USM Cycling Team

USM Cycling Team

Share

Laman page rasmi pasukan berbasikal UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Ikuti kami untuk update berkenaan pasukan,latihan dan macam-macam lagi.

Photos from Pusat Sukan dan Rekreasi USM's post 28/09/2025

Tahniah Coach Eddy, Kami Doakan Semoga TEAM MALAYSIA Bersinar Dan Meraih Kejayaan Di LTDL 2025.



Photos from USM Cycling Team's post 13/09/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pelumba berbasikal Encik Abdul Halim Bin Che A'at, Encik Mohd Hisham Basrul Bin Jaafar, Encik Mohammad Azuwan Bin Abu Bakar , Encik Fahmi Raza Bin Abd Patah, Encik Mohd Suharudin Bin Sulong dan Encik Zainal Arif Bin Hassan serta barisan Pengurus , Jurulatih dan Pembantu Jurulatih atas kejayaan meraih tempat ke-4 dalam acara lumba basikal kritrium KARNIVAL SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA (SUKANUN) 2025 yang berlangsung pada 08 - 13 September 2025 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak .

Pencapaian ini mencerminkan komitmen, ketekunan, dan disiplin tinggi dalam sukan berbasikal. Walaupun tidak berada dalam tiga teratas, kedudukan keempat tetap merupakan satu kejayaan yang wajar dibanggakan dan menjadi motivasi untuk terus melangkah lebih jauh.Penyertaan kali ini lebih mencabar dengan penyertaan dari agensi-agensi badan berkanun yang lain selain dari Universiti-Universiti Malaysia.

Di harap ini akan menjadi pembakar semangat kepada pelumba dan juga rakan-rakan pelumba lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam kejohanan akan datang.

Sekali lagi, tahniah dan syabas di atas pencapaian yang membanggakan ini. Sekalung Perhargaan kepada Semua Sekretariat kontinjen USM, Pusat Sukan dan Rekreasi USM, team logistik dan Semua yang terlibat dalam secara langsung dan tidak langsung dalam membawa kejayaan kepada kontinjen USM bertanding dalam SUKANUN 2025 ini.

Sekian, terima kasih.


06/09/2024

10 Oktober 2024

Photos from USM Kampus Kejuruteraan's post 23/08/2024
23/08/2024

USM FUN RIDE - Peace for Palestine

✨ Mari sertai acara USM FUN RIDE sejauh 42km! ✨

🚴Tarikh: 26 Oktober 2024
📍 Tempat: USM Kampus Kejuruteraan

Kayuhan Bermula Jam 7.45am
🎟️ Yuran Pendaftaran:
• RM65(Awam)
• RM55(Warga USM&USMCC)
🎁 Cabutan Bertuah:
• Pelbagai Hadiah Bertuah Bertuah yang menarik untuk dimenangi!

- Honda ADV 160
- Skuter Eletrik
- Barangan Elektrik
- dan banyak lagi

Jom sokong usaha keamanan dan kesedaran melalui pendaftaran sekarang!

Sertailah acara berbasikal ini untuk menyumbang kepada misi kemanusiaan. Daftar sekarang:

https://forms.gle/bSUboD15vZWhi1cN6

ℹ️ Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Prof. Madya Dr. Nazri 019-9396949
Encik Salman Jaffar 017-4500731

Ayuh sertai kami!🚴💚

Photos from Arena Sukan USM's post 22/08/2024

Congratulations To All Medalist of SUKUM 2024 UMS

🥇🥈🥉







Photos from Universiti Sains Malaysia's post 20/08/2024

Mission Accomplished!! 🙌🏻

Photos from USM Cycling Team's post 19/08/2024

KEKUATAN KERJA BERPASUKAN TONGGAK KEMENANGAN USM CYCLING TEAM

USM Cycling Team telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan bagi acara Berbasikal Sukan Universiti Antara Universiti Awam Malaysia (SUKUM) ke 45 yang berlangsung di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 16 Ogos 2024 yang lepas.

Dedikasi kemenangan yang sangat bermakna ini kepada semua pelumba yang sangat komited dalam latihan, berkorban masa dan tenaga bersama keluarga demi lencana didada. Coach Eddie Norshamshidi Abd Rashid yang banyak bertungkus lumus dalam memastikan setiap pelumba membantu menyumbang keringat walaupun jadual padat bersama team MSN Perlis dalam persiapan ke SUKMA Serawak 2024. Pengurus dan Penolong Pengurus Shawal Faizal , Muhammad Syamim Abdul Razak memastikan kelengkapan, fasiliti dan dokumentasi pelumba lengkap dalam apa jua keadaan untuk perlumbaan ini. Semua supporter di luar sana yang tak jemu-jemu memberikan sokongan penuh pada pasukan ini.

