Kasih Fitri Education Group
Sabah’s Trusted Early Childhood & Quranic Education Provider (Since 2012)
Kelas di Luar Bilik bersama Tuan Hj Zulkipli Ahad Borhah, Penaung Kasih Fitri Education Group.
11/02/2026
Segala-galanya tentang Kasih Fitri bermula di sini.
Sejak 2011, Taska Kasih Fitri menjadi asas kepada budaya, nilai
dan cara kami membina pendidikan hari ini.
Pada 11–12 Oktober 2025,
team Taska Kasih Fitri berkumpul selama 2 hari 1 malam
dalam Bengkel Pembinaan Modul Taska Kasih Fitri
untuk menilai semula asas, menyusun pendekatan
dan membina modul yang lebih tersusun untuk masa depan.
Proses ini bukan tentang perubahan drastik,
tetapi penambahbaikan berterusan — sedikit demi sedikit.
2026 bakal menyaksikan
Taska Kasih Fitri tampil dengan wajah dan hala tuju baharu,
berakar dari pengalaman sejak 2011.
Terima kasih kepada team yang terus belajar,
berfikir dan membina bersama.
23/01/2026
Budaya Belajar Bermula Dengan Pendidik
Hari kedua kursus guru SRITNK
dipenuhi dengan sesi perbincangan, latihan dan refleksi
tentang bagaimana pendidikan boleh dilaksanakan
dengan lebih berkesan dan berjiwa.
Kami sedar,
anak-anak tidak boleh berkembang
jika pendidiknya berhenti belajar.
Sebab itu di SRITNK:
• guru dibimbing, bukan ditinggalkan
• proses lebih penting daripada ego
• nilai & akhlak seiring dengan ilmu
Inilah budaya yang kami jaga sejak awal penubuhan —
dan akan terus diperkukuhkan.
Jika anda seorang pendidik
yang mencari tempat untuk berkembang dengan nilai,
anda mungkin sedang melihat pasukan masa depan anda.
✨ SRITNK 10 Tahun – Hafazan. Akhlak. Harapan.
Di SRITNK,
kami percaya kualiti murid bermula dengan kualiti pendidik.
Sebab itu guru-guru kami tidak berhenti belajar —
berlatih, berbincang, refleksi, dan upgrade diri
walaupun sesi persekolahan sedang berjalan.
📚 Kursus guru bukan sekadar latihan,
tetapi budaya yang kami bina.
Jika anda:
✔️ percaya pendidikan adalah amanah
✔️ sanggup belajar & dibimbing
✔️ mahu berkembang bersama organisasi
✔️ mahu mendidik, bukan sekadar mengajar
…mungkin anda orang yang kami cari.
Ini bukan tempat untuk yang selesa.
Ini tempat untuk yang mahu bertumbuh.
📩 Berminat untuk jadi sebahagian daripada team SRITNK?
Tinggalkan mesej atau klik pautan yang disediakan.
✨ SRITNK 10 Tahun – Hafazan. Akhlak. Harapan.
Jawatan kosong:
Tenaga Pengajar Bahasa Inggeris Sekolah Rendah (Full Time) Area KK. Info lanjut link di komen ya
Hai,
Ada yang berminat mengajar Bahasa Cina di Sekolah Rendah di area KK?
Segera memohon sebagai guru sepenuh masa. Link Di comment.
28/12/2025
[Kursus Pengajaran & Pemudahcaraan (PdPc) | Hari Pertama]
Dalam dunia pendidikan, kualiti murid bermula daripada kualiti guru.
Hari ini menandakan permulaan Kursus Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang dirangka khusus bagi memperkukuhkan kefahaman, kemahiran dan peranan guru-guru, khususnya barisan pendidik yang masih baharu berkhidmat di Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Kingfisher.
Sebagai sebuah institusi pendidikan swasta, kami percaya bahawa pelaburan paling utama bukan hanya pada sistem atau fasiliti — tetapi pada manusia yang membentuk masa depan generasi.
Sepanjang hari pertama kursus ini, guru-guru didedahkan dengan pengisian penting merangkumi:
- Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (KPM 25/56)
- Guru sebagai Perancang dalam PdPc
- Bimbingan pembinaan RPH yang berkesan
- Pembentangan dan perkongsian amalan terbaik terkini
Setiap sesi bukan sekadar teori, tetapi ruang refleksi, diskusi dan penyelarasan hala tuju agar sesi persekolahan 2026 dapat dimulakan dengan lebih bersedia, tersusun dan berimpak.
Kasih Fitri Education Group (dahulunya Kasih Fitri Group Sdn. Bhd.) kekal komited melahirkan barisan pendidik hibrid yang bukan sahaja berilmu, tetapi memahami peranan mereka sebagai perancang, pembimbing dan pembina potensi murid.
Kerana di sebalik kejayaan seorang murid, berdiri seorang guru yang dipersiapkan dengan betul.
