01/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐/๐๐๐๐
27 OGOS 2026 (ITQAS, Kota Kinabalu) โ INSTITUT Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS), selaku Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ), telah menerima kunjungan bagi tujuan penaziran akademik bagi yang melibatkan penyeliaan pelaksanaan Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat serta Program Pensijilan Tahfiz al-Quran dan Pengajian Islam ITQAS. Penaziran akademik ini telah melibatkan wakil Darul Quran JAKIM yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Amrin Razikin bin Abdul Razak, manakala pihak Bahagian Pendidikan JHEAINS p**a diwakili oleh Ustazah Fatmawati binti Wahit, Ketua Unit Peperiksaan, bersama beberapa pegawai pendidikan. Turut hadir dalam sesi penaziran ialah barisan pengurusan, pensyarah dan kakitangan ITQAS.
Penaziran ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan penambahbaikan berterusan bagi memastikan pengurusan akademik, dokumentasi, kurikulum, peperiksaan serta hal ehwal pelajar dilaksanakan secara sistematik dan memenuhi keperluan yang ditetapkan. Antara perkara yang diberikan perhatian termasuk pengurusan fail Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), rekod hafazan dan tasmik, penilaian berterusan, dokumentasi peperiksaan serta rekod pentadbiran.
Hasil penilaian turut mendapati beberapa aspek akademik berada pada tahap yang baik, termasuk penyelenggaraan buku rekod hafazan. Pada masa yang sama, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkemas rekod tasmik, melengkapkan dokumen akademik serta memastikan pengurusan penilaian dan pelantikan pensyarah sentiasa teratur.
Aspek prasarana dan keselamatan turut diberikan perhatian, khususnya berkaitan kemudahan makmal komputer, pemasangan CCTV dan jeruji keselamatan, sistem elektrik serta bekalan air. Beberapa tindakan susulan telah dikenal pasti bagi meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan dan kemudahan pembelajaran mahasiswa ITQAS.
Selain itu, penaziran turut menyentuh aspek kebajikan dan pembangunan mahasiswa termasuk keperluan perkhidmatan kaunseling, kekosongan jawatan pustakawan serta isu keciciran pelajar yang perlu diteliti secara lebih menyeluruh. Perkara berkaitan kebajikan dan sokongan mahasiswa dilihat penting dalam memastikan mereka dapat mengikuti pengajian tahfiz secara konsisten dan berjaya menamatkan pengajian.
Dalam masa yang sama, usaha memperkasa program ITQAS turut mendapat perhatian menerusi perancangan menaik taraf program sedia ada kepada Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Perancangan ini turut melibatkan usaha memperkukuh kompetensi pensyarah melalui latihan berkaitan serta memperluaskan penawaran program pada masa hadapan.
Penaziran akademik Siri 2/2026 ini diharapkan menjadi pemangkin kepada ITQAS untuk terus memperkemas sistem pengurusan, meningkatkan kualiti akademik dan memperkukuh kemudahan institusi. Seluruh warga ITQAS juga diharapkan dapat mengambil setiap teguran dan cadangan penaziran sebagai ruang penambahbaikan demi membentuk sebuah institusi tahfiz yang lebih tersusun, berdaya saing dan berkualiti. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh kedudukan ITQAS sebagai institusi yang mampu melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berkemahiran, berakhlak dan mampu menyumbang kepada agama, masyarakat serta negara.