25/09/2021
Kursus Penghayatan Etika Dan Peradaban
Laman ini diwujudkan bagi memenuhi tuntutan akademik bagi subjek MPU1013 kursus penghayatan etika dan peradaban semesterJJ212
25/09/2021
25/09/2021
Mohd Sofree Laiman 276573
๐ฑ.๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก ( ๐ฒ๐ฌ๐๐ฉ๐ถ๐จ๐น๐ซ ๐พ๐จ๐น๐น๐ฐ๐ถ๐น ๐ง๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฆ๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐ )
โSudah Terang Lagi Bersuluhโ bahawa penyebaran berita palsu yang sedang berleluasa di Media Sosial sekarang amatlah merosakkan agama, bangsa dan negara. Ianya menjadi satu hal yang amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan ramai pihak terkesan. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, bertanggungjawab dan peka terhadap isu - isu semasa seharusnya mengkaji terlebih dahulu kesahihan berita tersebut sebelum memuat naik atau memberi komen balas ke Platform Sosial Media. Di negara Malaysia, kita mempunyai laman sesawang yang boleh dilayari untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan benar iaitu https://sebenarnya.my.
Selain daripada akta kesalahan menyebarkan maklumat palsu, Menurut Islam di dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyatakan bahawa orang-orang yang beriman itu hendaklah menyelidik terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita yang diterimanya. Surah Al-Hujurat Ayat 6 - Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Manakala dalam Kitab Bible p**a menyatakan Tuhan menciptakan kita dengan kebolehan untuk membuat keputusan. Namun, Dia tidak memberi kita hak atau kebolehan untuk menentukan apa yang betul dan salah. Untuk tahu apa yang betul dan salah, Dia ingin kita bergantung pada-Nya Amsal 3:5. Disini amat jelas sekali bahawa penganggan agama apa pun, melarang sama sekali untuk kita menerima berita tanpa usul periksa apa lagi menyebarkanya. โ TAK PASTI JANGAN KONGSI โ
Sumber rujukan
https://www.jw.org/.../iman-kepada.../apa-yang-betul-salah/
https://muftiwp.gov.my/.../3485-bayan-linnas-siri-ke-184...@
25/09/2021
3.3 Penyebaran Maklumat Palsu berleluasa
Terdapat segelintir individu yang bersikap ingin menjadi individu terawal yang mengetahui sesuatu maklumat. Sikap sebegini boleh menyebabkan kesahihan sesuatu maklumat tersebut diragui dan risiko penyebaran maklumat palsu adalah tinggi.
Namun, disebabkan kecanggihan teknologi, penyebaran lebih pantas. Apabila dengan pantasnya maklumat yang kesahihannya belum pasti dikongsi, maklumat tersebut boleh menjadi maklumat palsu.
Sebagai contoh isu jangkitan Covid-19. Situasi dimana, si A dikatakan telah dijangkiti Covid-19 akibat aktiviti sosial yang melanggar SOP. Namun berita sahihnya, si A hanya duduk di rumah sahaja. Tapi berita telah disebarkan.
Selain itu, Penularan Berita palsu boleh menimbulkan panik kepada masyarakat, penyebaran fitnah dan ada yang boleh disabitkan kesalahan.
Sumber
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/keliru-dan-celaru-covid-19-sikap-mahu-jadi-orang-pertama-punca-sebaran-berita-palsu-279001%3famp=1
25/09/2021
Impak Negatif kedua ialah
3.2 TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP BUDAYA KEYBOARD WARRIOR.
Disebabkan oleh media sosial ini luas ia menjadikan komunikasi tanpa sempadan pada zaman ini. Tanggapan negatif akan menjatuhkan imej dan reputasi mangsa dan seterusnya akan mengganggu prestasi seharian.
Selain itu, budaya keyboard warrior akan menyebabkan pandangan dunia luar adalah tidak baik terhadap budaya ini. Pendek kata, kata-kata yang diluahkan melambangkan sikap, adab dan keperibadian.