Tidak lupa wakil UMS En Ahmad, En Zaki, Cristy & rakan-rakan, Sangat Friendly Dan Melayani Kami Di Sabah Superti Sanak Saudara walalupun baru mengenali antara satu sama lain. Miss U All.

Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua, tiada lagi ungkapan dan kata yang mampu kami ucapkan.

Di abadikan semua kenangan indah USM Cyling Team untuk tatapan kita bersama.

“ SEJARAH BARU TELAH DICIPTA OLEH PASUKAN INI DAN KEJAYAAN INI ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA “

Di rezekikan umur yang panjang, Berjumpa lagi Di SUKUM ke 46, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) 2027

Miss U Team ❤️ 🫶









17/08/2024

We Lead . . . 👏

❤️ . . . U S M . . . ❤️

Photos from USM Cycling Team's post 13/08/2024

Perlumbaan berbasikal SUKUM Ke 45 2024 melabuhkan tirainya di Universiti Malaysia Sabah. Kami masih cemerlang menjadi yang terbaik untuk tahun ini.

Barisan atlit berbasikal dan pegawai pengiring

Jurulatih :Coach Eddie Norshamshidi Abd Rashid
Pengurus:Muhamad Syamim Abdul Razak
Penolong Pengurus : Mohd Shawal Faizal Ismail

Veteran lelaki
1. Abdul Halim Che Aat 🥇
2. Mohamad Azuwan Abu Bakar🥉
3. Mohd Hisham Basrul Jaafar
4. Fahmi Reza Abd Patah

Senior Lelaki
1. Mohd Suharudin Sulong
2. Zainal Arif Hassan

Wanita
1. Nur Farahin Ruzlan 🥈
2. Anis Azniriza Zainol
3. Siti Khadijah Azuden

Kesemua pasukan universiti yang bertanding pada kali ini memberi saingan sengit pada pasukan USM Cycling team dan hasil komitmen perlumba serta semua pegawai pengiring, pasukan berbasikal berjaya membawa meraih pungutan pingat

1🥇pingat emas veteran lelaki
1🥉pingat gangsa veteran Lelaki
1🥈pingat perak wanita senior

Dari meja pengurusan USM Cycling Team, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang telah bersama kami dari awal sehingga akhir kejohanan.

I Sports Wear
- Penaja rasmi pakaian pasukan USM Cycling Team. Hubungi I-Sports Wear untuk tempahan dan maklumat lanjut berkenaan produk.

WinSport Gel
- Penaja rasmi makanan dan minuman kecergasan yang banyak membantu memastikan tahap kecergasan pelumba sentiasa berada pada tahap yang terbaik walau seharian dengan latihan yang padat. Hubungi Winsports Malaysia untuk maklumat lanjut produk.

M&C Bicycle Shop
- Penaja rasmi bike servicing sepanjang kami berada di lokasi perlumbaan. Dapatkan servis basikal terbaik daripada M&C BICYCLE SHOP yang beroperasi di Nibong Tebal Pulau Pinang

Omiyage
- Penaja pengurusan dan juga imbuhan kepada pelumba. Dapatkan servis air cond terbaik daripada Omiyage, Hubungi Omiyage Aircond Aircond untuk maklumat lanjut berkenaan produk.

Tanpa kalian, kami tidak mungkin cemerlang mengharumkan nama USM. Sekali lagi, ribuan terima kasih dari meja pengurusan pasukan. Semoga jalinan ini akan terus kekal sepanjang masa.

Terima Kasih

Photos from Pusat Sukan dan Rekreasi USM's post 12/08/2024

Tahniah Semua Rider Bertungkus Lumus. Kejayaan Ini Adalah Kejayaan Berpasukan. Tidak Lupa Usaha Keringat Tulang Belakang Yang Membantu Dari Awal Hingga Ke Penghujung, Coach Teknikal Team Dan Sahabat Handai Yang Support Dari Dekat Dan Jauh.

"KEJAYAAN INI ADALAH KEJAYAAN KITA BERSAMA"







Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Universiti Malaysia Sabah, Jln UMS
Kota Kinabalu
88400