KAFA Masjid Al-A’laa Lokub Manggatal Sabah

KAFA Masjid Al-A’laa Lokub Manggatal Sabah KAFA Masjid Al-A’laa yang terletak di Kampung Lokub ditubuhkan pada tahun 2022.

🇲🇾✨ PROGRAM KEMERDEKAAN KAFA MASJID AL-A’LAA KG. LOKUB 2026 ✨🇲🇾Alhamdulillah, selesai sudah Program Kemerdekaan KAFA Mas...
16/09/2026

🇲🇾✨ PROGRAM KEMERDEKAAN KAFA MASJID AL-A’LAA KG. LOKUB 2026 ✨🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kemerdekaan KAFA Masjid Al-A’laa Kg. Lokub yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik! ❤️🤍💙💛

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti:
🎨 Pertandingan Mewarna
🧩 Pertandingan Silang Kata Merdeka
🇲🇾 Kuiz Kemerdekaan
👗 Pertandingan Pakaian Merdeka

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua anak-anak KAFA yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat, ceria dan sporting! 👏🏻🥰

Terima kasih juga kepada para guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti seperti ini dapat memupuk rasa cinta akan negara, semangat perpaduan dan menghargai erti kemerdekaan dalam diri anak-anak sejak kecil. 🇲🇾

“Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”
🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026! 🇲🇾






🌿 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! 🌿Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat kembali kepada seluruh murid KAFA Masj...
07/06/2026

🌿 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! 🌿

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat kembali kepada seluruh murid KAFA Masjid Al-A’laa Kampung Lokub bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu.

✨ Sesi baharu, semangat baharu.
📖 Mari tingkatkan ilmu, perbanyakkan amalan dan perindahkan akhlak.

🤲 Semoga setiap langkah ke sekolah menjadi ibadah dan setiap ilmu yang dipelajari menjadi bekalan dunia serta akhirat.

Selamat menimba ilmu, menghafaz Al-Quran, mendalami Fardu Ain dan membina sahsiah Muslim yang cemerlang.

💚 “Ilmu Dipelajari, Iman Dihayati, Akhlak Dicontohi.”

Semoga Allah SWT memberkati perjalanan pembelajaran kita semua dan mengurniakan kejayaan yang cemerlang.

Selamat kembali ke sekolah!
📍 KAFA Masjid Al-A’laa Kampung Lokub

🌙📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAL TAHUN KAFA LOKUB 📚🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Seluruh warga KAFA L...
18/05/2026

🌙📚 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAL TAHUN KAFA LOKUB 📚🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seluruh warga KAFA Lokub ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Awal Tahun kepada semua murid.

✨ Semoga Allah SWT:

* Mempermudahkan segala urusan,
* Memberikan ketenangan dan keyakinan,
* Menganugerahkan kefahaman yang baik,
* Serta mengurniakan kejayaan yang cemerlang.

📖 “Dan Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu.”
(Surah Al-Quran Yusuf: 76)

💚 Ingatlah:
Usaha + Doa + Tawakal = Insya-Allah Berjaya

📝 Buat persediaan terbaik
🤲 Banyakkan berdoa
😊 Jawab dengan tenang dan yakin
🌟 Berikan yang terbaik

Semoga semua murid KAFA Lokub memperoleh keputusan yang cemerlang dan menjadi anak-anak soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat.

🤲 Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Ikhlas daripada Guru dan Para Pengurusan Kafa Masjid Al-A’laa Kampung Lokub

🕌KAFA MASJID AL-A’LA LOKUB🕌🌙 PEMAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 🌙Dengan penuh hormat dimaklumkan bahawa kelas ...
18/03/2026

🕌KAFA MASJID AL-A’LA LOKUB🕌

🌙 PEMAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 🌙

Dengan penuh hormat dimaklumkan bahawa kelas KAFA akan bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri seperti berikut:

📅 18 – 20 MAC 2026
✨ Cuti Hari Raya Aidilfitri

📅 23 – 29 MAC 2026
📚 Cuti Sekolah Penggal 1

📅 30 MAC 2026
🏛️ Cuti Sempena TYT Sabah

📌 InsyaAllah, kelas KAFA akan dibuka semula pada:
👉 31 MAC 2026 (SELASA)

Semoga anak-anak dapat memanfaatkan cuti ini bersama keluarga tercinta.

🌟 Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 🌟

💚 Maaf Zahir dan Batin daripada seluruh warga KAFA Masjid Al-A’la Lokub 💚

✨الحمدالله على كل نعمة✨Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar KAFA Lokub yang telah menerima keputusan UPKK pad...
18/03/2026

✨الحمدالله على كل نعمة✨

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar KAFA Lokub yang telah menerima keputusan UPKK pada 25 Februari 2026.

Usaha, doa dan kesungguhan kamu semua akhirnya membuahkan hasil. Tidak kira apa pun keputusan yang diperoleh, itu adalah langkah awal menuju kejayaan yang lebih besar. Teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa 💪✨

Tahniah khas kepada:
🌟 Adik Ariqah Shakila binti Arsat
(pencapaian cemerlang 9A dalam UPKK)
🌟 Adik Humaira binti Mohd Shahrin
(pencapaian hebat 7A dalam UPKK)

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain 💖

Terima kasih juga kepada para ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan, bimbingan dan doa tanpa henti.

