Sekolah Agama Negeri Kepayan

Sekolah Agama Negeri Kepayan

Share

Sekolah Rendah Agama di bawah kelolaan Bahagian Pendidikan JHEAINS (Wisma MUIS)

13/04/2026

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته...

📍𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡

Merujuk laporan oleh Astro Awani berkaitan kemalangan di Kota Bharu, pihak sekolah ingin mengingatkan semua ibu bapa supaya lebih berhati-hati ketika menghantar & mengambil anak di sekolah.

⚠️ 𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙚𝙪𝙩𝙖𝙢𝙖𝙖𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖

Mohon kerjasama semua untuk pastikan kawasan sekolah kekal selamat dan terkawal

Sekian, Terima kasih.

PENTADBIRAN SAN KEPAYAN

07/03/2026

Salam Nuzulul Quran 1447H / 2026M

Salah satu keistimewaan Al-Quran adalah keabadiannya sejak diturunkan hingga saat ini, Al-Quran tetap terjaga dan tidak mengalami perubahan atau penyimpangan

𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐟𝐢𝐫𝐦𝐚𝐧:

"𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 (𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧) 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐳𝐚𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡." (𝐒𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐚𝐥-𝐁𝐚𝐪𝐚𝐫𝐚𝐡: 𝟏𝟖𝟓)

“𝙔𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙞𝙣𝙖𝙧𝙞 𝙝𝙖𝙩𝙞 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙘𝙖 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣. 𝙃𝙞𝙖𝙨𝙞 𝙖𝙠𝙝𝙡𝙖𝙠 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙪𝙡𝙞𝙖𝙖𝙣 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣. 𝘽𝙖𝙜𝙪𝙨𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙖𝙢𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙯𝙞𝙠𝙞𝙧 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙖𝙙𝙖𝙧𝙪𝙨 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣. 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙖𝙥𝙞 𝙣𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙪𝙡𝙞𝙖𝙖𝙣 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣. 𝙈𝙖𝙨𝙪𝙠𝙠𝙖𝙣𝙡𝙖𝙝 𝙠𝙖𝙢𝙞 𝙠𝙚 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖-𝙈𝙪 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙨𝙮𝙖𝙛𝙖𝙖𝙩 𝘼𝙡-𝙌𝙪𝙧𝙖𝙣.”

05/03/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Sempena kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak sekolah ingin mengajak tuan/puan bersama-sama menyumbang bagi menjayakan program kebajikan dan aktiviti Ramadan untuk murid-murid.

Sumbangan tuan/puan akan digunakan untuk:
• membantu murid yang kurang berkemampuan & Yatim Piatu
• menjayakan program Ihya’ Ramadan di sekolah

Setiap sumbangan, sama ada kecil atau besar, amat bermakna dan menjadi saham akhirat yang berterusan.

Jika ingin menyumbang, tuan/puan boleh berhubung terus dengan guru kelas.

Semoga segala sumbangan diberkati dan dilipatgandakan ganjarannya 🤲

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan tuan/puan

17/01/2026

✨🌙 𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽 𝓜𝓮𝓷𝔂𝓪𝓶𝓫𝓾𝓽 𝓘𝓼𝓻𝓪𝓴 𝓜𝓲𝓴𝓻𝓪𝓳 1447𝓗 🌙✨

17 Januari 2026, 27 Rejab 1447H

Semoga peristiwa agung Isra' dan Mi'raj menjadi pengajaran dan inspirasi kepada kita semua untuk memperkukuh keimanan serta meningkatkan kualiti solat dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada perjalanan luar biasa Nabi Muhammad ﷺ sebagai pedoman membentuk sahsiah dan akhlak mulia.

"𝙈𝙖𝙝𝙖𝙨𝙪𝙘𝙞 (𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝) 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙚𝙧𝙟𝙖𝙡𝙖𝙣𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙢𝙗𝙖-𝙉𝙮𝙖 (𝙉𝙖𝙗𝙞 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙢𝙖𝙙) 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙈𝙖𝙨𝙟𝙞𝙙𝙞𝙡𝙝𝙖𝙧𝙖𝙢 𝙠𝙚 𝙈𝙖𝙨𝙟𝙞𝙙𝙞𝙡𝙖𝙦𝙨𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙚𝙡𝙖𝙝 𝙆𝙖𝙢𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙝𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙚𝙡𝙞𝙡𝙞𝙣𝙜𝙣𝙮𝙖 𝙖𝙜𝙖𝙧 𝙆𝙖𝙢𝙞 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙞𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖-𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖 (𝙠𝙚𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧𝙖𝙣) 𝙆𝙖𝙢𝙞. 𝙎𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙖𝙝𝙖 𝙈𝙚𝙣𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧 𝙡𝙖𝙜𝙞 𝙈𝙖𝙝𝙖 𝙈𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩."

