05/12/2021
Kelas secara fizikal kini dibuka..
Boleh hubungi teacher Dina di nombor 0109541784..
Terima kasih🤗🌺
Kelas membaca ini menggunakan kaedah fonik sepenuhnya berasaskan buku Bacalah Anakku bagi Bahasa Malaysia (BM) & ReadEasy bagi Bahasa Inggeris (BI)
05/12/2021
Kelas secara fizikal kini dibuka..
Boleh hubungi teacher Dina di nombor 0109541784..
Terima kasih🤗🌺
20/07/2021
Pergi ke masjid bersama-sama,
Jiran, rakan pun turut ada,
Salam Aidiladha untuk semua,
Bers**a ria lah bersama keluarga.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua kaum Muslimin dan Muslimat.
🤗💐
Anak-anak AzAdi Reading Center semuanya bermula dari kosong, ada yang langsung tidak kenal bentuk huruf apatah lagi mahu sebut atau eja bunyi setiap huruf .
Sekarang Alhamdulillah anak² semua sudah mampu membaca dengan baik..ada yang sudah hampir ke penghujungnya, hanya tinggal tambah lancarkan bacaan sahaja dengan membaca buku cerita..
Belajar secara online tidak menghalang langsung untuk kami terus membantu anak² anda..kami masih sentiasa ada untuk anda hubungi sekiranya ingin bertanya secara lanjut mengenai kelas cepat membaca kami🤗
Terima kasih🤗💐
08/07/2021
Dialog antara Hannah dan teacher Dina semasa kelas online berlangsung :
Hannah : (voice connected) Hai teacher, assalamualaikum inilah rumah saya.
T. Dina : Wa'alaikumussalam hai Hannah, waah! cantiknya rumah Hannah.
Hannah : ar ,ar cantik kan.
T. Dina : Sangat cantik. Ok, kita boleh mula sudah jom sama-sama baca doa.
Hannah : Ok teacher jom.
(Pembelajaran berlangsung, baki masa 10minit, saya ulang pembelajaran menggunakan penulisan dan Hannah kena sebutkan sahaja tidak perlu tulis)
T. Dina : Ok Hannah, sekarang teacher mahu Hannah tengok baik-baik bunyi apa yang teacher tulis dan kemudian sebutkan. Hannah tidak perlu tulis dulu ok?
Hannah : Alah! kenapa tak perlu tulis?
T. Dina : Tidak perlu tulis dulu, sebp teacher mahu Hannah sebutkan saja bunyi apa yang teacher tulis, lepas ni teacher tulis latihan, baru Hannah ikut tulis ok?
Hannah : Tapi kalau Hannah nak tulis juga tak boleh ke?
T. Dina : Bukan tidak boleh, tapi Hannah kena ikut arahan teacher. Teacher suruh sebutkan saja dan tidak perlu tulis kan?
Hannah : Owh! ok teacher.
(Pembelajaran pun berlangsung. Kemudian baki masa 5 minit, Hannah tulis latihan dan siapkan. Selepas siap jawab, Hannah tunjukkan ke saya dan kami perlu ambil gambar bersama-sama. Lepas tu Hannah perasan yang kameranya ada diletakkan 'background', Hannah sangat tidak s**a dengan 'background' sebab 'background' tu selalu buat muka Hannah hilang-hilang dari pandangan😆)
Hannah : Alamak, kenapa lagi benda ni muncul?
T. Dina : 😆😆tidak apa Hannah, ok saja tu.
Hannah : Nanti muka dan kertas Hannah tak nampak, balik-balik hilang. Ayah la ni letak balik, kan tadi abang yang letak pas tu dah hilang, ayah datang letak balik p**a.
T. Dina : Sokey Hannah kita cuba ok?
Hannah : Ok teacher.
T. Dina : Berdiri diam-diam dan jangan banyak goyang. Satu, dua, tiga 📸. Ok Hannah, teacher dapat juga ambil gambar.
Hannah : Boleh nampak juga ke muka Hannah dan latihan Hannah.
T. Dina : Boleh. Teacher sudah save. Ok Hannah, pembelajaran hari ini sudah selesai, jumpa esok Hannah.
Hannah : Ok teacher. Terima kasih teacher.
T.Dina : Ok, sama-sama kasih. Assalamualaikum.
Hannah : Wa'alaikumussalam.
Sekian cerita pendek dari gelagat seora
Kelas cepat membaca AzAdi Reading Centre masih membuka jadual kelas secara ONLINE dengan pelbagai pilihan masa dan kelas boleh berlangsung wlau dimana juga anda berada..
Jom sertai kelas kami bersama teacher Dina yang periang..
🤗💐
Demi masa depan anak-anak, walau belajar secara online, cikgu selalu memberikan yang terbaik.
Jom sertai kelas online Azadi Reading Centre bersama teacher Dina yang periang..anak-anak pasti belajar dengan gembira🤗
24/06/2021
PETALING JAYA: Kesan pandemik Covid-19 dikhuatiri menyebabkan 70 peratus murid prasekolah di Lembah Klang sehingga bulan ini BUTA HURUF kerana mereka gagal menguasai program 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).
Tahun lalu sebanyak 208,131 murid prasekolah di seluruh negara berdaftar dengan Kementerian Pendidikan manakala tahun ini sebanyak 207,224 murid. Bagi murid tadika swasta tahun ini seramai 254,268 orang.
Walaupun kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) dilakukan oleh pihak sekolah, tetapi murid-murid bawah enam tahun tidak mampu menguasai pembelajaran secara maya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Malaysia (UM), Dr. Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, berdasarkan tinjauan terhadap kira-kira 30 guru prasekolah dan tadika swasta sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka mengakui sehingga bulan ini, kira-kira 70 peratus murid mereka belum menguasai kemahiran 3M.
Menurut beliau, ini bermakna akan wujud cabaran besar kepada guru-guru sekolah yang bakal menerima generasi ini tahun depan jika kump**an tersebut terus tidak dapat menguasai 3M hujung tahun ini.
Kesimp**annya disini, kepada ibu bapa yang khuatir akan keadaan anak-anak yang masih belum pandai membaca dan menulis, anda sangatlah dialu-alukan untuk mencuba dan melihat sendiri kelas secara Online yang dilaksanakan oleh AARC untuk membantu anak menguasai bacaan dalam masa yang singkat..
Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi Teacher Dina di talian 0109541784.
Terima kasih🤗💐
23/06/2021
Kelas online masih berjalan dengan lancar..
Marissa baru daftar kelmarin, Alhamdulillah dia boleh fokus dengan kelas online AARC..sudah boleh kenal 5 jenis bunyi dalam masa 2 hari..
Tahniah..
Kepada ibu bapa yg masih mencari kelas belajar membaca secara online, boleh hubungi kmi untuk booking jadual..
Terima Kasih..
🤗🌺
02/06/2021
Kelas Membaca Online AzAdi Reading Centre..
Terbuka kepada kanak-kanak yg mempunyai masalah dalam bacaan, berumur antara 5 Tahun & ke atas..
Kelas Bacaan adalah dalam Bahasa Melayu (BACALAH ANAKKU) & Bahasa Inggeris (READ EASY)..
Jom hubungi teacher Dina di nombor 0109541784 untuk booking slot anda..
Kami disini akan sentiasa sedia membantu mengatasi masalah bacaan anak-anak🤗💐
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Saturday | 08:00 - 10:30 |
| Sunday | 08:00 - 10:30 |