Semoga anak-anak semua terus cemerlang di dunia dan akhirat 🌹

🌸 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🌸Selamat datang kembali kami ucapkan kepada semua murid KAFA Lokub ✨Semoga sesi persekolaha...
11/01/2026

🌸 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🌸

Selamat datang kembali kami ucapkan kepada semua murid KAFA Lokub ✨
Semoga sesi persekolahan ini membawa semangat baharu, ilmu yang bermanfaat serta keberkatan dalam setiap langkah pembelajaran 📖🕌

✨ Menuntut ilmu itu ibadah ✨
Mari kita mulakan hari-hari di sekolah dengan doa, adab dan kesungguhan 💚

📍 KAFA Masjid Al-A’laa Kampung Lokub
📚 Membina Generasi Berilmu & Berakhlak Mulia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada semua...
16/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang KAFA dengan penuh komitmen dan sokongan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa, para jemputan serta anak-anak pelajar yang menjadi nadi kejayaan majlis ini. Kehadiran dan kerjasama semua amat bermakna dalam menyemarakkan semangat kecemerlangan anak-anak KAFA.

Semoga segala usaha, sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah buat kita semua.

Sekian, terima kasih 🤍
🌸 Bersama Mencorak Generasi Berilmu dan Berakhlak 🌸

✨HARI TERBUKA PENDAFTARAN KAFA LOKUB SESI 2026✨Assalamualaikum wbt..Makluman kepada ibu bapa dan penjaga,📌 Hari Terbuka ...
15/12/2025

✨HARI TERBUKA PENDAFTARAN KAFA LOKUB SESI 2026✨

Assalamualaikum wbt..
Makluman kepada ibu bapa dan penjaga,

📌 Hari Terbuka Pendaftaran KAFA Lokub akan diadakan seperti berikut:

🗓 Hari : Rabu
⏰ Masa : 8.30 – 10.00 pagi | 2.30 – 4.30 petang
📍 Bertempat: Kelas KAFA Masjid Al-A’laa, Kampung Lokub

Pendaftaran ini terbuka kepada semua yang ingin mendaftar anak ke KAFA atau mendapatkan maklumat berkaitan KAFA.

📌Butiran Pendaftaran:
• Kelas yang Ditawarkan: *KAFA (Kelas Agama dan Fardhu Ain) Tahun 1 hingga Tahun 6*
• Yuran Pendaftaran: *[RM49, yuran pendaftaran+ PIBG & Buku aktiviti ]*

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi:

📱Ustazah Syafiqah - https://wa.me/60173230542?text=PendaftranKafaLokub2026

📱Ustazah Nuriah - https://wa.me/60189617383?text=PendaftranKafaLokub2026

Sedang berlangsungnya Sesi Pertemuan dengan ibubapa pelajar untuk ‘Penandatanganan Buku Rekod Pelajar Kafa Masjid Al-A’l...
08/12/2025

Sedang berlangsungnya Sesi Pertemuan dengan ibubapa pelajar untuk ‘Penandatanganan Buku Rekod Pelajar Kafa Masjid Al-A’laa Kampung Lokub’.

Terima kasih ibubapa yang sudi memberikan komitmen untuk hadir melihat prestasi anak-anak.

Moga anak-anak kita terus berjaya ilmu dunia wa akhirat🤲🏻✨☺️

✨ Pendaftaran Pelajar Baru KAFA Masjid Al-A’laa 2026 kini DIBUKA!✨Ibu bapa di Kampung Lokub, Manggatal dan sekitarnya,jo...
02/12/2025

✨ Pendaftaran Pelajar Baru KAFA Masjid Al-A’laa 2026 kini DIBUKA!✨

Ibu bapa di Kampung Lokub, Manggatal dan sekitarnya,jom daftarkan anak-anak kita ke Kelas Al-Quran & Fardhu Ain untuk sesi 2026!

Mari sama-sama kita bimbing dorang jadi generasi beradab, berilmu dan cinta Al-Quran. 💚

📚 Sesi Pagi
➡️ Tahun 1 – Tahun 3

📚 Sesi Petang
➡️ Tahun 4 – Tahun 6

Di KAFA Masjid Al-A’laa, anak-anak bukan saja belajar mengaji & asas agama, tapi juga dibentuk dengan nilai akhlak, hormat, disiplin dan amalan harian sebagai seorang Muslim. Suasana pembelajaran pun ceria, guru-guru semua penyabar dan penyayang. 🌟

🔗 Link WhatsApp untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:

📱 Ustazah Syafiqah
https://wa.me/60173230542

📱 Ustazah Nuriah
https://wa.me/60189617383

Ayuh ibu bapa, jom daftar awal—tempat terhad! Kita sama-sama pastikan anak-anak kita membesar dengan ilmu agama yang kukuh. 💚📖

Address

Kampung Lokub Jalan Terowong Sepanggar, Menggatal
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00

Telephone

+60138685353

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Masjid Al-A’laa Lokub Manggatal Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category