29/07/2026
Jabatan Pendaftar UMS
Higher Education Jabatan Pendaftar ditubuhkan pada 24 November 1994 dan merupakan antara jabatan yang terpenting di Universiti Malaysia Sabah
29/07/2026
03/07/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman atas pelantikan semula sebagai Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.
29/06/2026
Seluruh warga Jabatan Pendaftar mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Datuk Norali @ Ag Norali Ag Damit, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah.
28/06/2026
JEMPUTAN KE TAKLIMAT KESELAMATAN SEMPENA PROGRAM KEMPEN JKKP PERINGKAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK TAHUN 2026
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) akan mengadakan taklimat keselamatan khas sempena Kempen JKKP BPA sepanjang bulan Jun 2026. Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir ke sesi taklimat ini pada ketetapan berikut;
Tarikh : 29 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 10.00 pg- 12.00 tgh
Tempat : Secara dalam talian (MS Teams)
Link: https://teams.microsoft.com/meet/42370629785805?p=qfY3TULKNbfylVg1iI
Topik : Taklimat Keselamatan Ancaman Haiwan Liar Dalam Kampus
Penceramah :
SM/PB Gorden Lazarus
Pen. Pegawai Keselamatan Kanan, Bahagian Keselamatan UMS
3. Sasaran penyertaan adalah kepada semua kakitangan BPA dan terbuka kepada warga UMS. Mata IDP akan diberikan kepada kakitangan yang menyertai program ini .
Sekian dan terima kasih.
SPK(A) & JKKP BPA
29 Jun 2026 (Isnin)
22/06/2026
KOTA KINABALU, 15 Jun 2026 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) Bil. 2/2026 yang menghimpunkan ahli serta wakil daripada Universiti-Universiti Awam di seluruh Malaysia.
Mesyuarat yang dihadiri seramai 45 peserta itu telah dipengerusikan oleh Encik Helmi Zaifura bin Abdul Rahman, Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA).
Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara Universiti Awam, khususnya dalam membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan sumber manusia, pembangunan bakat serta tadbir urus yang mampan demi memperkasakan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi negara.
Mesyuarat tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 15 Jun 2026 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Lembaga Eksekutif (BMLE), Aras 6, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah.
UMS amat menghargai kehadiran dan komitmen semua ahli JKSMUA dalam menjayakan mesyuarat ini serta berharap hubungan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh ke arah memacu kecemerlangan pengurusan sumber manusia Universiti Awam di Malaysia pada masa akan datang.
17/06/2026
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala Puji bagi Allah Tuhan pemerintah
seluruh alam. Allah SWT menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan sahabat handainya sekalian.
Ya Allah Engkaulah yang abadi lagi kekal dan tidak ada permulaan. Atas kurniaanMu yang besar, kemurahanMu yang luas hari ini merupakan tahun yang baharu, baru sahaja muncul. Kami memohon kepadaMu supaya memelihara kami daripada syaitan, penyokong-penyokong dan tentera-tenteranya, serta menolong kami menentang nafsu yang mengajak kepada kejahatan.
Dan menolong kami supaya sibuk melakukan amalan untuk mendekatkan kami kepadaMu wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Allah SWT telah menurunkan rahmat dan kesejahteraanNya ke atas pengulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabatya kesemua. Segala puji bagi Allah Tuhan pemerintah alam."
Jabatan Pendaftar mengucapkan selamat menyambut 1 Muharram 1448 Hijrah yang jatuh pada 17 Jun 2026 kepada semua warga UMS yang beragama islam.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Pendaftar.
16/06/2026
💫🌙 *JEMPUTAN KE CERAMAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1448H/2026M DAN KEMPEN JKKP 2026 PERINGKAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK (BPA)*🌙💫
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa, Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) akan mengadakan ceramah sempena sambutan Maal Hijrah 1448H/2026M dan Kempen JKKP BPA Bulan Jun 2026. Sehubungan itu, seluruh warga BPA adalah dijemput untuk menghadiri ceramah tersebut pada ketetapan berikut:
📖 Tajuk Ceramah: *"Membina Kesejahteraan Mental dan Fizikal Melalui Zikrullah: Hijrah Menuju Kehidupan Yang Seimbang dan Bermakna"*
📅 Tarikh: *16 Jun 2026 (Selasa)*
🕤 Masa: *9.30 pagi – 11.30 pagi*
💻 Kaedah: *Online (MS Teams)*
🔗 Pautan: https://teams.microsoft.com/meet/44401880808972?p=OjO1Nrb6yGEZeN50lC
🎙 Penceramah: *Ustaz Hafiz Bin Hamzah, Pensyarah FIS, UMS*
Semoga program ini dapat memberi manfaat tentang kepentingan kesejahteraan mental, fizikal dan rohani dalam kehidupan seharian, serta meningkatkan kesedaran berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di universiti khususnya di penempatan bertugas masing-masing.
✨"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"✨
Kehadiran dan penyertaan semua amatlah dialu-alukan.
Terima kasih.
SPK-Admin, BPA
15 Jun 2026 (Isnin)
05/06/2026
[KENYATAAN MEDIA]
UMS LAKSANA MSM DAN PDP DALAM TALIAN BAGI PROGRAM ASASI TERPILIH
KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) memaklumkan bahawa pelaksanaan Minggu Suai Mesra (MSM) dan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat dan Program Asasi Sains Sosial untuk Semester 1, Sesi Akademik 2026/2027 akan dijalankan secara dalam talian selaras dengan arahan terkini pengurusan universiti.
Keputusan ini dibuat sebagai menyokong saranan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menggalakkan institusi pendidikan tinggi mempertimbangkan pelaksanaan PdP secara dalam talian sebagai langkah mengurangkan kos perjalanan serta penggunaan bahan api dalam tempoh semasa.
UMS memahami kebimbangan pelajar dan ibu bapa berhubung perubahan kaedah pelaksanaan ini. Justeru, pelajar yang telah membuat tempahan tiket penerbangan atau penginapan lebih awal masih dibenarkan hadir dan mendaftar di kampus mengikut jadual yang ditetapkan.
Selain itu, pelajar yang menghadapi masalah capaian internet di kawasan kediaman juga boleh memohon kemudahan penginapan di kampus bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.
Universiti juga sedang meneliti isu berkaitan yuran dan implikasi kewangan yang berbangkit bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah adil serta mengambil kira kebajikan pelajar dan keluarga mereka.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS melalui talian 088-320000 sambungan 212700 atau e-mel [email protected].
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Korporat
Universiti Malaysia Sabah
5 Jun 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Address
Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 18:00 |
| Tuesday | 07:30 - 18:00 |
| Wednesday | 07:30 - 18:00 |
| Thursday | 07:30 - 18:00 |
| Friday | 07:30 - 18:00 |