01/04/2026
Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Tingkat 5, Rumah Persekutuan,
88604, Kota Kinabalu.
088-221246
01/04/2026
23/03/2026
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin daripada kami untuk anda semua.
Semoga berbahagia di hari lebaran ini.
17/03/2026
Ramadan hampir melabuhkan tirainya… 🌙
Dalam kesibukan kita membuat persiapan Syawal, jangan lupa mengambil ibrah daripada perjalanan Ramadan yang hampir pergi.
Kami dari Sektor Pendidikan Islam JPN Sabah telah menghasilkan Podcast : Ibrah Ramadan yang santai tetapi penuh pengajaran.
Moga beberapa minit menonton podcast ini dapat memberi makna kepada baki hari-hari terakhir Ramadan kita.
🎥 Tonton di sini: https://youtu.be/gO7aWoRI1a0?si=ntrBWJ6Wo46Y6i-F
Saat-saat terakhir Ramadan sedang berlalu… semoga hati kita tidak berlalu tanpa ibrah daripadanya.
Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Podcast Siri 1 : Ibrah Ramadan. Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
02/03/2026
Alhamdulillah berjalan dengan lancar..🥳🥳
19/02/2026
Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H.
Semoga kehadiran Ramadan kali ini meningkatkan keimanan dalam diri kita dan menjadikan kita semua hamba yang sentiasa bersyukur. Penuhi bulan mulia ini dengan segala kebaikan dan amal ibadah.
كل عام وانتم بخير…
08/02/2026
Dokumen rasmi Prakarsa Impak Segera (2026-2027) Jabatan Pendidikan Sabah bagi mendokong dan merealisasikan Rancangan Pendidikan Malaysia (2026-2035). Dokumen ini harus dibaca, difahami, dihayati dan dilaksanakan oleh warga pendidikan di semua peringkat di negeri Sabah.
Untuk makluman, warga pendidik negeri Sabah boleh memuat turun dokumen Prakarsa Impak Segera (2026-2027) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 melalui laman portal rasmi JPN Sabah di :
https://jpnsabah.moe.gov.my/muat-turun/edaran/kementerian-pendidikan/169-buku-prakarsa-impak-segera-rpm-jpn-sabah-updated-29jan2026/file
26/12/2025
Selamat membuat semakan. 🫡🫡
INFO KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4
3. Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama.
Tarikh Penting:
📌 Tarikh Rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
📌 Tarikh Pendaftaran: 13 Januari 2026
📌 Tarikh Semakan Rayuan: 6 – 10 Februari 2026
25/11/2025
📣📣📢📢📢📢📢📣📣
PENGUMUMAN
🔹 Semakan Pusat Temu Duga Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) bagi Pengambilan Murid Tingkatan 1 ke SMKA Kota Kinabalu, Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) Sesi 2026 kini boleh disemak pada 25 November 2025 (Selasa) bermula jam 12.00 tengah hari.
🔹 Calon yang sudah membuat permohonan boleh menyemak maklumat temu duga melalui pautan di bawah atau imbas Kod QR yang tertera.
🔹Pautan semakan : https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAKotaKinabalu2026
🔹Calon diminta memasukkan nombor kad pengenalan sewaktu membuat semakan. Sekiranya terpilih, calon diminta mencetak slip menduduki ujian yang terdapat di laman semakan.
🔹Sila baca semua maklumat penting berkaitan temu duga.
🔹Tahniah diucapkan kepada semua calon yang layak menduduki temu duga ujian kelayakan tahfiz (UKT) dan semoga berjaya nanti!! 🤩
/2026
31/10/2025
Pada 28 Oktober 2025 (Selasa) telah diadakan Majlis Solat Hajat Perdana bagi calon SPM, STPM dan STAM negeri Sabah 2025. Majlis dikelolakan di SMKA Tun Ahmadshah Kota Kinabalu dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah), barisan pengurusan tertinggi JPNS, guru-guru dan warga sekolah.
Program ini turut dipancarkan secara langsung dan diikuti oleh murid-murid, guru-guru serta para pegawai PPD di seluruh negeri Sabah.
Selamat maju jaya dan semoga beroleh kejayaan diucapkan kepada semua calon. Binnajah Insyaallah🤲🏻🤲🏻
29/10/2025
Terima kasih YBM atas kesudian bertandang ke bumi di bawah bayu dan menyantuni para pendidik sempena Konvensyen dan Persidangan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 2025.
Mumtazzzz!!!🥳🥳🥳
Sedikit nukilan, Video Montaj Kem Pemantapan Akidah (KEMPAK) Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Negeri Sabah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2025. Kem ini telah dijalankan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh: 29 Ogos hingga 31 Ogos 2025
Hari: Jumaat hingga Ahad (3 hari 2 malam)
Tempat: SMK Pengiran Omar II Sipitang.
Tuan Rumah: PPD Sipitang
Penglibatan: PPD Zon Selatan (PPD Beaufort, PPD Papar, PPD Kuala Penyu dan PPD Sipitang.
Semoga perkongsian yang diberikan oleh barisan Jurulatih Utama Negeri yang berpengalaman di bawah Unit Adab dan Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah memberikan manfaat dan implikasi yang besar khusus aspek perubahan diri ke arah yang lebih positif, kecemerlangan akademik dan akidah yang mantap seterusnya menjadi insan yang bermanfaat dunia dan akhirat.
Titipan ucapan terima kasih kepada tuan rumah SMK Pengiran Omar ii Sipitang, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang selaku tuan rumah dan Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Papar, Daerah Kuala Penyu dan Daerah Beaufort atas kerjasama yang diberikan dalam mengurus atur dan menyediakan keperluan bahan, peralatan dan kebajikan peserta dan Jurulatih Utama Negeri sepanjang program ini berlangsung
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Website
Address
Jalan Mat Salleh
Kota Kinabalu
88604
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 16:30 |