Sar Kafa Tahfiz Bandar Sierra

Sar Kafa Tahfiz Bandar Sierra Sekolah Agama Rakyat yang menawarkan modul 5 dalam 1.

Rekod Pengalaman Pembelajaran | Pembinaan Karakter Alhikmah
18/09/2026

Rekod Pengalaman Pembelajaran | Pembinaan Karakter Alhikmah

17/09/2026
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH📢 PENDAFTARAN MURID BAHARU DAN SEDIA ADASEKOLAH AGAMA RAKYAT KAFA-TAHFIZ BANDA...
11/08/2026

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

📢 PENDAFTARAN MURID BAHARU DAN SEDIA ADA

SEKOLAH AGAMA RAKYAT KAFA-TAHFIZ BANDAR SIERRA

SESI 2027/2028

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Rakyat KAFA-Tahfiz Bandar Sierra kini membuka pendaftaran bagi sesi persekolahan 2027/2028.

Sehubungan dengan itu, mohon perhatian dan tindakan ibu bapa/penjaga seperti berikut:

1. MURID SEDIA ADA (TAHUN 1–5)
Semua murid yang sedang mengikuti pengajian di sekolah ini dari Tahun 1 hingga Tahun 5 juga perlu membuat pendaftaran semula bagi sesi 2027/2028 untuk tujuan penempatan ke Tahun 2 hingga Tahun 6. Pendaftaran semula diperlukan bagi tujuan pengemaskinian rekod dan maklumat murid.

2. PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 (2027)
Pendaftaran terbuka kepada murid baharu yang akan memasuki Tahun 1 pada tahun 2027, termasuk murid daripada TASKI ABIM Bandar Sierra serta tadika dan prasekolah yang lain.

Walau bagaimanapun, kuota kemasukan Tahun 1 adalah terhad. Pendaftaran akan ditutup lebih awal sekiranya jumlah permohonan telah mencapai kapasiti yang ditetapkan.

3. PENDAFTARAN MURID BAHARU TAHUN 2–6
Murid baharu dari sekolah atau institusi lain yang ingin mendaftar ke Tahun 2 hingga Tahun 6 boleh mengemukakan permohonan untuk pertimbangan pihak sekolah.

Pemohon perlu mengemukakan surat perpindahan serta dokumen-dokumen berkaitan untuk semakan dan pertimbangan pihak pengurusan sebelum pendaftaran dapat disahkan.

4. BORANG PENDAFTARAN DAN PROFIL SEKOLAH
Bersama-sama ini disediakan pautan pendaftaran, maklumat yuran dan profil sekolah untuk rujukan serta tindakan ibu bapa/penjaga.

🔗 Pautan Pendaftaran & Maklumat Sekolah:
"Pautan Google Drive – Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Tahfiz Bandar Sierra

https://drive.google.com/drive/folders/1Tg_fb43VKqoZpKFAKD27WxIGKjT1DsDj

5. TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
📅 30 November 2026

Pendaftaran hanya dianggap lengkap dan selesai setelah ibu bapa/penjaga:

- Melengkapkan Borang Pendaftaran Google Form; dan
- Menjelaskan bayaran yuran pendaftaran sepenuhnya.

Maklumat lanjut berkaitan borang pendaftaran, yuran dan dokumen yang diperlukan boleh dirujuk melalui pautan yang disediakan di atas.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga amatlah dihargai bagi memastikan proses pendaftaran dan pengemaskinian rekod murid bagi sesi 2027/2028 dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Pihak Pengurusan
Sekolah Agama Rakyat KAFA-Tahfiz Bandar Sierra

Address

Lorong 2/1A Bandar Sierra
Kota Kinabalu

Telephone

+601131583818

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sar Kafa Tahfiz Bandar Sierra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category