06/08/2023
ππ«ππ¬π¬π«π¨π¨ππ¬ ππ§π§π¨π―πππ¨π«π¬ πππ©π©π’π§π yang telah dilaksanakan pada 1 ogos. Kerjasama antara & kolaborasi dgn . 3 researchers from UM turut menyertai rombongan ini.
Terima kasih AESY ucapkan kepada pihak yang terlibat kerana sudi melawat tapak AESY.
Jum kenali projek ini.
Grassroots innovation atau Inovasi Akar Umbi ramai ada di Sabah tetapi mungkin tidak sedar status mereka. Boleh rujuk info dibawah:
Untuk makluman, pihak *Institut Kajian Pembangunan (Sabah) dengan kerjasama Universiti Malysia Sabah (UMS)* sedang mengusahakan *Pemetaan Inovasi Akar Umbi di Sabah* yang bertujuan untuk mendokumentasikan inovasi akar umbi.
*Inovasi akar umbi yang dimaksudkan dalam projek ini merangkumi inovasi sosial yang dihasilkan daripada inovator akar umbi. Ianya merangkumi idea baru atau sedia ada yang diperkembangkan secara tidak konvensional dengan menambah nilai sesuatu produk atau perkhidmatan bagi memenuhi keperluan komuniti serta menjana pendapatan untuk kesejahteraan hidup terutamanya golongan rentan.* Hal ini adalah selaras dengan pendekatan βbottom-upβ oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) yang merangkumi golongan B40, OKU, golongan wanita, warga emas dan kurang bernasib baik dengan strategi jangkauan yang signifikan dan berkelanjutan.
Justeru itu, pihak IDS dan UMS sangat berbesar hati sekiranya inovator akar umbi Sabah dapat menghubungi pasukan projek utk menjayakan usaha pemetaan ini.
Sila berhubung dengan *En. Paul Canigea (011-26858190)* untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan kajian ini.