Kor Sispa UMS

Kor Sispa UMS

Share

KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KAMPUS INDUK KOTA KINABALU

05/06/2026

π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐋𝐓.𝐌 (𝐏𝐀) π‘πŽπ–π„π„π‹ π‘πˆπŽπ’ π‹π€π™π€πŒπˆπ

Seluruh warga APM Unit Sulaman ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti sepanjang bertugas di Pejabat Unit Pertahanan Awam Sulaman.

Selamat Maju Jaya!

01/06/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π†π€π–π€πˆ

Semoga perayaan menuai tahun ini membawa lembaran baharu yang sarat dengan kedamaian, kemakmuran, dan rezeki yang berkat. Bersama kita pelihara keunikan tradisi demi masa depan negara. Gayu Guru Gerai Nyamai, Senang Lantang Nuan Selalu!

Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor SISPA Dan Seluruh Warga
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah

01/06/2026

π’π€πŒππ”π“π€π 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ”π“π„π‘π€π€π πŠπ„ππ€π–π€π‡ πƒπ”π‹πˆ π˜π€ππ† πŒπ€π‡π€ πŒπ”π‹πˆπ€ π’π„π‘πˆ ππ€πƒπ”πŠπ€ ππ€π†πˆππƒπ€ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† π—π•πˆπˆ

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah ingin merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, pada 1 Jun 2026 bersamaan 16 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Sesungguhnya, kami memanjatkan doa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilimpahi kesejahteraan serta beroleh keberkatan dalam setiap titah dan langkah.

Dirgahayu Tuanku.
Sembah takzim dan junjungan kasih daripada kami seluruh warga Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah

31/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ

Semoga hari Wesak ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan keberkatan buat mereka dan sekeluarga yang menyambut. Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, keharmonian dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor SISPA Dan Seluruh Warga
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah

30/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ€π€πŒπ€π“π€π

_Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian_

Semoga sambutan Kaamatan ini menjadi wadah untuk mempereratkan ukhuwah, memupuk semangat perpaduan dan mengekalkan nilai tradisi dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga budaya dan warisan yang diwarisi terus dipelihara agar kekal mekar untuk generasi akan datang.

Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor SISPA Dan Seluruh Warga
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah

27/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π€πƒπ‡π€ πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡

_Pengorbanan Membina Insan, Ukhuwah Menghubungkan Jiwa_

Hari Raya Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam menghayati nilai kemanusiaan serta kebersamaan.

Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha ini menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, menyemai kasih sayang dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ikhlas daripada,
Mej. (PA) Aizex Junior Simon
Ketua Jurulatih Kor SISPA Dan Seluruh Warga
Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Malaysia Sabah

26/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan serta kekuatan dalam terus memimpin UMS ke arah kecemerlangan.

Terima kasih atas dedikasi, kepimpinan dan jasa yang dicurahkan demi pembangunan universiti, mahasiswa serta seluruh warga kampus.

Semoga segala usaha dan amanah yang dipikul sentiasa dipermudahkan dan diberkati.

26/05/2026

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat Menyambut Hari Lahir diucapkan kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada 24 Mei 2026.

Didoakan semoga YBhg. Datuk terus cemerlang dan mencapai kejayaan yang lebih besarπŸ₯³

26/05/2026

𝐑𝐄𝐂𝐀𝐏 πŠπ„πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π πŒπ„πƒπ€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’ππ€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pegawai kadet Kor SISPA UMS kampus Kota Kinabalu, Sandakan dan Labuan yang telah berjaya menjalani kem latihan medan 2026 dari 23 Mei sehingga 25 Mei 2026.

Semoga pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari dapat menjadikan diri setiap pegawai kadet lebih berdisiplin, berjiwa kental dan mempunyai mentaliti yang kuat.

Photos from Kor Sispa UMS's post 25/05/2026

πŠπ„πŒ π‹π€π“πˆπ‡π€π πŒπ„πƒπ€π πŠπŽπ‘ π’πˆπ’π–π€ π’πˆπ’π–πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 π€π–π€πŒ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

Tarikh : 23 hingga 25 Mei 2026
Tempat : Outdoor Development Center (ODEC), Pejabat Kor SISPA UMS

Kem Latihan Medan Kor SISPA UMS 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula daripada tarikh 23 Mei sehingga 25 Mei 2026 dengan penglibatan seramai 186 pegawai kadet Kor SISPA daripada Universiti Malaysia Sabah Kampus Kota Kinabalu, kampus Sandakan dan kampus Labuan.

Kem ini bertujuan untuk membentuk jati diri, meningkatkan kemahiran asas dalam pertahanan awam serta memupuk semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pegawai kadet Kor SISPA UMS.

Sepanjang kem berlangsung, pegawai kadet telah menjalani pelbagai aktiviti yang meningkatkan pengetahuan asas, lasak dan juga mencabar. Antaranya termasuklah kelas teori dan praktikal menghidupkan api, membuat gajet dan usungan yang dijalankan pada sebelah pagi dan petang untuk hari pertama. Pada sebelah malam, pegawai kadet telah menyertai Mara Lasak sejauh 20km.

Hari kedua diteruskan dengan teori dan praktikal pendirian pondok serta masakan bencana. Pada sebelah petang, kem diteruskan dengan SISPA Challenge yang melibatkan aktiviti Beach Flag dan Beach Sprint Relay bagi meningkatkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan dalam setiap skuad. Malam Kebudayaan diadakan pada sebelah malam hari kedua. Setiap skuad mempersembahkan kreativiti masing-masing dalam pertunjukan bakat yang pelbagai seperti lakonan, sketsa, nyanyian dan tarian.

Kem ini selesai pada tarikh 25 Mei 2026 dengan Majlis Penutupan Perasmian dan Penyampaian Hadiah kepada tiga skuad terbaik, yang disempurnakan oleh YBhg. PPJ. Kehormat (PA) Prof. Datuk Dr. Rossita Binti Shapawi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) merangkap Komandan Kor SISPA UMS. Turut Hadir Mej. (PA) Aizex Junior Simon Ketua Zon Kota Kinabalu merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu dan Ketua Jurulatih Kor Sispa UMS, YBhg Prof. Madya Dr. Jurry Foo @ Jurry binti F. Michael Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar UMS, Kapt. (PA) Bersekutu (PA) Ag Nasip Bin Yunos Pegawai Bersekutu Kor Sispa UMS dan Kapt. (PA) Sulaiman Bin Salama Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan merangkap Penyelaras Kor Sispa Kampus UMS Sandakan.

Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun Prof. Datuk. Dr. Rossita Binti Shapawi sebagai tanda penghargaan dan ukhuwah dalam organisasi Kor SISPA UMS.

Dengan berakhirnya Kem Latihan Medan Kor SISPA UMS 2026, diharapkan agar semua pegawai kadet dapat memperoleh pengalaman yang berharga,semangat kerjasama berpasukan yang baik, komunikasi efektif, daya tahan fizikal dan mental dan semangat yang tinggi dan lebih membara dalam menghadapi cabaran sebagai bakal pegawai yang berwibawa.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Pejabat Kor SISPA, Beg Berkunci 2073, Outdoor Development & Education Centre (ODEC) , Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00