27/12/2023
"Cikgu, Mama kirim salam. She said thank you, too."
"Mengapa p**a?"
"Saya selalu dapat C sahaja. First time, saya dapat A. Cikgu di sekolah pun terkejut saya dapat A."
Alhamdulillah.
That's your effort. Keep up the good work. I believe you can do better, insya-Allah. Just, don't take things for granted.
"I will do"
Syukur saya rafakkan. Lebih kurang sebulan lagi sebelum peperiksaan bertulis SPM bermula.
Jadual saya juga agak padat dalam seminggu dua ini. Walaupun cuti sekolah, sesi di Pusat Tuisyen Yakin Boleh,Sulaman Sentral - Kota Kinabalu tetap berjalan, sesi tutorial 'private' saya tetap berjalan, sesi 'online' juga diteruskan. (Belum termasuk kerja/komitmen lain di luar)
Murid tingkatan 5 berusaha seupayanya sebagai persiapan menduduki SPM,
Murid tingkatan lain p**a mempersiap diri untuk menghadapi UASA,
Murid sekolah rendah saya p**a mengukuhkan kefahaman asas dalam silibusnya.
Tak boleh saya biarkan begitu sahaja walaupun dalam satu-satu situasi saya berhak sahaja untuk katakan 'tidak'.
Bukan tentang ibu bapa/penjaga mereka, saya cuba seupayanya demi peluang kehidupan yang lebih baik untuk pelajar saya pada fasa kehidupan seterusnya, insya-Allah.
Pun begitu,
Pagi ini saya memohon maaf juga kepada ibu pelajar yang mengharapkan saya membimbing sesi 'home-tuition' untuk anak beliau.
"Berkat doa cikgu, ilmu cikgu, dia lulus dalam exam kemas**an ke MRSM dua tahun lalu. Saya harap cikgu sudi lagi membimbing dia kali ini"
"Terima kasih Puan atas mesej ini. Saya amat menghargainya. Saya mohon maaf atas jadual yang padat untuk masa ini. Dia perlukan fokus dan perhatian. Saya tidak dapat mengisi ruang itu pada waktu ini. Saya berdoa agar dia dipermudah dalam pelajaran, beroleh kefahaman dan kejayaan dalam SPM kelak, insya-Allah"
Saya juga sentiasa berdoa supaya saya diberikan kefahaman ilmu yang baik, menyampaikannya, mengamalkannya dan moga pelajar saya juga beroleh kefahaman yang baik.
Begitulah.
P/S:
Sesi kelas bahasa Melayu saya bersama seorang lagi warga Jepun akan bermula pada minggu hadapan, insya-Allah. Saya pasti pelajar-pelajar Jepun saya sebelum ini yang mencadangkan nama saya kepada kenalan mereka. Arigatou🙌
P/S/S:
Ini bukan pasal 'mengeluh' jadual yang penuh. Saya sentiasa menghargai kehidupan yang serba itu ini. Hanya sekadar, ceritalah-.
Teruskan Tradisi Kecemerlangan.
Salam hormat,
Abdul Razzaq Bakri
013 853 0988