerbitan berimpak tinggi di peringkat antarabangsa.

Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga universiti dalam memperkukuhkan kecemerlangan penyelidikan dan jaringan akademik global.

✨ “Membudayakan Penyelidikan, Memperkasa Kecemerlangan” ✨

Ikhlas daripada
Seluruh Warga
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00