Sekolah Kebangsaan Kepayan

Sekolah Kebangsaan Kepayan

Share

Sekolah Kebangsaan Kepayan, Peti Surat 395 Tg. Aru 88858 Kota Kinabalu Sabah. Tel: 088-221490

Photos from Sekolah Kebangsaan Kepayan's post 07/05/2026

6 Mei 2026 - 7 Mei 2026
Karnival KBAT peringkat sekolah anjuran bersama Guru Praktikum Ambilan 2021-2026 IPG Gaya dan Unit KBAT SKK.
Sasaran : Tahun 6
Tujuan: -Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah sambil bermain.

23/04/2026

๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™€๏ธโ€โžก๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™‚๏ธโ€โžก๏ธ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ
SALAM SUKAN SK KEPAYAN
Makluman kepada semua ibubapa ,penjaga dan warga sekitar dijemput menghadiri Kejohanan Sukan Sekolah SK Kepayan..

Jumpa di stadium..!!!
sukan untuk semua๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

26/02/2026

GERAK DELIMa SIRI 1 SK KEPAYAN 2026

๐ŸŽฏFOKUS UTAMA AKTIVITI๐ŸŽฏ

โžก๏ธ LOGIN DELIMA
โžก๏ธ SCREENSHOOT BUKTI LOGIN
โžก๏ธ UPLOAD DALAM GOOGLE CLASSROOM

Sila rujuk dengan guru ICT SK Kepayan dan guru kelas masing-masing untuk pelaksanaan aktiviti.

26/02/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PROGRAM GERAK DELIMa SIRI 1, SK KEPAYAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman tuan/puan, Unit ICT sekolah akan melaksanakan Program GERAK DELIMa Siri 1 bagi murid Tahap 2 SK Kepayan.

๐Ÿ“… Tempoh: 26 Februari 2026 (Khamis) hingga 1 Mac 2026 (Ahad)
๐ŸŽฏ Aktiviti: Log masuk akaun DELIMa dan penghantaran bukti.

โœ… Log masuk akaun DELIMa melalui pautan :
[https://d2.delima.edu.my/login]

โœ… Carian ID DELIMa dan Password murid SK Kepayan melalui pautan :
[https://shorturl.at/geatz]

๐Ÿ“Œ Tarikh akhir penghantaran: 1 Mac 2026 (Ahad)

Kerjasama dan sokongan ibu bapa/penjaga amat dihargai bagi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

18/02/2026

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1447H ๐ŸŒ™

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam GERAK SK Kepayan.

Alhamdulillah, dengan kasih dan izin-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan Bulan Ramadhan, bulan yang membawa sinar keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ramadhan hadir bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi untuk melembutkan hati, mendidik sabar, serta menguatkan hubungan kita dengan Yang Maha Esa dan sesama insan.

Saya dengan penuh rasa syukur dan rendah hati mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kepayan. Guru-guru yang sentiasa mendidik dengan penuh dedikasi, staf yang komited menjalankan amanah, anak-anak murid yang menjadi harapan masa depan, serta ibu bapa yang sentiasa berdiri teguh bersama sekolah.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan kita memperbaiki diri, memperindah akhlak dan memperbanyakkan amal kebajikan. Kepada anak-anak murid, jadikan bulan ini sebagai latihan membentuk jiwa yang lebih sabar, lebih berdisiplin dan lebih beradab.

Marilah kita menyambut Ramadhan dengan hati yang tenang, langkah yang sederhana dan niat yang tulus.

โœจ Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi cahaya dalam kehidupan, setiap pengorbanan menjadi saksi keikhlasan, dan setiap kebaikan yang dilakukan menjadi bekalan yang tidak pernah terputus. โœจ

๐ŸŒ™ Ramadhan Kareem. Semoga Penuh Keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
A Malek bin Mat
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kepayan

17/02/2026

๐Ÿงง ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Gong Xi Fa Cai!
Semoga tahun baharu membawa kegembiraan, kesihatan dan kejayaan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Guru Besar &
Seluruh Warga SK Kepayan.

11/02/2026

๐Ÿงง SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA SK KEPAYAN 2026 ๐Ÿงง

SK Kepayan dengan penuh sukacita menjemput ibu bapa dan warga sekolah untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina.