08/10/2025

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

HEBAHAN RASMI : 08 OKTOBER 2025 (RABU)

🔖 PERMOHONAN TAHUN SATU SESI 2026

📍Tempat adalah TERHAD (60 orang sahaja)

📌 Murid berada di Tahun 1 Sesi petang Sekolah Kebangsaan
(Tahap 1 berada di sidang Pagi jika memilih SAN Kepayan)

📲 Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pesanan anda melalui salah satu medium berikut :

FB Rasmi :
https://www.facebook.com/share/Y9cwFCQzQKHSXsdQ/

Join Telegram :
https://t.me/SanKepayan

Perhatian❗❗❗
>> Sila baca Iklan permohonan dengan teliti sebelum mengajukan sebarang pertanyaan.
>> Pihak kami tidak akan menjawab sebarang pertanyaan yang telah jelas tertera pada iklan.


10/08/2025

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟰

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟎𝟗 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐇𝐚𝐫𝐢 : 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮

Montaj Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-24 Tahun 2025.

Kredit : Ustazah Siti Mariam binti Leman

08/08/2025

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan/puan yang dikasihi,

Peringat mesra ;
𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗔𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗞𝗮𝗹𝗶 𝗞𝗲-𝟮𝟰

𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟎𝟗 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐇𝐚𝐫𝐢 : 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 : 𝟕.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢

sila dapatkan nombor tiket bertuah di meja pendaftaran

Kehadiran ada tuan/puan sangatlah kami hargai

Photos from Sekolah Agama Negeri Kepayan's post 27/06/2025

25 Jun 2025 / Khamis
Dewan Terbuka SAN Kepayan

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan anak-anak tahun 6 yang berjaya hadir ke 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗗𝗶𝗮𝗹𝗼𝗴 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 & 𝗔𝗸𝘂 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗨𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱.

𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘳𝘪𝘯𝘨𝘪 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘊𝘢𝘭𝘰𝘯 𝘗𝘦𝘱𝘦𝘳𝘪𝘬𝘴𝘢𝘢𝘯 𝘚𝘪𝘫𝘪𝘭 𝘙𝘦𝘯𝘥𝘢𝘩 𝘜𝘨𝘢𝘮𝘢 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2025

Sebahagian gambar kenang-kenangan yang sempat dirakam sepanjang program pada hari tersebut.



27/06/2025

Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Kenyataan,
Semalam Kenangan,
Esok Impian,
Bersihkan Hati,
Jernihkan Fikiran,

Sambutlah Maal Hijrah Dengan Semangat Baru dan Keazaman Suci.

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً ۚ وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

"Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Dan barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Photos from Sekolah Agama Negeri Kepayan's post 08/05/2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐇𝐓𝐈𝐅𝐀𝐋 𝐈𝐋𝐌𝐈 (𝐌𝐈𝐈) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 2025

⏩️ Part 1
Pertandingan Maharah al-Qiraah Wal Kitabah dan Pertandingan Khat Tahap 2, Sidang Petang

✩░▒▓▆▅▃▂▁مهارة القراءة والكتابة▁▂▃▅▆▓▒░✩

✩░▒▓▆▅▃▂▁خط▁▂▃▅▆▓▒░✩

Photos from Sekolah Agama Negeri Kepayan's post 15/04/2025


إن لله وإن إليه راجعون البقاء لله تعالى وحده
قال الله تعالى :
" يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّة فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي "

بَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Semoga YBhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi ditempatkan kalangan orang² beriman

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْهَ وَعَافِه وَاعْفُ عنه

🤲🏻 Ya Allah Ya Tuhanku
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai pengganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....
Aamin Ya Robbal Aalamiin🤲

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) KEPAYAN, IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SABAH KEPAYAN Jalan PAHLAWAN, KOTA KINABALU
Kota Kinabalu
88200

Opening Hours

Monday 07:00 - 11:00
13:30 - 17:30
Tuesday 07:00 - 11:00
13:30 - 17:30
Wednesday 07:00 - 11:00
13:30 - 17:30
Thursday 07:00 - 11:00
13:30 - 17:30
Friday 07:00 - 11:00
13:30 - 17:30