SMK Taman Tun Fuad

SMK Taman Tun Fuad

Share

SMKTTF Terus Maju Ke Hadapan This is a public school located in Kota Kinabalu.

Photos from PPKI  SMK TTF's post 06/08/2026
06/08/2026

Tahniah team PPKI!

Photos from SMK Taman Tun Fuad's post 28/07/2026
Photos from SMK Taman Tun Fuad's post 28/07/2026

Aktiviti dan Pertandingan Hari Koperasi dan Hari Kantin Sekolah Sempena Jubli Perak 2026

Photos from SMK Taman Tun Fuad's post 28/07/2026

24 Julai 2026 – Majlis Penutupan Hari Koperasi dan Hari Kantin Sekolah Sempena Jubli Perak 2026 telah dilaksanakan. Program HKS dan Hari Kantin SMK Taman Tun Fuad untuk tahun ini telah dijalankan pada 14 Julai hingga 24 Julai 2026 dengan pengisian pelbagai aktiviti yang menarik. Program yang bertemakan “Koperasi Sekolah: Milik Bersama, Membina Kepimpinan dan Keusahawanan Madani” telah dirasmikan pembukaannya pada 14 Julai 2026 oleh Pn. Halija bt Hj. Jonggang, pengetua SMK Taman Tun Fuad. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk mendedahkan murid kepada pengurusan sesuatu program dan aktiviti, mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan guru dan murid, mencungkil bakat dalam kemahiran intrapersonal dan interpersonal murid, memenuhi takwim aktiviti koperasi sekolah yang dianjurkan oleh ANGKASA, dan membudayakan pengurusan KBAT dalam ahli jawatan kuasa majlis.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah pertandingan teka gula-gula, kuiz koperasi, kuiz kesihatan, pertandingan petanque, pertandingan PBL, pertandingan reka brntuk makanan, pertandingan inovasi kitar semula, jualan murah , podcast koperasi dan reruai. Kemuncak sambutan ialah majlis penutupan yang disempurnakan oleh Pn. Nur Sufi Anis binti Kassim, Penolong Pengarah Wilayah Pantai Barat Selatan, SKM Sabah. Turut meraikan majlis ialah Pn. Norinda Majid, Naib Yang Dipertua PIBG. Terdapat lebih daripada 23 tapak reruai yang mengambil bahagian termasuk satu pempamer dari SMK Limbanak, Program Hari Koperasi Sekolah dan Hari Kantin seumpama ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada semua murid seterusnya menyemai budaya keusahawanan dalam kalangan warga sekolah.

Photos from SMK Taman Tun Fuad's post 13/07/2026

Karnival Kokurikulum dan Perkhemahan Murid SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu Tahun 2026 Sempena Jubli Perak

Photos from SMK Taman Tun Fuad's post 08/06/2026

15 Mei 2026 (Jumaat) - SMK Taman Tun Fuad telah mengadakan Sambutan Hari Guru dan Hari Kaamatan bertempat di Dewan Tun Fuad. Program ini dianjurkan oleh pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru Sekolah (KKGS) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sempena Jubli Perak sekolah.
Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa serta memupuk semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, program ini turut bertujuan mengeratkan silaturahim antara guru dan murid serta meningkatkan profesionalisme keguruan.

Majlis telah dirasmikan oleh Pn.Halija Binti Haji Jonggang Pengtua SMK Taman Tun Fuad. Sambutan ini melibatkan penyertaan semua murid, guru dan Ahli Jawatankuasa PIBG. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Bitara Nadi Negara”, manakala tema pakaian yang dipilih ialah “Orang Kampung”.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya Persembahan Guru dan Murid, Pakaian Guru Terbaik, Anugerah Guru serta sambutan Hari Kaamatan. Warga sekolah turut mengenakan pakaian tradisional dan pakaian bertemakan kampung bagi memeriahkan suasana majlis.

Secara keseluruhannya, program Sambutan Hari Guru dan Hari Kaamatan 2026 telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga sekolah.

25/05/2026

Montaj sempena Hari Guru & Hari Kaamatan 2026

"Guru Bitara Nadi Negara"
"Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian"

SMK TTF TERUS MAJU KE HADAPAN
-Sempena Jubli Perak TTF-

19/05/2026

Tahniah!!

Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2026

Tahniah kepada Muhlis Husrez Ozkan dengan pencapaian cemerlang seperti di bawah dan di bawah bimbingan Cikgu Juina.

Pencapaian :

JOHAN Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah (Lelaki)

Dan

ANUGERAH KHAS (FOLIO TERBAIK)
Kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Menengah (Lelaki)

Terus Maju ke Hadapan💪

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Bundusan, Luyang
Kota Kinabalu
88300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00