10/05/2026
KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-16 SK PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU 2026
Pangkalan TLDM, 9 Mei 2026- Laksamana Pertama Elman Shahril bin Adlan, Timbalan Panglima Armada Timur hadir merasmikan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan Kali Ke-16 SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu yang berlangsung di Stadium Sukan Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
Turut hadir memeriahkan kejohanan ialah Komander Noor Hazri bin Mohd Dzohir TLDM, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Ahmad Roshni bin Haji Mohd Khalid , Guru Besar SK Bukit Padang, GPK Kokurikulum SK Bukit Padang, dan YDP PIBG SK Bukit Padang.
Rumah Kuning (Satria) muncul juara keseluruhan selama 3 tahun berturut-turut, Rumah Biru (Wira) naib johan , tempat ketiga Rumah Merah (Saga) dan Rumah Hijau (Waja) tempat keempat.
Olahragawan dinobatkan kepada Mohammad Iman Haqashah bin Mohd Helmi (Rumah Kuning) dengan 3 emas (Lompat Jauh, 80 meter dan 4x80 meter) dan 1 gangsa (Lompat Tinggi).
Olahragawati dimenangi oleh Easterbella Aiden anak Klemmarisend (Rumah Kuning) dengan 3 emas (Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru) dan ini kali kedua memenanginya.
Perbarisan dimenangi oleh Rumah Merah,naib johan Rumah Kuning dan tempat ketiga Rumah Hijau.
Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat sepanjang kejohanan berlangsung:
Pegawai Pelepas (Encik Jamawi bin Kanapi, Guru Besar SK Menunggang, Kuala Penyu)
Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM
Syarikat Maestro Swiss Industries Sdn Bhd -Vico
Jawatankuasa PIBG & KSIB
Anggota TLDM
Protela
Ibu Bapa / Penjaga Murid
Pembersihan Sekolah
Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak, kami warga kerja SASA TLDM KK:The OCEAN tidak dapat berdiri sendiri menjayakan kejohanan ini.
TAHNIAH & SYABAS
BUAT SEMUA ATLET YANG BERTANDING DAN MURID YANG TERLIBAT.ANDA SEMUA HEBAT!!!
BERSATU KITA HEBAT,BERSUKAN KITA SIHAT
INI RASANYA JUARA
Unit Kokurikulum SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
SASA TLDM KK:The OCEAN