29/11/2025
Kanou Tuhun Sabah Songovian,
Kanou Mooi Pongundi'!
Marilah semua rakyat Sabah, 👥
Marilah kita bersatu hati pada hari ini. 🤍
Marilah kita mengundi, 🗳️
Marilah kita mengundi demi masa depan Sabah! ☀️
31/05/2024
Kaamatan Koubasanan Tuhun Tokou.
Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan 2024!
18/12/2023
Ramai yang masih tertanya-tanya, apa bah tu Mahkamah Anak Negeri?
Mari kita sama-sama belajar!
1️⃣ Apa itu MAN?
Sistem perundangan Adat yang diamalkan oleh masyarakat Anak Negeri Sabah merupakan sebuah sistem perundangan yang unik di Negeri Sabah. Kita-kita juga baini!
Mahkamah Anak Negeri (MAN) di Sabah merupakan badan kehakiman yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal perbicaraan masyarakat Anak Negeri Sabah.
2️⃣ Apa kuasa bicara MAN?
MAN mempunyai kuasa untuk membicara dan mendengar kes-kes seperti kes perlanggaran Adat (kalau mau sogit urang) dan kes undang-undang keluarga seperti pertunangan, perkahwinan, perceraian, pengambilan anak angkat, pewarisan harta dan yang berkenaan.
(Ingat kio: Hanya buli cerai di MAN kalau kahwin di MAN, kalau kahwin Sivil mesti pigi Mahkamah Sivil kalau mau cerai. Tiada main pilih-pilih!)
3️⃣ Siapa yang membicara dalam MAN?
MAN ada tiga lapisan. Lapisan bawah adalah MAN (Mahkamah Anak Negeri), dan di tangah-tangah adalah MAN Daerah (Mahkamah Anak Negeri Daerah), dan paling atas adalah MAN Rayuan (Mahkamah Rayuan Anak Negeri).
➡️ Mula saman: MAN
Kalau mau saman urang buli mula saman di sini. MAN diketuai oleh Ketua Daerah (KD) dan dua Ketua Adat yang lain iaitu antara Ketua Anak Negeri (KAN) atau Ketua Kampung (KK).
➡️ Rayuan: MAN Daerah
Kalau tidak puas hati sama keputusan MAN di bawah, buli buat rayuan di MAN Daerah. MAN Daerah diketuai oleh DO dan dua Ketua Adat yang lain iaitu antara KD atau KAN.
➡️ Rayuan lagi: MAN Rayuan
Kalau sama juga tidak puas hati sama keputusan MAN Daerah, buli buat rayuan di MAN Rayuan. Di sinilah peluang terakhir bagi perayu, tidak buli buat rayuan sudah selepas ini kecuali buat Semakan Kehakiman (JR bilang tu loyar) di Mahkamah Tinggi Sivil (tapi syarat-syarat sangat ketat kio, bukan semua kes buli buat JR).
MAN Rayuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Yang Arif ni) dan dua Ketua Adat yang lain iaitu antara KD atau KAN.
(Ingat kio: Ketua-Ketua Adat tidak buli membicara kes di mana mereka ada kepentingan dalam kes tu. Kalau saudara sendiri mana buli gia, buli komplen tu!)
(Ingat kio: Kalau mau buat rayuan, si Perayu hanya ada 60 hari untuk merayu kio, jangan lambat-lambat, nanti terlambat.)
4️⃣ Siapa berhak menuntut dalam MAN?
Hanya seorang Anak Negeri Sabah sahaja yang buli tuntut atau saman di MAN. Urang yang dituntut atau disaman tu pun mesti orang Anak Negeri Sabah.
Walaupun begitu, kalau mau saman urang bukan Anak Negeri Sabah dalam kes perlanggaran adat atau seksual (awas ko! jangan pigang-pigang anak urang!), buli minta kebenaran Pegawai Daerah (DO) di mana DO telah mendapat nasihat daripada dua Ketua Daerah.
5️⃣ Bulikah sia minta Loyar wakil sia di MAN?
Kalau di MAN dan MAN Daerah, pihak-pihak tidak buli bawa loyar masuk Mahkamah (kana halau nanti!).
Loyar hanya buli mewakili pihak-pihak di MAN Rayuan. Tapi tiada halangan kalau mau minta nasihat Loyar pada bila-bila masa bah, tu Loyar buli tulung bagi nasihat dan ajar macam mana mau isi tu borang-borang. Bagus ni kalau ada loyar untuk dapat nasihat dulu.
6️⃣ Apa kelebihan MAN?
Kelebihan MAN adalah sangat jelas. MAN adalah satu cara yang lebih sanang untuk dapat keadilan (tidak komplikehted bilang anak muda).
Ini adalah kerana pembayaran perihal pentadbiran pun tidak mahal dan tidak perlu upah dan bayar gaji si loyar di MAN dan MAN Daerah.
Selain itu, MAN adalah satu cara penyelesaian kes yang unik kerana hanya boleh dinikmati secara khas bagi urang kita (kita saja yang buli saman di MAN ni).
Oleh itu, marilah kita sama- sama membangunkan (kasi up lagi) MAN kita. Macam urang dulu-dulu bilang, biar mati anak jangan mati adat.
Ini lah warisan kita.
Miagal iti,
Loyar Tokou
Rujukan: Enakmen Mahkamah Anak Negeri Sabah 1992
Loyar Tokou
Mari kita sama-sama belajar undang-undang!
16/12/2023
Kopivosian om selamat datang!
Loyar Tokou adalah suatu inisiatif yang diasaskan pada tahun 2023 untuk membangunkan dan meningkatkan kesedaran dan literasi undang-undang di kalangan rakyat Sabah terutamanya di kawasan pendalaman.
Loyar Tokou berhasrat untuk berkongsi ilmu dalam pelbagai bidang perundagan termasuk Undang-Undang Anak Negeri Sabah dan Hak Asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Semoga rakyat Sabah sentiasa diberkati dan dilindungi.
Demi Tanah Air Kita, Demi Orang Kita!
Kotohuadan om Terima Kasih!
Loyar Tokou
Mari kita sama-sama belajar undang-undang!