02/06/2026
Warga Tadika Tunas Iman mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Wesak kepada semua yang meraikannya.
Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kegembiraan, kedamaian dan keharmonian bersama keluarga serta insan tersayang.
Bersama kita menyemai nilai hormat-menghormati dan hidup bermasyarakat dalam suasana yang aman dan bersatu padu.
Firman Allah;
βWahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).β Al-Hujurat : 13
28/05/2026
Salam Aidiladha daripada Tadika Tunas Iman β¨π
Walaupun mungkin ucapan ini sedikit terlewat, namun rasa kasih, doa dan ingatan kami tetap sampai buat semua β€οΈ
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Tadika Tunas Iman, ibu ayah, anak-anak serta sahabat semua. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan diterima dan diberkati oleh Allah SWT π€
20/05/2026
Tips pujuk anak makan.π
Memujuk anak makan memerlukan kesabaran, kreativiti, dan konsistensi.
Memang realiti ramai ibu bapa rasa tertekan bila anak susah makan.
Tapi cuba ubah pendekatan sikitβjangan jadikan waktu makan sebagai βmedan perangβ.
10/05/2026
π· Selamat Hari Ibu π·
Buat Ibu Tersayang
Terima kasih ibu
Atas kasih sayang yang tidak pernah berkurang,
Atas doa yang tidak pernah putus,
Atas senyuman yang menguatkan langkah si kecil.π
Sempena Hari Ibu,
anak-anak Tadika Tunas Iman meraikan ibu
dengan penuh kasih, senyuman dan cinta β€οΈ
Ibu adalah cinta pertama kami.
Selamat Hari Ibu πΈ
09/05/2026
9/5/2026 | BICARA SIHAT CILIK
Ceramah Pemakanan Seimbang untuk Ibu Bapa Murid
Alhamdulillah, program Bicara Sihat Cilik telah berjalan dengan lancar dan memberi banyak manfaat kepada ibu bapa murid. π€
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan seimbang dalam menyokong tumbesaran dan kesihatan anak-anak.
β¨ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr Adilah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan mudah difahami.
π€ Terima kasih juga kepada semua ibu bapa murid atas kehadiran dan komitmen yang sangat baik. Sokongan anda amat kami hargai demi membentuk generasi cilik yang sihat, ceria dan berkualiti.
08/05/2026
Kepentingan Snek berkhasiat untuk kanak-kanak. π₯°
02/05/2026
π₯ PERKONGSIAN ONLINE: MAKANAN SEIMBANG π₯
"Makan Dengan Bijak, Hidup Lebih Baik!"
Tahukah anda, pemakanan seimbang bermula dari rumah dan didikan awal anak-anak? π
Jom sertai Perkongsian Online Makanan Seimbang untuk menambah ilmu dan membina gaya hidup sihat seisi keluarga.
π
Tarikh: 9 Mei 2026
β° Masa: 9.00 pagi β 11.00 pagi
π» Platform: Online(link akan dikongsikan kemudia)
β¨ Apa yang anda akan pelajari?
β
Konsep makanan seimbang
β
Panduan Pinggan Sihat Malaysia
β
Tips memilih makanan berkhasiat
β
Amalan pemakanan sihat harian
β
Cegah penyakit & kekal bertenaga
π¨βπ©βπ§βπ¦ Terbuka kepada semua!
π PERCUMA !
Hanya perlu daftar & sertai kami secara online.
πΏ Sihat itu pilihan kita. Didik anak sihat, hidup lebih bahagia.
π² Jumpa anda nanti! π
02/05/2026
πΏ MEI 2026: BULAN PEMAKANAN SIHAT πΏ
Assalamualaikum semuaπ€
Sepanjang bulan Mei, pelbagai perkongsian dan aktiviti menarik berkaitan pemakanan sihat akan dijalankan khas untuk anak-anak TTI.π
Aktiviti ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan amalan pemakanan sihat sejak usia kecil, di samping membentuk gaya hidup yang lebih sihat dan ceria.
β¨ Selain itu, kami juga menyediakan satu aktiviti khas terbuka kepada umum!
Jemput hadir bagi yang berkelapangan π
Terima kasih atas sokongan semua π
11/04/2026
πβ¨JAMUAN RAYA TADIKA TUNAS IMAN β¨π
Alhamdulillah, Jamuan Raya Aidilfitri Tadika Tunas Iman telah berlangsung dengan lancar dan penuh keceriaan π€
Gelak tawa, wajah ceria anak-anak serta suasana raya yang meriah menjadikan hari ini satu kenangan indah buat semua.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, kerjasama serta sumbangan juadah raya.
Sokongan anda amat kami hargai dan menjadi penyeri program ini πΈ
Semoga sambutan ini dapat mengeratkan silaturahim dan memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak dalam mengenali budaya dan nilai murni Hari Raya Aidilfitri.
π Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Tadika Tunas Iman
β¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin β¨