https://berita.pas.org.my/fun-run-fun-ride-pasti-sepanggar-pupuk-gaya-hidup-sihat/
Pasti An-Najah Taman Kuala Menggatal
Pusat Asuhan Tunas Islam An Najah Taman Kuala Menggatal, Sepanggar. Memberikan pendidikan awal kanak-kanak seawal usia 4 tahun.
08/09/2022
PASTI: MELAHIRKAN GENERASI RABBANI
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an.
Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat pendidikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama Tadika Islam.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ni. Kelas-kelas PASTI di semua negeri terus bertambah dari sehari ke sehari. Kini, tadika PASTI telah diiktiraf oleh pelbagai pihak dan dianggap prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di Malaysia.
Dengan hasrat untuk melahirkan anak bangsa berjiwa Rabbani, wujudlah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang bermatlamat mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran AI-Quran dan Hadis.
Banyak jasa PASTI dalam mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan.
Ratusan ribu alumni PASTI kini berkhidmat membangunkan negara ini termasuk para profesional aras tinggi dengan lebih sejuta orang alumni PASTI.
Kita dapat lihat ramai lepasan PASTI membina kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang agama, sukan dan akademik. Sebagai contoh;
1. Adik Ahmad Naufal dinobatkan sebagai Juara Qari Junior 2016.
2. Farihah Zulkifli dinobatkan juara Hafizah Kebangsaan 2016
3. Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin muncul johan pertandingan akhir Qari Junior 2017
4. Uzair Zayyan Naimulddin mendapat tawaran ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British
5. Enam peserta Musabaqah Hafazan AL-Quran 1443H/2021M yang pernah mendapat pendidikan awal di PASTI kawasan Tawau, telah berjaya mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.
6. Mohammad Syauqellah Razali dinobatkan pelajar paling cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu.
Semoga PASTI terus cemerlang mencetak generasi rabbani pemimpin masa depan buat negara tercinta.
04/09/2022
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Pasti An-Najah, No. 2, Lorong Kuala Menggatal 13, Fasa 1, Taman Kuala Menggatal
Kota Kinabalu
88450
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 11:30 |
| Tuesday | 08:00 - 11:30 |
| Wednesday | 08:00 - 11:30 |
| Thursday | 08:00 - 11:30 |
| Friday | 08:00 - 11:30 |