Kata-kata yang dikongsikan dalam media sosial, susah dihapuskan kerana ada berjuta mata memandang. Ianya lebih mudah tersebar disemua platform atas talian.
Apakah pandangan dunia luar terhadap budaya keyboard warrior? Menurut anda bagaimana?
Ikuti pautan ini, dan hayati
https://www.getaran.my/artikel/semasa/10950/keyboard-warrior-malaysia-ungguli-naib-johan-buli-siber
25/09/2021
Impak Negatif Budaya Keyboard Warrior adalah
3.1 MASALAH MENTAL
Kebiasaannya, Keyboard Warrior akan mengeluarkan kata-kata kesat, makian, kecaman, cemuhan dan banyak lagi perkataan negatif. Tapi, tahukah anda ia akan menyebabkan masalah mental kepada mangsa keyboard warrior dan ia adalah punca utama masalah mental boleh berlaku pada masa kini.
"Words are seeds that Grows in Mind"
kata-kata kesat meninggalkan kesan yang tidak baik. ia akan mengganggu pemikiran dan emosi mangsa. Lebih teruk lagi, perkataan negatif yang dilemparkan akan menyebabkan depresi, anxiety attack dan bermacam lagi masalah mental. Lidah lebih tajam dari pisau, itulah ungkapan yang tepat untuk dikaitkan dengan budaya keyboard warrior.
Mangsa akan rasa malu, tersisih, ketakutan, anxiety attack, rasa tidak selamat apabila dirinya diaibkan, dikecam dalam media sosial kerana, seperti yang telah maklum, media sosial atau platform digital ini luas dan ini akan mengganggu aktiviti harian mangsa kerana telah dikenali ramai akibat perbuatan si keyboard warrior ini.
Mental Illness ini boleh membawa kepada perbuatan yang tidak baik seperti memudaratkan diri sendiri, mencedarakan diri dan lebih buruk lagi, kejadian bunuh diri akibat tekanan.
Sumber :
What Are The Effects Of Cyberbullying?, by Hackensack Meridian Health
https://www.hackensackmeridianhealth.org/HealthU/2020/08/17/what-are-the-effects-of-cyberbullying/ #:~:text=Being%20targeted%20by%20a%20cyberbully,change%20in%20these%20possible%20ways%3A&text=Exhibiting%20secretive%20behavior%20about%20what,or%20done%20on%20their%20phone
25/09/2021
Post By Admin : Nur Diyana Abd Latif (276643)
3.0 IMPAK NEGATIF BUDAYA KEYBOARD WARRIOR
"KEYBOARD WARRIOR IS CYBERBULLY"
Tahukah anda? Cyber Bully mendatangkan lebih banyak kesan buruk berbanding buli fizikal/tradisional? ini adalah kerana sifat media sosial atau alam siber itu sendiri yang tanpa batasan dan pantas untuk tersebar tidak kira dimana anda berada. Lebih-lebih lagi, keyboard warrior ini adalah individu yang berselindung disebalik identiti palsu dalam media sosial.
25/09/2021
Nur Fatihah Lee 276647
๐ฎ.๐ฏ ๐ฆ๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐๐ฎ #๐๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐๐๐ฎ
Statistik yang dilaporkan dalam Berita Harian tahun 2020 menunjukkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 87 peratus bagi penggunaan internet tinggi di kalangan penduduk Malaysia. Kecanggihan ini tidak digunakan dengan berfaedah dan telah menyebabkan pihak polis untuk membuka sebanyak 270 kertas siasatan dan 19 kes p**a dihadap ke mahkamah rentetan penyebaran berita palsu. Manakala dari pihak kerajaan p**a, Pasukan Respon Pantas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bertindak dengan menafikan dan memberi penjelasann mengenai 388 buah berita palsu yang disebar (Wan Mohd Nor, 2020).
