21/06/2017
Putra Education Consultant-PEC
Peneraju pendidikan Bertaraf Antarabangsa
21/06/2017
21/06/2017
=====================================
KEBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
Sistem pendidikan negara diterajui oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPM bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. KPT p**a bertanggungjawab ke atas Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Terdapat pelbagai kebaikan sistem Pendidikan di negara ini dalam konteks memupuk kesepaduan kaum dan etnik diantaranya pertama, wujud aliran pendidikan mengikut etnik seperti sekolah aliran Melayu, Cina dan Tamil. Kedua, menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa Rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan membenarkan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Ketiga, sistem penilaian peperiksaan yang sama. Keempat, tertakluk di bawah kurikulum sekolah yang sama walaupun mempunyai aliran yang berbeza.
2.1 Wujud Aliran Pendidikan Berbeza
Aliran pendidikan yang berbeza adalah berasaskan kepada fahaman, ideologi dan kepercayaan yang pelbagai di negara ini. Tujuannya, mengakui bangsa Melayu dan beragama Islam sebagai bangsa dominan di negara ini namun tetap menghormati dan menjaga kebajikan kaum-kaum lain seperti Cina dan Tamil. Umumnya, terdapat tujuh jenis sekolah di Malaysia iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah agama Islam, sekolah Mubaligh, sekolah bestari dan sekolah berasrama penuh. Kepelbagaian aliran pendidikan pada hari ini adalah implikasi daripada zaman penjajahan yang mengamalkan prinsip pecah dan perintah.
Wujudnya, budaya menghormati hak kaum lain mampu memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Walaupun, mempunyai aliran pendidikan yang berbeza namun subjek-subjek asas turut mewarnai sistem pengajaran dan pembelajaran harian seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan English. Bezanya, sekolah-sekolah aliran Cina dan India mempunyai tambahan mata pelajaran elektif seperti bahasa dan tulisan Cina dan Tamil. Keseragaman kurikulum dalam sistem pendidikan sekarang secara tidak langsung dapat memupuk kesepaduan kaum dan etnik.
2.2 Bahasa Melayu Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar di Sekolah
Semua sekolah mengakui kredibiliti bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini dan menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan. Namun, dalam konteks memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini bahasa Cina dan Tamil dibenarkan menjadi bahasa pengantar khusus untuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Artikel / Perkara 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen serta mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu. Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.
2.3 Sistem Penilaian Peperiksaan Yang Sama
Sistem penilaian peperiksaan yang sama merupakan antara elemen penting dalam memupuk kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Kurikulum peringkat sekolah rendah dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap I dan Tahap II. Tahap I bermula pada Tahun 1 hingga 3 yang menekankan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan memupuk nilai dan bakat. Tahap II bermula pada Tahun 4 hingga 6 yang memberi penekanan kepada pengukuhan kemahiran asas 3M, pemupukan siap, nilai dan bakat, penguasaan ilmu, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta kemahiran membaca dan menulis dalam jawi. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan bertujuan untuk mentafsir prestasi murid-murid dalam bidang akademik.
Kedua, sistem pendidikan menengah. Sistem pendidikan memengah lebih komprehensif dan berkualiti. Sistem pendidikan menengah dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berusia 12 tahun hingga 17 tahun. Sistem pendidikan menengah berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pendidikan menengah boleh dibahagikan kepada dua iaitu pendidikan menengah rendah dan pendidikan menengah atas. Sistem pendidikan menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kelas Peralihan dikhususkan kepada pelajar daripada aliran Cina dan Tamil bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah.
Pendidikan menengah atas bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan di peringkat menengah rendah iaitu Sijil Rendah Pelajaran [SRP] atau Penilaian Menengah Rendah [PMR] (dulu dikenali sebagai Lower Certificate Eduction [LCE]), pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar boleh memilih untuk mengikut pengajian sama ada dalam aliran sastera, sains, teknikal, vokasional, agama serta pendidikan khas. Pada peringkat pendidikan menengah atas, pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] (dulu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education [MCE]). Ketiga, pendidikan lepasan menengah.
Pelajar lepasan SPM yang berjaya dalam peperiksaan dan memenuhi syarat tertentu adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan atau mengikuti program matrikulasi di universiti awam. Pelajar yang melanjutkan ke Tingkatan 6 dalam tempoh dua tahun akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti. Keempat, Madrasah atau sekolah agama. Sekolah agama dan Madrasah semakin berkembang dan masih wujud di negara ini sehingga kini. Di Malaysia, sebanyak 17 buah sekolah rendah agama dan 77 buah sekolah menengah agama rakyat telah mendaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga tahun 2005.
2.4 Kurikulum Sekolah Yang Sama
Pada masa kini, sistem pendidikan negara boleh dibahagikan kepada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan pra-universiti.
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak dengan asas sosialisasi yang kukuh sebelum mendapat pendidikan formal di peringkat sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) digubal pada tahun 2003 adalah untuk membolehkan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun memperoleh asas pendidikan yang kukuh dalam komunikasi, sosial dan kemahiran-kemahiran lain sebagai persediaan ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di negara ini sama ada anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, agensi kerajaan seperti KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan kelas-kelas anjuran swasta digalakkan menggunakan KPK.
