Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS

Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS

Share

Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS To function as a teaching hospital to produce quality undergraduates and postgraduates.
2.

Vision:
The Vision of HPUNIMAS is to be the centre of education, research and professional consulting services in the field of Medicine and Health Sciences. Mission:
The Mission of HPUNIMAS is to become a centre of excellence in teaching, research, professional services and consultation services that are effective and efficient in the field of medicine and health sciences

Objectives:
HPUNIMAS aim

Photos from Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS's post 18/06/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—™๐—œ๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—”๐—œ) ๐—›๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ

Hospital Pengajar UNIMAS (HPUNIMAS) telah berjaya menganjurkan Latihan Artificial Intelligence (AI) yang diadakan khusus untuk warga HPUNIMAS bagi memberi pendedahan kepada konsep asas AI, jenis-jenis Generative AI serta pelbagai aplikasi yang boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam persekitaran kerja.

Sesi latihan ini telah disampaikan oleh Encik Chuah Kee Man, Pensyarah Kanan dan Penyelidik dalam bidang e-pembelajaran dari Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, UNIMAS. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen yang tinggi melalui penglibatan aktif dalam perbincangan, perkongsian idea serta aktiviti praktikal yang dijalankan.

Penganjuran latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan HPUNIMAS dalam menyokong agenda transformasi digital universiti serta memperkukuh kompetensi warga kerja agar sentiasa relevan dan bersedia menghadapi perkembangan teknologi semasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang latihan ini berlangsung.

16/06/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—”๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—œ๐—๐—ฅ๐—”๐—› ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—›

Sempena tahun baharu Hijrah ini, marilah kita bersama-sama bermuhasabah, memperbaharui azam serta memperkukuh nilai integriti, ihsan dan kebersamaan dalam setiap amanah yang dipikul.

12/06/2026

๐…๐‘๐„๐„ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐˜ ๐–๐Ž๐‘๐Š๐Ž๐”๐“

Fun, guided sessions for all levels. Build strength, burn fat, and stay motivated with expert coaches. Join us!

Hey Samarahan Community, You're Invited!

Never joined a group workout before? No worries, this session is designed for everyone, regardless of fitness level or experience!

Join us for a FREE TMPC Community Workout in collaboration with HPUNIMAS at Hospital Pengajar UNIMAS compound.

Date: Saturday, 13 June 2026
Time: 7:00 AM - 9:00 AM
Venue: Pusat Kesihatan Prima Hospital Pengajar UNIMAS

Who Can Join? This session is open to:
โœ… Samarahan community
โœ… UNIMAS staff
โœ… UNIMAS students

Programme Schedule
7:00 AM - Registration & Arrival
7:05 AM - Ice-Breaking Session
7:15 AM - Warm-Up
7:30 AM - Bodyweight & Aerobic Workout
8:30 AM - Cool-Down Session
9:00 AM - Dismissal

What to Bring
โœ”๏ธ Comfortable workout attire
โœ”๏ธ Drinking water
โœ”๏ธ Proper sports footwear
โœ”๏ธ Small towel

FREE Health Screening
Complimentary health screening will be available throughout the session, including:
๐Ÿฉบ Blood Pressure Check
๐Ÿฉบ Blood Glucose Screening

No pressure, no competition. Just a fun and welcoming environment to get moving and stay active. See you there!

Photos from Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS's post 10/06/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ

Hospital Pengajar UNIMAS berbesar hati menerima lawatan pemantauan daripada YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, dan Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT.

Lawatan dimulakan di Pusat Kesihatan Prima, Hospital Pengajar UNIMAS yang telah beroperasi sejak Ogos 2024 bagi meninjau status pengoperasian fasiliti serta pemeriksaan struktur bangunan. Delegasi kemudiannya meneruskan lawatan ke tapak pembangunan Hospital Pengajar UNIMAS yang sedang dalam proses pembinaan.

Turut mengiringi lawatan ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS; Professor Dr. Ahmad Hata Rasit, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak; Prof. Ir. Dr. Siti Noor Linda binti Taib, mewakili Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi); Profesor Dr. Wan Hashim bin Wan Ibrahim, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan); Profesor Dr. Ehfa Binti Bujang Safawi, Pengarah Hospital Pengajar UNIMAS, serta Encik Ts. Humphrey Rayang Ak Nelson Janang, Pengarah Pejabat Pembangunan UNIMAS.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dan UNIMAS dalam memastikan pembangunan Hospital Pengajar UNIMAS berjalan lancar serta mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan penyelidikan untuk manfaat masyarakat, khususnya di Sarawak.

03/06/2026

Salam Takziah.
Dengan penuh rasa dukacita,
kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Professor Madya Dr. Sabrina Binti Lucas yang telah meninggal dunia pada hari Selasa, 2 Jun 2026.

Semoga keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.

01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak sembah, menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena
Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Tuanku dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kebijaksanaan dalam memayungi negara dan rakyat jelata.
Daulat Tuanku.

31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Semoga sambutan Hari Wesak membawa ketenangan jiwa, kebahagiaan dan keberkatan kepada semua yang meraikannya.

Marilah kita terus menyemai nilai kasih sayang, saling menghormati dan hidup dalam semangat perpaduan demi membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.

29/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก & ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Selamat meraikan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak, Kadazan-Dusun, Murut, Rungus serta semua yang meraikannya.

Raikan warisan budaya ini dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Semoga perpaduan dan keberkatan perayaan ini membawa kita menjadi lebih harmoni dan berkasih sayang bersama keluarga serta komuniti.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai!

26/05/2026

๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang keikhlasan, kesyukuran dan pengorbanan yang membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja, pesakit, keluarga serta masyarakat yang meraikannya.

Photos from Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS's post 21/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—ข๐—ก๐—š๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—จ๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ, ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—™๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—— ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”

Konflik di tempat kerja merupakan satu cabaran yang boleh berlaku dalam mana-mana organisasi. Namun, apabila diurus dengan pendekatan yang betul, konflik boleh menjadi ruang untuk memperbaiki komunikasi, mengukuhkan kerjasama serta membina persekitaran kerja yang lebih harmoni dan profesional.

Sehubungan itu, HPUNIMAS menganjurkan sesi perkongsian โ€œMenangani Konflik di Tempat Kerjaโ€ bersama YBhg. Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Penasihat HPUNIMAS.

Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan komunikasi berkesan, empati, penyelesaian masalah dan semangat kerja berpasukan dalam menangani konflik secara matang dan berhemah.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada warga kerja HPUNIMAS serta menjadi panduan dalam membina budaya kerja yang lebih positif, profesional dan saling menghormati.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Samarahan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Dato Mohd Musa
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00