โœจ Tarikh: 13 Februari 2026 (Jumaat)
โœจ Masa: 7.00 pagi โ€“ 11.20 pagi
โœจ Persembahan Singa: 10.00 pagi
โœจ Tempat: Perkarangan tempat letak kereta SK Kepayan

๐Ÿ‰ Ibu bapa dijemput hadir bermula jam 9.30 pagi bagi menyaksikan persembahan singa yang penuh warna-warni dan bermakna.

๐ŸŽŠ Semoga sambutan ini mengeratkan perpaduan dan memeriahkan suasana sekolah kita!

Gong Xi Fa Cai! ๐Ÿงงโœจ

Photos from Sekolah Kebangsaan Kepayan's post 05/02/2026

Jom warga sekitar Kepayan..!
Meriahkan Hari Merentas Desa peringkat SK Kepayan.

Tarikh: 7 Februari 2026
Hari : Sabtu
Masa:7.00-10.00 pagi
Penyertaan:Semua murid tahun 4,5 & 6

Penyertaan terbuka: Semua ibubapa/penjaga dan warga sekitar SK Kepayan.

"Kesihatan dipupuk,silaturrahim dieratkan"

02/02/2026

MAKLUMAN PROGRAM GERAK SEMAI
(Sepuluh Minit Asas Ilmu)

Dimaklumkan bahawa Program GERAK SEMAI akan dilaksanakan bermula 3 Februari 2026 (Selasa) dengan ketetapan berikut:

๐Ÿ—“ Hari: Setiap Selasa, Rabu dan Khamis
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Jame Alip, SK Kepayan

โฐ Masa:
โ€ข Tahap 1: 12.00 โ€“ 12.10 tengah hari
โ€ข Tahap 2: 6.40 โ€“ 6.50 pagi

๐Ÿ“Œ Perhatian:
Murid tahun 2 hingga 6 WAJIB membawa Fail, Kad NILAM dan alat tulis setiap kali aktiviti dijalankan.

Kerjasama semua amat dihargai. Terima kasih.

UNIT PUSAT SUMBER AL MALIKI
Sekolah Kebangsaan Kepayan

29/01/2026

Warga SK Kepayan mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Noor Hazwani Binti Ahmad
Guru Pelatih Opsyen Sains
(Open University Malaysia)

Rancangan Orientasi Sekolah
๐Ÿ—“ 19 โ€“ 23 Januari 2026

Latihan Mengajar
๐Ÿ—“ 26 Januari 2026 โ€“ 24 April 2026

Semoga sepanjang tempoh orientasi dan latihan mengajar ini dapat memberi pengalaman bermakna, menimba ilmu serta memperkukuh kemahiran dalam dunia pendidikan.

Selamat maju jaya dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Ikhlas daripada,
Warga SK Kepayan
Kota Kinabalu, Sabah

27/01/2026

7 pilar kempen Hadir ke Sekolah 2026 diadakan :

1๏ธโƒฃ Mengurangkan kadar ponteng sekolah
โœ… Kempen ini membantu menangani isu ketidakhadiran murid yang boleh menjejaskan prestasi akademik dan disiplin.

2๏ธโƒฃ Meningkatkan kesedaran ibu bapa dan murid
โœ… Memberi kefahaman bahawa kehadiran ke sekolah sangat penting untuk pembentukan sahsiah, ilmu dan masa depan murid.

3๏ธโƒฃ Mencegah keciciran murid
โœ… Kehadiran yang konsisten dapat mengelakkan murid tercicir daripada sistem pendidikan, terutamanya murid berisiko.

4๏ธโƒฃ Meningkatkan pencapaian akademik
โœ… Murid yang hadir ke sekolah secara berkala lebih mudah mengikuti pembelajaran dan mencapai keputusan yang lebih baik.

5๏ธโƒฃ Membentuk disiplin dan tanggungjawab
โœ… Amalan hadir ke sekolah secara konsisten membantu membina sikap bertanggungjawab dan berdisiplin dalam kalangan murid.

6๏ธโƒฃ Menyokong kesejahteraan emosi dan sosial murid
โœ… Kehadiran ke sekolah membolehkan murid berinteraksi, bersosial dan mendapatkan sokongan guru serta rakan sebaya.

7๏ธโƒฃMemperkukuh kerjasama sekolah, ibu bapa dan komuniti
โœ… Kempen ini menggalakkan penglibatan semua pihak dalam memastikan murid hadir ke sekolah secara berterusan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


S. K KEPAYAN
Kota Kinabalu
88856

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00