11/06/2026
“FIDAA’, QAYYUM DIANCAM PROSIDING AUKU MENJELANG HIMPUNAN GEMPUR RASUAH SABAH 3.0”
Mahasiswa sekali lagi dihukum kerana bersuara.
Tindakan terhadap Qayyum dan Fidaa' membuktikan bahawa AUKU masih menjadi tembok yang membataskan kebebasan mahasiswa untuk menyatakan pandangan, mengkritik dasar, dan memperjuangkan isu rakyat.
Universiti seharusnya menjadi ruang melahirkan pemimpin yang berani berfikir secara kritis dan holistik dalam isu-isu yang serius. Namun, pada hari ini kita melihat, mereka dikekang dengan undang-undang universiti yang bertentangan dengan perlembagaan itu sendiri. Hipokrit.
Suara Mahasiswa menegaskan bahawa perjuangan ini tidak akan terhenti di kampus. Tindakan susulan akan diteruskan sehingga ke Putrajaya bagi menuntut pertanggungjawaban daripada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani itu sendiri.