Fenomena ini telah memaparkan kealpaan masyarakat bahawa kita tidak peka akan perkongsian informasi dan berita tanpa usul selidik mampu mempengaruhi ideologi, tingkah laku dan mengundang impak negatif kepada setiap lapisan masyarakat dan pentadbiran negara. Satu contoh yang boleh diketengahkan dalam isu ini adalah penurunan drastik jualan sesebuah perniagaan akibat penularan berita palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan kakitangan atau pelanggan mereka didakwa positif Covid-19. Bagai mencurah minyak ke api, Keyboard Warrior turut menghambur tohmahan dan komen-komen negatif yang seterusnya mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk memulaukan sesebuah perniagaan tersebut.
Masyarakat Malaysia seharusnya bijak menilai, menganalisa dan memahami sumber info yang disalurkan melalui media elektronik. Setiap individu mempunyai tanggungjawab memastikan komuniti dalam keadaan yang stabil, berliterasi dalam media sosial, serta berhemat dalam melontarkan pandangan dan idea. Jangan sehingga kita dilabel oleh dunia luar dengan โfirst class facility, third class mentalityโ akibat budaya Keyboard Warrior yang menyebarkan berita palsu dan negativiti dalam kalangan masyarakat sendiri. Sekiranya infodemik dan budaya Keyboard Warrior gagal dibendung, reputasi negara menjadi pertaruhan dan seterusnya akan mengakibatkan keamanan dan keharmonian sejagat tergugat.
Rujukan Artikel
1. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/10/745207/usah-rumitkan-keadaan-dengan-sebar-berita-palsu?fbclid=IwAR20nX8fJR7NZTFpiTvr4OkxfkFXACKRW0KzjfmJC00ztj8gpNTqFW13LcQ
2. https://www.utusanborneo.com.my/2018/04/26/membudayakan-amalan-jika-tidak-pasti-jangan-kongsi?fbclid=IwAR1dtNoATLeh182XjBMG0qXziec6pysLYiv3YLUyeBXSpZQhOzoAx2WzRiI
Usah rumitkan keadaan dengan sebar berita palsu | Berita Harian Penularan berita palsu bukan fenomena baharu, tetapi kesannya dapat dilihat lebih jelas pada era COVID-19. Ketika masyarakat dunia berusaha menangani cabaran itu dan bakal menghadapi kemelesetan ekonomi, kita juga terpaksa berdepan dengan โpandemikโ baharu, iaitu penularan berita palsu dan maklu...
25/09/2021
Nur Fatihah Lee 276647
๐ฎ.๐ฎ ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ข๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐ฅ๐ฅ๐๐ข๐ฅ : ๐ฃ๐๐๐๐๐ช๐๐ก ๐๐ง๐๐จ ๐๐๐ช๐๐ก?
Menurut Cambridge Dictionary, Keyboard Warrior boleh didefinisikan sebagai individu yang menggunakan jaringan internet untuk melepaskan kemarahan dan bertelingkah dalam alam maya. Kelahiran Keyboard Warrior selaras dengan kelahiran laman sosial. Golongan juara papan kekunci ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan serta ditafsirkan sebagai individu dalam masyarakat yang mengambil alih tugas dan peranan media bertauliah dengan menyalurkan pendapat yang dirasakan sahih bagi diri mereka tanpa mendedahkan identiti. Skrin komputer digunakan sebagai lapisan bagi menyorok imej serta identiti sebenar pemilik media sosial tersebut dan hanya akan disedari kehadiran golongan ini apabila timbulnya sesuatu isu (USM, 2015).
Arus modenisasi telah memacu kejayaan teknologi yang membolehkan manusia berhubung tanpa sempadan, tanpa mengira waktu dan tempat. Kelebihan ini sepatutnya digunakan secara berwaspada dan berhemat. Namun akibat kurangnya kesedaran terhadap penggunaan yang berhemat, budaya Keyboard Warrior ini berterusan berleluasa dan sering berkait rapat dengan penyebaran berita palsu untuk mengukuhkan lagi perbahasan mereka dalam laman media elektronik. Kini masyarakat bukan sahaja berdepan dengan pandemik virus yang tidak dapat dilihat, malah ditambahkan lagi dengan infodemik - amalan penyebaran berita yang belum dapat dipastikan kesahihannya. Rentak hidup masyarakat yang rancak juga turut menyukarkan lagi situasi untuk memastikan kebenaran di sebalik berita kerana kebanjiran informasi tanpa had.