Powered by - Kasih Fitri Education Group
2 HARI LAGI
Majlis Graduasi & Hari Bakat Ke-5 2025
📅 13 Disember 2025
📍 Grand Ballroom, The Klagan Regency
Di balik pentas besar nanti, ada barisan guru, kru dan pasukan pengurusan yang sedang bertungkus-lumus membuat persiapan terakhir.
Hari ini kami kongsikan sedikit rakaman behind the scene —
latihan, susunan teknikal, susunan barisan, dan semakan akhir persembahan.
Setiap perincian dijaga supaya:
🌿 anak-anak naik ke pentas dengan yakin,
🌿 ibu bapa dapat pengalaman terbaik,
🌿 dan acara berjalan lancar dari awal hingga akhir.
Pentas ini bukan sekadar majlis tahunan. Ia adalah usaha kolektif seluruh keluarga Kasih Fitri Group untuk memastikan setiap murid diraikan dengan penuh kasih, hormat dan kebanggaan.
Kami nantikan kehadiran semua pada hari Sabtu ini ✨
Majlis Graduasi & Hari Bakat 2025.
✨ Kasih Fitri Group – We Build People, We Shape Futures.
🎓 3 HARI LAGI!
Majlis Graduasi & Hari Bakat Ke-5 2025
📅 13 Disember 2025
📍 Grand Ballroom, The Klagan Regency
Hari ini kami bawakan teaser latihan persembahan angklung:
✨ Melodi Dari Gaza
dibawakan oleh adik-adik Tadika Kasih Fitrah.
Walaupun masih kecil, setiap anak berlatih dengan penuh fokus — menyelarikan gerakan tangan, tempo dan posisi angklung.
Inilah sebenarnya tujuan Hari Bakat:
🌿 mengasah koordinasi tangan-mata
🌿 melatih fokus dan kawalan motor halus
🌿 membina keyakinan dalam persembahan berpasukan
🌿 dan mengajar mereka mengekspresikan emosi melalui seni
Pentas akhir nanti bukan sekadar hiburan.
Ia adalah wadah untuk melihat perkembangan motor asas kanak-kanak, bagaimana mereka belajar bergerak, mengikut beat, berani tampil ke depan — semuanya melalui proses bermain, berlatih dan berani mencuba.
InsyaAllah, persembahan penuh nanti akan lebih indah, lebih bermakna, dan lebih menyentuh hati.
Jumpa di hari majlis! ✨
🎓 4 HARI LAGI ke Majlis Graduasi & Hari Bakat Ke-5
📅 13 Disember 2025
📍 Grand Ballroom, The Klagan Regency
Alhamdulillah, persiapan persembahan sudah memasuki fasa akhir dan video ini memaparkan antara highlight yang akan dipertontonkan pada hari kejadian nanti:
🌿 Selawat “Man Ana” oleh adik-adik Taska
🌿 Kisah Habil & Qabil (Persembahan Tadika)
🌿 Kalam Jamaie – Hari-Hari Dalam Seminggu oleh murid SRITNK
Anak-anak sedang berlatih dengan penuh semangat, dan kami yakin persembahan kali ini akan menjadi memori berharga buat semua ibu bapa.
📌 Tiket masih dibuka sehingga 9 Disember 2025 sahaja.
Tempat adalah terhad dan berdasarkan kapasiti ballroom.
Untuk tempahan tiket:
Sila Berhubung Dengan Guru Kelas/ Guru Besar/ Penyelia Cawangan Masing-Masing.
✨ SRITNK – 10 Tahun Hafazan. Akhlak. Harapan.
🎓 5 HARI LAGI ke Majlis Graduasi & Hari Bakat Ke-5
📅 13 Disember 2025
📍 Grand Ballroom, The Klagan Regency
Alhamdulillah, persiapan akhir sedang berjalan dan kami tak sabar untuk meraikan pencapaian anak-anak SRITNK dalam majlis penuh makna ini.
Graduasi tahun ini bukan sekadar majlis —
ia adalah perjalanan 10 tahun membina hafazan, akhlak dan keyakinan anak-anak kita. 🌿
Acara istimewa yang akan berlangsung:
✨ Persembahan LIVE Hari Bakat
✨ Penyampaian sijil graduasi
✨ Persembahan khas murid (Tilawah)
✨ Tayangan montaj
📌 Tiket masih dibuka sehingga 9 Disember 2025 sahaja.
Bilangan tempat terhad mengikut kapasiti ballroom.
Untuk tempahan:
Sila Hubungi Guru Besar/ Penyelia Cawangan Masing-masing. Kasih Fitri Group Tab Kingfisher II Tab Kingfisher TASKA KASIH FITRI (Terbuka Hingga 9hb Dec Sahaja)
✨ SRITNK – 10 Tahun Hafazan. Akhlak. Harapan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
LOT 35, GROUND FLOOR, BLOCK B
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 17:30 |
| Tuesday | 07:30 - 17:30 |
| Wednesday | 07:30 - 17:30 |
| Thursday | 07:30 - 17:30 |
| Friday | 07:30 - 17:30 |