Official Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Official Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Menawarkan kursus di peringkat Sijil Khas dan Diploma kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

PERINGATAN | KESELAMATAN BANJIR KILAT DI KAWASAN POLITEKNIK KOTA KINABALUMohon semua terus berwaspada dan saling membant...
28/09/2026

PERINGATAN | KESELAMATAN BANJIR KILAT DI KAWASAN POLITEKNIK KOTA KINABALU

Mohon semua terus berwaspada dan saling membantu antara satu sama lain. Keselamatan adalah keutamaan kita bersama.

KREATIVITI TVET TERBAIK! INOVASI PELAJAR PKK CURI TUMPUAN DI PAMERAN KERJAYA INDUSTRI SABAH 2026KOTA KINABALU, 28 SEPTEM...
28/09/2026

KREATIVITI TVET TERBAIK! INOVASI PELAJAR PKK CURI TUMPUAN DI PAMERAN KERJAYA INDUSTRI SABAH 2026
KOTA KINABALU, 28 SEPTEMBER - Kump**an pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) Semester 5 telah terpilih mempamerkan produk inovasi Eco.Agro.Cycle di pameran Kerjaya Industri Sabah 2026 anjuran Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah pada 25–26 September lalu bertempat di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu.

Di bawah bimbingan Pensyarah Utama kursus Business Project, Dr. Melvin Mojikon, inovasi berasaskan sisa pertanian yang diolah menjadi bahan binaan mesra alam ini bukan sahaja menarik perhatian ramai pengunjung, malah memberi pengalaman industri yang amat bernilai kepada pelajar sebelum melangkah ke fasa Latihan Industri.

Hasil kreativiti dan komitmen bakat muda Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ini turut mendapat pujian serta rasa kagum daripada YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah yang amat berbangga dengan kualiti serta potensi pelajar TVET!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dr. Melvin Mojikon bersama 7 orang pelajar DLS atas kejayaan yang cemerlang ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga PKK untuk melakar lebih banyak kejayaan di persada industri!




150 WARGA PKK SEMARAK WORLD CLEANUP DAY 2026 & USAHA CATAT MALAYSIA BOOK OF RECORDSKOTA KINABALU, 26 September 2026 – Se...
27/09/2026

150 WARGA PKK SEMARAK WORLD CLEANUP DAY 2026 & USAHA CATAT MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KOTA KINABALU, 26 September 2026 – Seramai 150 pelajar dan pensyarah Politeknik Kota Kinabalu (PKK) turun padang menjayakan Program Cultivating Eco-Civic Transformation in Higher Education Through World Cleanup Day 2026, anjuran PKK dengan kerjasama Eco-Ninja SDG.Asean.

Penyertaan ini merupakan manifestasi komitmen warga TVET dalam memupuk kesedaran, tanggungjawab serta tindakan bersama terhadap kelestarian alam sekitar.

Program ini turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Hari Cuci Malaysia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu, yang berlangsung serentak di 469 lokasi di seluruh negara, sekali gus menyokong Program Pembersihan Mega Peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha mencatat rekod Malaysia Book of Records bagi penyertaan teramai dalam program gotong-royong dan pembersihan di Malaysia.

Lebih daripada sekadar aktiviti pembersihan, program ini menjadi platform pembelajaran berasaskan pengalaman yang menterjemahkan ilmu dan kesedaran kepada tindakan serta impak sebenar kepada komuniti dan alam sekitar.

Inisiatif ini turut memperkukuh agenda SmartGreen PKK serta menyokong SDG 4, SDG 11, SDG 12, SDG 13, SDG 14 dan SDG 17 melalui pendidikan kelestarian, pengurusan sisa, tindakan iklim, pemeliharaan ekosistem serta jaringan kerjasama strategik.

Syabas dan terima kasih kepada seluruh warga PKK yang terlibat!

Penyertaan ini membuktikan bahawa TVET bukan sekadar membina kemahiran, tetapi turut membentuk generasi yang prihatin, bertanggungjawab dan mampu menjadi agen perubahan demi kelestarian masa hadapan.

“From Knowledge to Action, From Action to Sustainable Impact.” 🌏♻️

🎓 LIVE STREAM | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026📅 24 September 2026 (Khamis)🕗 8.00 pagi🎓 SI...
24/09/2026

🎓 LIVE STREAM | MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH 2026

📅 24 September 2026 (Khamis)
🕗 8.00 pagi
🎓 SIDANG 4

✨ HARI INI, KITA RAIKAN MEREKA!

Tibalah masa untuk meraikan kejayaan para graduan Kolej Komuniti Zon Sabah dalam Sidang 4, yang menghimpunkan graduan daripada 9 buah Kolej Komuniti di seluruh Sabah.

Satu lagi fasa penting dalam perjalanan pendidikan mereka bakal dilakar apabila para graduan menerima pengiktirafan atas segala usaha, kesungguhan dan komitmen sepanjang menamatkan pengajian.

📺 Saksikan detik penuh bermakna ini secara langsung menerusi pautan berikut:

https://www.youtube.com/live/50XPQp2X5tM?si=EiFIatV-EuUGsV7c

🎓 Ayuh bersama-sama menyaksikan dan meraikan kejayaan para graduan daripada 9 Kolej Komuniti Zon Sabah!





SIDANG 424 SEPTEMBER 2026DEWAN RAFFLESIA,POLITEKNIK KOTA KINABALU

🎓 LIVE STREAM MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) ZON SABAH 2026📅 23 September 2026 (RABU)🕗 8.00 pag...
22/09/2026

🎓 LIVE STREAM MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) ZON SABAH 2026

📅 23 September 2026 (RABU)
🕗 8.00 pagi
🎓 SIDANG 3

Ayuh bersama-sama menyaksikan detik penuh bermakna buat para graduan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen bagi Sidang 3.