Kini, pendidikan prasekolah berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011. Pembangunan kurikulum di peringkat pendidikan prasekolah adalah suatu proses dinamik dan berterusan. Penambahbaikan program prasekolah adalah berterusan dari semasa ke semasa seperti berikut: -
• Buku Panduan Prasekolah Malaysia pada tahun 1986.
• Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia pada tahun 1993
• Kurikulum Prasekolah Kebangsaan pada tahun 2003
• Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010/2011
Pendidikan Rendah
Sistem pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun. Kurikulum sekolah rendah sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan adalah berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan kini sedang diperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2010. Bahasa pengantar bagi sekolah kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa pengantar bagi sekolah jenis kebangsaan ialah bahasa Tamil dan bahasa Mandarin masih dikekalkan sehingga kini. Senario perubahan kurikulum sekolah rendah adalah seperti berikut: -
• Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983
• Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993
• Semakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 2003
• Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada tahun 2010/2011
Pendidikan Menengah
Sekolah Menengah masih lagi dibahagikan kepada dua iaitu sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas. Pertama, sekolah menengah rendah. Pelajar melanjutkan pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pada akhir tingkatan 3, pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar akan dikategorikan mengikut aliran Sains atau Sastera berdasarkan kepada keputusan PMR dan pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan diberi pilihan untuk membuat pengkhususan vokasional di sekolah teknik.
Kedua, sekolah menengah atas. Sekolah menengah atas melanjutkan pelajaran dari tingkatan 4 hingga 5. Pada akhir tingkatan 5, pelajar masih lagi menduduki peperiksaan SPM. Peperiksaan SPM adalah berdasarkan kepada peperiksaan School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan tahap ‘O’ General Certificate of Education (GCE) yang menjadi General Certificate of Secondary School (GSCE). Pelajar turut menduduki kertas GCE tahap ‘O’ bagi bahasa Inggeris selain kertas bahasa Inggeris SPM sejak tahun 2006. Selain itu, penilaian karangan kertas bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah penguasaan pegawai peperiksaan Tahap ‘O’ British dan dinyatakan pada kertas keputusan walaupun penilaian ini tidak termasuk dalam peperiksaan SPM.
Bagi pelajaran sekolah jenis kebangsaan Cina, pelajar yang berkelayakan boleh meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Para pelajar akan menduduki peperiksaan piawai Unified Examination Certifacate (UEC) dan sesetengah pelajar boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. Peperiksaan UEC diadakan oleh D**g Jiao Zong iaitu Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina sejak tahun 1975. Dikatakan bahawa terdapat tiga tahap UEC iaitu Vokasional, Junior dan Senior. Bahasa Cina menjadi bahasa pengantar bagi Vokasional dan Junior. Bahasa Cina dan Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.
Sekolah Agama dan Madrasah
Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan bentuk sekolah asal di negara ini. Sekolah agama masih wujud di Malaysia dan biasanya pelajar di kawasan luar bandar masih belajar di sekolah-sekolah ini. Pelajar dari aliran agama boleh melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan namun kebanyakan pelajar sekolah agama di negara ini melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Pakistan.
Pendidikan Pra-Ijazah atau Pra-Universiti
Selepas SPM, pelajar boleh membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6, matrikulasi atau pengajian diploma. Pelajar yang meneruskan pengajian ke Tingkatan 6 masih mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pendaftaran Malaysia (STPM). Peperiksaan STPM diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tingkatan 6 dan matrikulasi merupakan piawai atau kelayakaan perlu untuk kemasukan universiti. Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian dan memilih diploma, A-level, program matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.
21/06/2017
=====================================
KPM komited lahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang
=====================================
KPM komited lahirkan pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang Kementerian Pendidikan terus berusaha dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk bidang seni.
21/06/2017
=====================================
Mencapai Perpaduan Melalui Sistem Pendidikan Cemerlang
=====================================
Pendahuluan
Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat menghormati dan bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan, bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Konsep 1Malaysia
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Perpaduan Melalui Pendidikan
Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara.
Satu cara pendekatan penting untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. Berikut adalah cara bagaimana sistem pendidikan negara ini boleh membentuk perpaduan.
Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar Utama
Bahasa Malaysiaadalah medium paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain telah dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara. Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia yang bersepadu, semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilaksanakan.
Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai matapelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya.
Peperiksaan Yang Seragam
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti.
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum.Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah.Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan ini Sekolah Wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan integrasi nasional.
Kurikulum Sekolah Yang Sama
Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menghasilkan modal insan yang terlatih untuk keperluannegara.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain.
Setiap subjek yang diajar di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar.
Kesimp**an
Perpaduan kaum adalah elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi kesejahteraan negara.Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan kestabilan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat yang berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
PLAZA TANJUNG ARU, TINGKAT 2 LOT F-2-16, Jalan MAT SALLEH
Kota Kinabalu
88100
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 12:00 |