Sk Bahang Official

Sk Bahang Official

Share

SK Bahang mengutamakan kemenjadian murid dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dalam semua aspek

~Laman media sosial rasmi SKB.
~Tempat berkongsi info, aktiviti atau program yang akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Blog:
http://blograsmiskbahangpenampang.blogspot.com/

Channel Youtube SK Bahang Penampang:
https://youtube.com/channel/UCCcqrZEcRBEN9W2VOm_S_Yw

Photos from Sk Bahang Official's post 15/04/2026

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Bahang 2026
​Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah terpilih sebagai barisan pemimpin muda bagi sesi tahun 2026! 🌟
​Majlis penyerahan watikah ini merupakan simbolik bermulanya tanggungjawab dan amanah dalam membentuk sahsiah diri serta membantu kecemerlangan sekolah. Barisan pemimpin yang terlibat termasuklah:
​✅ Pengawas Sekolah
✅ Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas
✅ Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
✅ Pengawas Pusat Sumber (PSS)
​Butiran majlis adalah seperti berikut:
​📅 Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
​🕗 Masa: 8.00 Pagi
​📍 Tempat: Dewan Terbuka SK Bahang, Penampang
​Semoga barisan pemimpin muda ini dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, integriti, dan menjadi suri teladan yang terbaik kepada rakan-rakan yang lain. 🤝📖

SYAWAL TANPA PELUKAN 19/03/2026

Penafian: Hak Cipta Terpelihara ©skbahang.
Video ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Sebarang persamaan watak, nama atau peristiwa dalam video ini dengan mana-mana individu adalah tidak disengajakan dan hanya kebetulan semata-mata.

Lagu ini mengisahkan tentang seorang anak yang menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu dan ayah di sisi. Apabila Syawal tiba, suasana meriah dengan bunyi takbir, orang pulang beraya dan keluarga saling berpelukan. Namun bagi anak tersebut, hatinya terasa sunyi kerana tiada lagi pelukan ibu dan ayah seperti dahulu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin 🙏

SYAWAL TANPA PELUKAN Lagu ini mengisahkan tentang seorang anak yang menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa ibu dan ayah di sisi. Apabila Syawal tiba, suasana meriah dengan bunyi ta...

Photos from Sk Bahang Official's post 14/03/2026

SK BAHANG FUN CHESS U18 2026! 🏆♟️
​14 Mac 2026 | Dewan Terbuka SK Bahang
​Selesai sudah debaran! Hari ini, Dewan Terbuka SK Bahang bergema dengan strategi dan ketajaman minda dalam Pertandingan SK Bahang Fun Chess U18 2026.
​Statistik Menarik Kejohanan:
✅ 153 Peserta (104 Lelaki & 49 Perempuan)
✅ 7 Daerah Terlibat (Penampang, Kota Kinabalu, Pitas, Ranau, Papar, Kota Belud & Tuaran)
✅ 109 Peserta dari daerah Penampang sahaja!
✅ 22 Wakil SK Bahang (Tuan Rumah) menunjukkan taring dalam kategori U12 & U9.
​Penghargaan Khusus:
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada:
🤝 Kelab Catur Universiti Malaysia Sabah (UMS) & Encik Jonathan Likoh (Pensyarah Penasihat) atas kerjasama teknikal dan penganjuran bersama yang sangat profesional.
🤝 Encik Paul Tseu (Pengerusi PIBG SK Bahang) atas sokongan padu pihak sekolah dan komuniti.
🤝 Ahli Jawatankuasa Kelab Catur SK Bahang yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis.
​Ibu Bapa Luar Biasa! ❤️
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan moral buat anak-anak dari awal pagi. Sokongan anda adalah nadi kekuatan pemain muda kita!
​Tahniah kepada semua pemenang! Kepada yang belum berjaya, teruskan berlatih. Jumpa lagi di edisi akan datang!

Photos from Sk Bahang Official's post 02/03/2026

Pendaftaran Prasekolah KPM 2027 Dibuka pada 2 Mac Ini – Ibu Bapa Boleh Mohon Secara Online

Siapa Layak Memohon:

• Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
• Lahir antara 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023
• Permohonan online: 2 Mac – 31 Mei 2026

Cara Mohon Online:

📱 Layari https://eprasekolah.moe.gov.my
👤 Daftar akaun (ibu/bapa/penjaga sahaja)
📝 Lengkapkan maklumat dengan tepat
🖨️ Cetak dan hantar borang serta dokumen yang berkaitan ke sekolah dalam tempoh 14 hari selepas pendaftaran dibuat.

22/02/2026

🍊 Agihan Limau Mandarin SK Bahang 🍊 pada minggu persekolahan sebelum cuti Tahun Baru Cina.
​Terima kasih buat mereka atas derma pemberian limau mandarin kepada seluruh warga SK Bahang hari ini. Sokongan dan ingatan anda amat kami hargai.
​Semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kegembiraan buat kita semua! 🧨🎊

13/02/2026

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1.

Photos from Sk Bahang Official's post 13/02/2026

Majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1, SK Bahang Penampang.

Jutaan terima kasih semua guru yang terlibat.

Pergi ke taman memetik melati,
Bunga disusun di dalam dulang,
Sebulan sudah kita lalui,
Banyak pengalaman jadi kenangan.

Pergi ke kedai membeli roti,
Roti dibeli bersama susu,
Terima kasih cikgu dan ibu bapa dihati,
Mendidik sabar penuh restu.

09/02/2026

SK Bahang komited dan menyokong serta menjayakan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035💪

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Km 8, Jalan Penampang Baru (Belakang Telekom)
Kota Kinabalu
89507