Majlis ini menjadi satu lagi detik istimewa dalam perjalanan para graduan setelah menamatkan pengajian dan bakal melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan, sama ada meneruskan pengajian, membina kerjaya mahupun menyumbang kepada masyarakat dan industri.

📺 Saksikan siaran langsung menerusi pautan berikut:

https://www.youtube.com/live/FvSzF144AaE?si=CDJxjt79V3gBKRVv

✨ Jom bersama-sama menyaksikan, meraikan dan memberikan sokongan kepada para graduan POLYCC Zon Sabah 2026 dalam detik bersejarah mereka!





22 SEPTEMBER 2026DEWAN RAFFLESIA,POLITEKNIK KOTA KINABALU

22/09/2026

🏆🎓 TAHNIAH GRADUAN CEMERLANG POLITEKNIK KOTA KINABALU!

Satu pencapaian yang membanggakan! ✨

Tahniah diucapkan kepada graduan Politeknik Kota Kinabalu yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang sempena Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah Tahun 2026. 🎓🏆

Anugerah ini menjadi simbol kepada usaha, disiplin, kesungguhan dan kecemerlangan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan pengajian.

Teruskan melangkah dengan yakin. Hari ini anda diraikan, esok anda p**a mencipta kejayaan. 🚀

Tahniah, graduan! Anda memang luar biasa! ❤️‍🔥







22/09/2026

🎓✨ SIDANG 2 SELESAI!

Satu lagi detik bermakna telah terukir dalam Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah Tahun 2026!

Tahniah diucapkan kepada seluruh graduan Sidang 2 yang telah melangkah penuh bangga menerima skrol sebagai tanda kejayaan setelah menempuh pelbagai cabaran sepanjang perjalanan pengajian.

Senyuman, air mata, sorakan dan pelukan bersama insan tersayang menjadi kenangan yang pasti terpahat dalam ingatan.

Jom abadikan momen, raikan kejayaan dan cipta kenangan bersama keluarga, rakan-rakan serta warga POLYCC Zon Sabah! 🥳

Hari ini kita meraikan kejayaan.
Esok kita melangkah membina masa depan. ✨





🎓✨ SIDANG 2 SELESAI!Satu lagi detik bermakna telah terukir dalam Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sa...
22/09/2026

🎓✨ SIDANG 2 SELESAI!

Satu lagi detik bermakna telah terukir dalam Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah Tahun 2026! 🎓

Tahniah diucapkan kepada seluruh graduan Sidang 2 yang telah melangkah penuh bangga menerima skrol sebagai tanda kejayaan setelah menempuh pelbagai cabaran sepanjang perjalanan pengajian. 👏🏻

Senyuman, air mata, sorakan dan pelukan bersama insan tersayang menjadi kenangan yang pasti terpahat dalam ingatan. ❤️

Kini, kita teruskan kemeriahan di KONVO FEST! 🎉

Jom abadikan momen, raikan kejayaan dan cipta kenangan bersama keluarga, rakan-rakan serta warga POLYCC Zon Sabah! 🥳

Pelbagai jualan menarik, aktiviti, reruai dan pelbagai lagi menanti anda di Konvo Fest!. Jangan lepaskan peluang untuk singgah, meriahkan suasana dan nikmati pelbagai tarikan yang disediakan sepanjang berlangsungnya Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Sabah 2026.

🔥 Jom ramai-ramai serbu Konvo Fest!
Bawa keluarga dan rakan-rakan, datang dan meriahkan lagi suasana! 🎓🥳





MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH TAHUN 2026 – SIDANG 2🎓✨ SEBUAH KEJAYAAN YANG DIRAIKAN, SEBUAH...
22/09/2026

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI ZON SABAH TAHUN 2026 – SIDANG 2

🎓✨ SEBUAH KEJAYAAN YANG DIRAIKAN, SEBUAH MASA DEPAN YANG MENANTI ✨🎓

Alhamdulillah, Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah Tahun 2026 – Sidang 2 telah berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ag. Buhtamam bin Haji Ag. Mahmun, Ketua Pegawai Eksekutif, Sedafiat Sdn. Bhd.

Seramai 638 graduan Politeknik Kota Kinabalu diraikan atas kejayaan menamatkan perjalanan akademik masing-masing. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh graduan atas segala usaha, ketekunan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pengajian.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berbahagia Datuk Haji Ag. Buhtamam turut menekankan kepentingan sinergi antara PolyCC, pihak industri dan komuniti dalam memperkukuh pendidikan TVET serta melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran relevan dengan keperluan industri semasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Ag. Buhtamam bin Haji Ag. Mahmun, barisan pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, para Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah, dif-dif kehormat, rakan-rakan media, ibu bapa, keluarga serta seluruh tetamu jemputan yang telah hadir dan bersama-sama meraikan detik istimewa para graduan.

Kehadiran dan sokongan semua pihak menjadi sebahagian daripada kenangan bermakna yang akan sentiasa terpahat dalam perjalanan para graduan.

🎓 Tahniah, graduan!

Teruskan melangkah dengan ilmu, kemahiran dan keyakinan. Jadikan segala yang dipelajari sebagai bekalan untuk membina kerjaya, menyumbang kepada masyarakat serta berbakti kepada negara.





22/09/2026

🎓✨ Sesi Temu Bual Graduan | Sidang 2

Dari debaran menuju pentas konvokesyen, setiap graduan ada cerita dan kenangan tersendiri! 💙

Jom dengarkan pengalaman, perasaan dan momen istimewa graduan Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah Tahun 2025! 🎓





Address

No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park
Kota Kinabalu
88460KOTAKINABALU

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088401800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Official Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share