SM ST PETER TELIPOK KOTA KINABALU

SM ST PETER TELIPOK KOTA KINABALU FACEBOOK RASMI:

SM ST PETER TELIPOK
PETI SURAT 183
POS MINI,88450
TELIPOK KOTA KINABALU
SABAH. Email rasmi sekolah :
[email protected]

19/09/2026

Karnival pendidikan madani

🌿 PROGRAM SIHAT TANPA AIDS UNTUK REMAJA (PROSTAR) 2.0 SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA KINABALU πŸŒΏπŸ“… 9 September 2026 (Rabu)πŸ“ ...
13/09/2026

🌿 PROGRAM SIHAT TANPA AIDS UNTUK REMAJA (PROSTAR) 2.0 SEKOLAH MENENGAH DAERAH KOTA KINABALU 🌿

πŸ“… 9 September 2026 (Rabu)
πŸ“ Dewan SMK Tebobon
πŸ₯ Anjuran: Jabatan Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu
πŸ”Ή Unit HIV/ STI/ Hep C (HIStep)

Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR) 2.0 merupakan satu inisiatif pendidikan dan pencegahan yang memberi pendedahan kepada golongan remaja berkaitan HIV, STI, Hepatitis C, kesihatan seksual dan reproduktif serta amalan gaya hidup sihat.

Program ini menjadi platform penting untuk memperkasakan remaja dengan ilmu, kesedaran dan kemahiran membuat keputusan yang bijak, di samping membina sikap bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri. πŸ’š

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Unit HIV/STI/Hep C (HIStep) atas usaha berterusan dalam memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan kesihatan yang tepat dan bermakna.

Semoga usaha sebegini dapat melahirkan generasi remaja yang sihat, yakin, bertanggungjawab dan bebas daripada risiko HIV serta jangkitan STI. 🌱












🌐 KONVENSYEN PIBG INTERNET SELAMAT 2026 PERINGKAT NEGERI SABAHπŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)πŸ“ Kinabatangan Hall 2, Aras 2, ...
13/09/2026

🌐 KONVENSYEN PIBG INTERNET SELAMAT 2026 PERINGKAT NEGERI SABAH

πŸ“… 12 September 2026 (Sabtu)
πŸ“ Kinabatangan Hall 2, Aras 2, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah

SM St Peter Telipok berbesar hati menyertai Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Sabah yang memberi penekanan terhadap kepentingan keselamatan digital, literasi internet, pencegahan buli siber dan penipuan dalam talian.

Konvensyen ini turut menjadi ruang perkongsian ilmu dan kesedaran kepada warga sekolah, PIBG serta ibu bapa agar dapat bersama-sama membimbing generasi muda menggunakan teknologi secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. πŸ“±πŸ”

🀝 SM St Peter Telipok diwakili oleh:

* En. Jamri Ronggitom – Pengetua / Wakil Pentadbir
* Pn. Faymela E. Sungkit – Wakil AJK PIBG
* Pn. Lita Ladau – Wakil Guru
* Puan Appolonia – Wakil Ibu Bapa

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas penganjuran program yang sangat bermakna ini. Semoga perkongsian yang diperoleh dapat diteruskan kepada warga sekolah dan komuniti demi mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan positif. πŸ’™

β€œBijak Digital, Selamat Bersosial, Bertanggungjawab Dalam Talian.”









Program intervensi dan sokongan minda sihat kolaborasi UBK dan HUMSDoktor pakar - Psikiatri: Dr Nicholas dan Dr Amir , b...
08/09/2026

Program intervensi dan sokongan minda sihat kolaborasi UBK dan HUMS

Doktor pakar - Psikiatri: Dr Nicholas dan Dr Amir , bersama pelajar perubatan UMS tahun 4.

Tarikh : 28/08/26
Masa : 9.30 am - 11.30 am
Tempat : bilik gerakan, pusta sumber dan ubk .

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SM St. Peter Telipok atas kejayaan meraih JOHAN (Tempat Pertama) dalam Pertandingan ...
28/08/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SM St. Peter Telipok atas kejayaan meraih JOHAN (Tempat Pertama) dalam Pertandingan Innovators of Tomorrow (IoT) – Sekolah Menengah, Karnival STEM Peringkat Negeri Sabah 2026!

Kejayaan ini dicapai melalui projek ECO-VIGNA RADIATA, hasil bimbingan Dan @ Damian bin Gregory Kolopis bersama peserta Pheyonna Fiyrrnanda Keffrin , Annmarie Johnson Gondikit dan Richell Teo Alie.

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, inovasi, kerjasama dan kesungguhan warga SM St. Peter Telipok dalam melahirkan generasi yang berdaya saing dalam bidang STEM.

Tahniah sekali lagi! Teruskan mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah!

Pada 22 Ogos 2026 (Sabtu), telah berlangsung Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69 bertempat di Dewan Terbuka, SM St...
24/08/2026

Pada 22 Ogos 2026 (Sabtu), telah berlangsung Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69 bertempat di Dewan Terbuka, SM St. Peter Telipok.

Program ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah, antaranya Pertandingan Koir Patriotik, Persembahan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Nyanyian Solo.

Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti murid, malah turut memupuk semangat cinta akan negara, keyakinan diri, kerjasama serta perpaduan dalam kalangan murid.

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah mengambil bahagian serta guru-guru dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Pada 21 Ogos 2026(Jumaat), bertempat di Dewan Terbuka Sm St Peter Telipok, telah berlangsung Penyerahan Mock Cheque kepa...
24/08/2026

Pada 21 Ogos 2026(Jumaat), bertempat di Dewan Terbuka Sm St Peter Telipok, telah berlangsung Penyerahan Mock Cheque kepada Kumpulan PBL oleh YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Turut bersama ialah Cikgu Dan Damian selaku guru pembimbing yang telah membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kumpulan PBL sepanjang pelaksanaan projek.

Pada 18 Ogos 2026, murid-murid tingkatan 5 Diamond telah menyertai lawatan ke KK Wetland. Lawatan ini memberikan pengala...
20/08/2026

Pada 18 Ogos 2026, murid-murid tingkatan 5 Diamond telah menyertai lawatan ke KK Wetland. Lawatan ini memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid di samping menambah pengetahuan tentang alam sekitar.

Program Mission A+ Moral Camp SPM telah diadakan pada 15 Ogos 2026 di Dewan Terbuka SMK St. Peter Telipok dan telah dira...
19/08/2026

Program Mission A+ Moral Camp SPM telah diadakan pada 15 Ogos 2026 di Dewan Terbuka SMK St. Peter Telipok dan telah dirasmikan oleh Pengetua SMK St. Peter Telipok.

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan persediaan murid dalam menghadapi peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Moral.

Hari Kerjaya Profesion Kesihatan Bersekutu 2026 telah dianjurkan oleh Bahagian Sains Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri...
19/08/2026

Hari Kerjaya Profesion Kesihatan Bersekutu 2026 telah dianjurkan oleh Bahagian Sains Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Tarikh: 15 Ogos 2026
Tempat: Dewan Maktab Sabah
Sasaran: Murid Tingkatan 5 Emerald

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai kerjaya dalam bidang profesion kesihatan bersekutu serta peluang pendidikan dan laluan kerjaya dalam sektor kesihatan.

Address

Pekan Telipok
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SM ST PETER TELIPOK KOTA KINABALU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SM ST PETER TELIPOK KOTA KINABALU:

Shortcuts

Share

Category