Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu
Jalan Kolam, Bukit Padang
88300 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-238640

π’π„πŠπˆπ“π€π‘ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π€π”πƒπˆπ“ ππ€π™πˆπ‘π€π 𝐁𝐏𝐋 𝐊𝐊𝐌24 September 2026 | 11.00 Pagi β€” Telah berlangsung Mesyuarat Penutupan ...
24/09/2026

π’π„πŠπˆπ“π€π‘ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π€π”πƒπˆπ“ ππ€π™πˆπ‘π€π 𝐁𝐏𝐋 𝐊𝐊𝐌

24 September 2026 | 11.00 Pagi β€” Telah berlangsung Mesyuarat Penutupan Audit Naziran oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, ILKKM Kota Kinabalu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan warga ILKKM Kota Kinabalu atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang proses audit ini dijalankan. Semoga segala dapatan dan syor penambahbaikan dapat memantapkan lagi kualiti pengurusan dan latihan di institusi ini.

16/09/2026
🌸 SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 🌸Bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada insan-insan yang telah mencurahkan bakt...
11/09/2026

🌸 SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH 🌸

Bukan mudah mengucapkan selamat tinggal kepada insan-insan yang telah mencurahkan bakti, ilmu dan kenangan yang begitu bermakna. Hari ini, kami meraikan perjalanan serta jasa mereka yang pernah mewarnai keluarga besar ILKKM Kota Kinabalu.

Terima kasih atas segala sumbangan, dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat. Semoga setiap langkah di tempat baharu dipermudahkan, dipenuhi kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

✨ Selamat maju jaya kepada:

🌷 Pn. Tavamalar A/P Munium
🌷 En. Mohd Firdaus bin Tomijan
yang akan meneruskan khidmat di ILKKM Sungai Buloh.

🌷 Pn. Sanisah Bahar
🌷 Pn. Myrte Maing Jatin
🌷 Pn. Jessica Jalinus
atas kenaikan pangkat daripada Clinical Instructor (CI) kepada Pengajar Jururawat.

"Pergi bukan bererti hilang, tetapi membawa bersama segala kenangan yang akan terus dikenang."

Khas buat Dr.Muhammad Hamidie Saari Pengarah Pusat Pakar Pergigian Sabah (UG14) & Dr.Syazlin Amalina Binti MohidinPegawa...
05/09/2026

Khas buat Dr.Muhammad Hamidie Saari
Pengarah Pusat Pakar Pergigian Sabah (UG14) & Dr.Syazlin Amalina Binti Mohidin
Pegawai Pergigian (UG12).
Terima kasih yang tidak terhingga atas layanan dan jemputan yang diberikan kepada kami.Peluang keterlibatan dalam Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Sabah 5.9.2026 merupakan satu pengalaman yang amat bernilai buat DPNS & DSPK Pelatih T1SII. Semoga hubungan kerjasama ini terus berkekalan.


.

π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰π˜Όπ™‰ π™†π™€π™‹π™„π™ˆπ™‹π™„π™‰π˜Όπ™‰: π™ˆπ™€π™ˆπ˜½π™„π™‰π˜Ό π™†π™Šπ™ˆπ™‹π™€π™π™€π™‰π™Žπ™„, π™ˆπ™€π™ˆπ™‹π™€π™π™†π˜Όπ™Žπ˜Ό π™‹π™Šπ™π™€π™‰π™Žπ™„β€œKepimpinan bukan sekadar keupayaan memimpin orang lain, t...
03/09/2026

π™‹π™€π™ˆπ˜½π˜Όπ™‰π™‚π™π™‰π˜Όπ™‰ π™†π™€π™‹π™„π™ˆπ™‹π™„π™‰π˜Όπ™‰: π™ˆπ™€π™ˆπ˜½π™„π™‰π˜Ό π™†π™Šπ™ˆπ™‹π™€π™π™€π™‰π™Žπ™„, π™ˆπ™€π™ˆπ™‹π™€π™π™†π˜Όπ™Žπ˜Ό π™‹π™Šπ™π™€π™‰π™Žπ™„

β€œKepimpinan bukan sekadar keupayaan memimpin orang lain, tetapi kebijaksanaan memahami diri, membina pemikiran strategik dan menterjemahkan ilmu kepada tindakan yang memberi impak.”

