23/08/2025
*[BREAKING NEWS]*
*KOTA KINABALU, 23 OGOS 2025* β Karnival Bakat Prasekolah Swasta Peringkat Negeri Sabah 2025 berlangsung dengan penuh meriah di *Dewan SJKC Chung Hwa, Kota Kinabalu*, menghimpunkan murid-murid prasekolah swasta dari melibatkan 24 daerah bagi mempersembahkan bakat dan kreativiti masing-masing.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh *YBrs. Puan Indang Kasi binti Haji Sibin*, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga pendidik dan ibu bapa atas komitmen dalam pembangunan potensi awal kanak-kanak.
Pelbagai acara dipertandingkan seperti *nyanyian solo, tarian kreatif rampaian dan mewarna*, menampilkan kreativiti dan keyakinan murid seawal usia 4 hingga 6 tahun.
Program anjuran *Unit Pendidikan Swasta, JPN Sabah* ini menjadi platform penting menyokong objektif pendidikan awal berkualiti serta memperkukuh hubungan strategik antara institusi prasekolah swasta, komuniti dan pihak berkepentingan.
Karnival ini turut menyerlahkan komitmen berterusan JPN Sabah dalam memartabatkan pendidikan prasekolah swasta sebagai pemangkin kecemerlangan generasi masa depan.