SK Pulau Sepanggar

SK Pulau Sepanggar

Share

Sekolah pedalaman p**au (P1) di Kota Kinabalu dengan pemandangan indah menghadap Gunung Kinabalu.

Photos from SK Pulau Sepanggar's post 08/02/2026

Minggu Penutupan Transisi Tahun 1 ini diadakan pada 6 Feb 2026 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En. Mohamad Bin Sallehan.

Sepanjang Minggu Transisi ini, kita dapat melihat wajah-wajah yang pada awalnya penuh rasa takut dan kekok, kini bertukar menjadi senyuman, keyakinan dan keterujaan untuk belajar. Inilah matlamat sebenar Minggu Transisi – membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dalam suasana yang menyeronokkan, selamat dan penuh kasih sayang.

Di majlis ini juga murid turut diberi penghargaan kerana berjaya mengikuti minggu Transisi dengan jayanya dan peserta terbaik lelaki dan perempuan juga turut diberikan hadiah. Hadiah turut diberikan kepada 10 kehadiran terbaik sepanjang 4 minggu persekolahan bermula.

Syabas kepada semua guru - guru dan penyelaras tahun 1 yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

08/02/2026

Majlis Penutupan Transisi Tahun 1 telah diadakan pada 6 Feb 2025. Semoga pelajar baharu ini dapat beradaptasi dengan dunia persekolahan dan titik permulaan untuk mereka mencipta kejayaan.

Photos from SK Pulau Sepanggar's post 26/01/2026

Mesyuarat Agung kali -41 telah diadakan dengan jayanya pada 24 Januari 2026 bertempat di perkarangan SK Pulau Sepanggar.
Bertahun dipegang oleh YDP dari p**au sepanggar kali ini semua ahli sepakat untuk memilih YDP dari kg Numbak p**a. Majlis diserikan dengan cabutan tiket bertuah sebanyak 40 lebih cabutan. Tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang bertungkus lumus menyumbang keringat dan wang ringgit bagi menjayakan Mesyuarat kali ini. Terima kasih atas jasa bakti AJK PIBG sesi 2025 dan tahniah kepada AJK Tertinggi 2026 yang telah dilantik. Semoga dapat membantu pihak sekolah menjayakan misi dan visi Pendidikan Negara.

Photos from SK Pulau Sepanggar's post 26/07/2025

26 Julai 2025 - Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil 2 / 2025 diadakan di Courtyard Hotel, 1 Borneo.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


W. D. T No. 167
Kota Kinabalu
88901

Opening Hours

Monday 07:10 - 13:00
Tuesday 07:10 - 13:00
Wednesday 07:10 - 13:00
13:00 - 14:00
Thursday 07:10 - 13:00
Friday 07:10 - 11:30