Tahniah diucapkan kepada Pn. Maznah binti Osman, Pengajar U10, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kota Kinabalu, atas kejayaan menamatkan Putra Management & Leadership Programme (Intermediate Series 1): Nurturing the Core of Leadership Through Inner Wisdom.

Program anjuran Putra Business School ini merupakan kursus pendek di bawah Program Pengurusan Strategik dan Pembangunan Eksekutif Kompeten (PROSPEK) Tahun 2026, yang ditawarkan melalui proses pemilihan kepada pegawai daripada pelbagai jabatan dan kementerian di seluruh Malaysia.

Lebih bermakna, hanya 30 orang peserta terpilih dari seluruh Malaysia diberi peluang mengikuti program ini, sekali gus mewujudkan platform pembelajaran rentas organisasi yang menghimpunkan kepelbagaian pengalaman, perspektif dan amalan kepimpinan daripada pelbagai sektor perkhidmatan awam.

Fasa pembelajaran intensif telah berlangsung pada 9–12 Jun 2026. Namun, pembangunan kompetensi tidak terhenti selepas sesi bersemuka. Peserta seterusnya menjalani pemantauan dan penilaian secara berterusan melalui tugasan individu dan berkumpulan, aplikasi pengetahuan, refleksi serta pengintegrasian pembelajaran sehingga disempurnakan melalui pembentangan akhir pada 14 Ogos 2026.

Pendekatan ini memberi penekanan kepada pembelajaran yang bukan sahaja bersifat teoritikal, tetapi turut mengembangkan pemikiran kritis dan strategik, kebijaksanaan kendiri, keupayaan membuat keputusan, kolaborasi rentas organisasi serta kompetensi dalam memimpin perubahan.

Penyertaan dan kejayaan menamatkan program ini mencerminkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional berterusan, selaras dengan keperluan melahirkan pemimpin yang kompeten, adaptif dan berupaya mendepani cabaran organisasi yang semakin kompleks.

✨ Tahniah Pn. Maznah binti Osman!

Semoga ilmu, pengalaman dan jaringan profesional yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam amalan, dikongsi bersama warga organisasi serta memberi nilai tambah kepada pembangunan modal insan dan kecemerlangan ILKKM Kota Kinabalu.

β€œIlmu membina kompetensi, pengalaman membentuk kebijaksanaan, dan kepimpinan yang berkesan menterjemahkan kedua-duanya kepada impak.”

Pelatih ILKKM Kota Kinabalu tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam perbarisan yang berlangsung dengan penuh se...
31/08/2026

Pelatih ILKKM Kota Kinabalu tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam perbarisan yang berlangsung dengan penuh semangat dan kebersamaan. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Walaupun penat dan cuaca mencabar, semangat tetap tinggi demi menjayakan acara. Penyertaan ini bukan sahaja memberi pengalaman yang bermakna, malah mengeratkan lagi hubungan sesama pelatih sambil memupuk semangat patriotisme dan kerja berpasukan.

Tahniah dan syabas kepada semua pelatih yang telah memberikan komitmen terbaik. Anda memang hebat! πŸ‘

p/s : Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan tidak bersemangat untuk berklinikal esok yer..muehehehe

Selamat menjalani latihan klinikal buat semua pelatih jururawat.Semoga setiap pengalaman di wad dan klinik menjadi pelua...
31/08/2026

Selamat menjalani latihan klinikal buat semua pelatih jururawat.

Semoga setiap pengalaman di wad dan klinik menjadi peluang untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta membina keyakinan dalam memberikan penjagaan yang berkualiti kepada pesakit. Sentiasalah mengamalkan sikap profesional, berdisiplin, bertanggungjawab dan berpegang teguh kepada etika kejururawatan dalam setiap tindakan.

Jadikan setiap cabaran sebagai pengalaman pembelajaran yang berharga dan setiap pesakit sebagai guru yang mengajar erti empati, kesabaran dan keikhlasan.

Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi sepanjang menjalani latihan klinikal.

Selamat berklinikal dan berikan yang terbaik!
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™β€

Address

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088238640

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kota Kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share