04/08/2026
Selasa, 4 Ogos 2026 : Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK Rangalau Lama 2026 sebagai tanda semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan :
• Senamrobik
• Perarakan Bulan Kemerdekaan
• Majlis Pelancaran
• Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan
sebagai simbolik bermulanya pelbagai
program dan aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang bulan
kebangsaan.
Tahniah dan syabas kepada Cikgu Franco Morrow Anak Balai selaku Guru Penyelaras Sambutan Hari Kemerdekaan merangkap Ketua Panitia Mata Pelajaran Sejarah. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga sekolah yang turut sama bekerjasama dalam menjayakan semua aktiviti sempena bulan kemerdekaan ini. Ucapan syabas dan terima kasih juga diucapkan khasnya kepada Cikgu Eyan Balantis, Cikgu Vincent Sintia dan Cikgu Nurul Syuhaada Husni yang begitu gigih untuk menjayakan gimik perasmian.