19/06/2026
PENGUMUMAN RASMI: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JULAI - DISEMBER 2026
Selamat Datang ke Keluarga Besar TVETMARA Kota Kinabalu!
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu yang telah berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian di institusi kami bagi sesi Julai - Disember 2026. Anda kini selangkah lebih dekat untuk membina masa depan yang gemilang dalam bidang kemahiran dan teknikal!
Sila ambil maklum mengenai butiran hari pendaftaran anda seperti berikut:
📅 Tarikh: 22 Jun 2026 (Hari Isnin)
⏰ Masa: 8:30 Pagi - 1:00 Petang
📍 Tempat: Kampus TVETMARA Kota Kinabalu
💡 Pesanan Penting Kejayaan Pendaftaran Anda:
Dokumen: Pastikan surat tawaran, dokumen asal, dan salinan sijil yang diperlukan telah disusun rapi.
Yuran: Sediakan bukti pembayaran yuran pendaftaran (jika berkaitan).
Pakaian: Sila berpakaian kemas dan bersesuaian dengan etika rupa diri institusi.
Masa: Masa pendaftaran bermula 08.30 pagi hingga 1.00 petang
Kami sudah tidak sabar untuk menyambut kehadiran anda semua. Semoga perjalanan baharu ini melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, kreatif, dan berdaya saing!
Jumpa anda di sana!
18/06/2026
📢 GERAI JUALAN PADA HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TVETMARA KOTA KINABALU 📢
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua pelajar baharu, ibu bapa serta pengunjung yang hadir sempena Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Julai – Disember 2026 pada:
📅 22 Jun 2026 (Isnin)
📍 Tapak Parking Berbumbung Pentadbiran, TVETMARA Kota Kinabalu
Jangan risau jika anda datang awal atau perlu menunggu urusan pendaftaran selesai. 😊
🍔 Pelbagai pilihan makanan
🥤 Minuman sejuk dan panas
🍜 Hidangan ringan dan berat
🍢 Snek serta kudapan menarik
Semua tersedia sepanjang hari untuk kemudahan para pengunjung. Di samping menikmati makanan dan minuman yang dijual, anda juga turut membantu menyokong usahawan tempatan TVETMARA KK. ❤️
Jom singgah, makan, minum dan support usahawan lokal TVETMARA Kota Kinabalu!
18/06/2026
Panduan Pengesahan Tawaran untuk pelajar baharu.
18/06/2026
PENGUMUMAN RASMI: PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JULAI - DISEMBER 2026
Selamat Datang ke Keluarga Besar TVETMARA Kota Kinabalu!
Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar baharu yang telah berjaya terpilih untuk melanjutkan pengajian di institusi kami bagi sesi Julai - Disember 2026. Anda kini selangkah lebih dekat untuk membina masa depan yang gemilang dalam bidang kemahiran dan teknikal!
Sila ambil maklum mengenai butiran hari pendaftaran anda seperti berikut:
📅 Tarikh: 22 Jun 2026 (Hari Isnin)
⏰ Masa: 8:30 Pagi - 1:00 Petang
📍 Tempat: Kampus TVETMARA Kota Kinabalu
💡 Pesanan Penting Kejayaan Pendaftaran Anda:
Dokumen: Pastikan surat tawaran, dokumen asal, dan salinan sijil yang diperlukan telah disusun rapi.
Yuran: Sediakan bukti pembayaran yuran pendaftaran (jika berkaitan).
Pakaian: Sila berpakaian kemas dan bersesuaian dengan etika rupa diri institusi.
Masa: Masa pendaftaran bermula 08.30 pagi hingga 1.00 petang
Kami sudah tidak sabar untuk menyambut kehadiran anda semua. Semoga perjalanan baharu ini melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, kreatif, dan berdaya saing!
Jumpa anda di sana!
17/06/2026
🌙 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 Maal Hijrah 𝟭𝟰𝟰8𝗛 🌙
16/06/2026
🌙 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 Maal Hijrah 𝟭𝟰𝟰8𝗛 🌙
12/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Anabelle Christy Aziz dan Allissendra Teo, Dari TVETMARA Kota Kinabalu berjaya dipilih sebagai wakil Zon Sabah ke Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.
Semoga para wakil dapat mengekalkan momentum dan mempersembahkan prestasi terbaik dalam mengharumkan nama Zon Sabah di peringkat kebangsaan.
11/06/2026
🏆 TAHNIAH & SYABAS: TVETMARA KOTA KINABALU DOMINASI MPGPS'26! 🏆
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar TVETMARA Kota Kinabalu atas pencapaian luar biasa dalam keputusan rasmi kedudukan keseluruhan kumpulan sempena Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Saringan Zon Sabah (MPGPS'26)!
Tahniah kepada barisan pemenang:
🥇 TEMPAT PERTAMA:Anabelle Christy Aziz dan Allissendra Teo
🥉 TEMPAT KETIGA:Nur Hannie Hafizah binti Omarsidi dan Siti Norsaira binti Kasmin
Kejayaan ini amat membanggakan dan membuktikan bahawa pelajar TVET bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal, malah kreatif dan berdaya saing tinggi dalam platform kepenggunaan!
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga GenMARA. Syabas diucapkan! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama institusi!
*Keputusan Keseluruhan:*
Tiny.cc/MPGPS26
11/06/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Anabelle Christy Aziz dan Allissendra Teo, pelajar dari TVETMARA Kota Kinabalu atas pencapaian luar biasa menjadi Johan dalam video 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗦𝗶𝘀𝘄𝗮 (𝗚𝗣𝗦) sempena Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa Saringan Zon Sabah (MPGPS'26) bertemakan 𝘼𝙙𝙪𝙖𝙣 𝙏𝙚𝙥𝙖𝙩, 𝙏𝙞𝙣𝙙𝙖𝙠𝙖𝙣 𝘾𝙚𝙥𝙖𝙩, 𝙋𝙚𝙣𝙮𝙚𝙡𝙚𝙨𝙖𝙞𝙖𝙣 𝙀𝙛𝙚𝙠𝙩𝙞𝙛 yang telah diadakan pada bermula 𝟭𝟯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲.
Kejayaan ini pastinya membuktikan kreativiti yang tinggi dalam menyampaikan mesej kepenggunaan dengan cara yang mendidik, meningkatkan kesedaran pengguna dan santai kepada masyarakat, khususnya golongan mahasiswa.