Di sebalik penyebaran berita palsu yang semakin meningkat, Keyboard Warrior p**a memanfaatkan isu-isu yang disebarkan tanpa kesahihan dengan mengeluarkan kritikan-kritikan dan tohmahan negatif dan tidak beradab. Seterusnya terjadinya penyebaran atau viral daripada pengguna laman media sosial yang boleh menggugat kestabilan masyarakat, bangsa dan negara (Fazurawati Che Lah, 2018). Bagi membendung penularan infodemik ini, setiap lapisan masyarakat dari institusi keluarga, pengajian rendah dan tinggi, NGO serta kerajaan perlu menggembleng tenaga dan memainkan peranan untuk mendidik dan menegaskan kepentingan menggunakan teknologi media dengan betul serta sentiasa membudayakan nilai menyemak sumber, menilai dan memahami sebelum berkongsi informasi (Jabatan Penerangan Malaysia, 2020).
Rujukan Artikel
1. http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1813-laman-sosial-lahirkan-keyboard-warrior
2. https://api.hmetro.com.my/nuansa/2018/05/337401/tangkis-berita-palsu
Tangkis berita palsu Kewujudan media sosial menjadi platform kepada pahlawan papan kekunci atau โkeyboard warriorโ melemparkan kritikan dan tohmahan negatif.
25/09/2021
Nur Fatihah Lee 276647
๐ฎ. ๐๐จ๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ข๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐ฅ๐ฅ๐๐ข๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐ฆ๐จ - ๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ ๐ญ๐ต
2.1 ๐ผ๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐ต๐ข๐๐๐ฆ๐ ๐พ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐ ๐โ ๐๐๐๐๐
Penyebaran berita tanpa kesahihan dan budaya Keyboard Warrior berpisah tiada dan dilihat telah menjadi trend semasa. Platform jaringan media elektronik disalahgunakan dengan penyebaran berita-berita palsu yang berupaya menanam bibit-bibit keraguan dalam diri masyarakat. Tahukah anda sebanyak 70 peratus daripada 363 berita palsu berkenaan inisiatif kerajaan dalam usaha membendung penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat dilaporkan hasil kajian oleh Institute of Strategic and International Studies (ISIS)? Satu lagi kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat apabila seorang rakyatnya telah meninggal dunia akibat mempercayai dengan pengambilan chloroquine, sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membersihkan tangki ikan boleh merawat wabak Covid-19. Selain itu, satu kajian yang dijalankan turut dijadikan contoh natijah penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 di mana anggaran sebanyak 800 orang di seluruh dunia kehilangan nyawa setelah mengambil langkah memakan โubatโ yang mengandungi bahan peluntur atau methanol (Wan Mohd Nor, 2020).
Keadaan ini bertambah buruk apabila Keyboard Warrior menjadi batu api yang memberi komen tanpa adab dan menyinggung emosi pelbagai pihak tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut. Era pandemik Covid-19 dijadikan batu loncatan oleh Keyboard Warrior untuk terus membudayakan kelakuan tidak bermoral ini. Sedarkah masyarakat bahawa budaya Keyboard Warrior dan penyebaran berita palsu kini semakin parah kerana lebih cepat tersebar dan merebak daripada virus Covid-19 dalam kalangan komuniti kita? Kerajaan bukan sahaja terpaksa menangani penularan virus malah perlu membendung penularan โviralโ berita palsu dengan serentak (Hasimi Muhamad, 2020).
Rujukan Artikel
Wan Mohd Nor. (2020). Usah rumitkan keadaan dengan sebar berita palsu. BH Online. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/10/745207/usah-rumitkan-keadaan-dengan-sebar-berita-palsu
Astro Awani - Berita Tajuk Utama Hari Ini & Berita Terkini Astro Awani menyampaikan berita dan video terkini yang merangkumi topik-topik dunia, politik, hiburan, sukan, gaya hidup, bisnes dan teknologi. Layari sekarang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Kota Kinabalu
88400