15/04/2024
Welcome back to school! Monday is not just the beginning of the week; itβs an invitation to set new intentions, chase new goals, and dance to the rhythm of a happy and successful week π·
Layar Srikandi menyajikan kandungan digital menarik khas untuk warga SMK Perempuan Likas (LiGSS)β¨
15/04/2024
Welcome back to school! Monday is not just the beginning of the week; itβs an invitation to set new intentions, chase new goals, and dance to the rhythm of a happy and successful week π·
03/04/2024
HEBAHAN PERTANDINGAN π’π’βΌοΈ
Sukacita dimaklumkan, KPM akan menganjurkan Program Pemerkasaan Membaca Murid 2024 Peringkat Daerah KK.
Berikut merupakan beberapa pertandingan yang dipertandingkn seperti tahun-tahun sebelumnya. Murid- murid yang berminat boleh berhubung dengan guru yang tertulis pada poster berikut.
03/04/2024
Unit Kokurikulum SMK Perempuan Likas telah memberikan penghargaan kepada guru-guru yang telah berjaya membimbing murid-murid ke pertandingan peringkat antarabangsa pada tahun lalu.
Tahniah diucapkan! Semoga semua guru terus gigih membimbing murid dengan penuh semangat πͺπ»
01/04/2024
Perasmian Program Amalan Sekolah Penyayang & Mentor Mentee SMK Perempuan Likas.
Sempena perasmian ini, setiap murid turut menerima hadiah yang disediakan oleh Unit Bimbingan Kaunseling (UBK). Tahniah diucapkan kepada UBK SMK Perempuan Likas yang telah berjaya mengukirkan senyuman di wajah puteri-puteri LiGSS pagi ini π
"To the world you may just a teacher, but to your students you are a HERO"
Guru penyayang,
Murid cemerlang.
29/03/2024
Sekitar Majlis Iftar Ramadan & Solat Hajat Perdana SPM 2024 yang dimeriahkan dengan kehadiran barisan pentadbir SMK Perempuan Likas, YDP & AJK PIBG, ibu bapa, para guru dan murid-murid tingkatan 5.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ihsan Madani, ibu bapa tingkatan 5 dan para guru LiGSS yang telah bersama-sama memberikan sumbangan untuk menjayakan majlis ini.
Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam di atas penganjuran yang meriah ini! Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah menjadi jawatankuasa, anak-anak BALKIS dan team Layar Srikandi.
InsyaAllah, tahun depan kita jumpa lagi π€
πΈ: Puteri Nadiah Adlina/Faralyn
27/03/2024
24 Mac yang lalu, pihak sekolah telah menerima perkhabaran duka apabila empat orang murid SMK Perempuan Likas telah menjadi mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah, Likas.
Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung derma kilat bagi membantu murid-murid yang terlibat. Sumbangan ikhlas ini telah disampaikan oleh Puan Rafidah binti Karaman, Pengetua SMK Perempuan Likas. Turut hadir bersama, Puan Safiah (PK HEM), Encik Tuah (YDP PIBG) dan Cikgu Zahid (Pengerusi Kelab Staf).
Tahniah kepada PK HEM, Ustaz Habib & Cikgu Zahid atas usaha menguruskan bantuan ini dengan pantas. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga LiGSS atas sumbangan anda! Semoga sumbangan ini dapat meringankan serba sedikit beban mereka.
27/03/2024
Hari ini telah berlangsung Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Dr Zaifuddin Md Rasip, Pensyarah Kanan daripada Universiti Malaysia Sabah untuk semua warga sekolah yang beragama Islam. Ceramah ini merupakan salah satu program Ihya Ramadan anjuran Panitia Pendidikan Islam bagi tahun 2024.
21/03/2024
Aktiviti minggu pertama sesi persekolahan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bagi mewujudkan ekosistem menarik di LiGSS β¨