Sabah Nature Club

Sabah Nature Club

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sabah Nature Club, Aras 9, Menara Tun Mustapha, Kompleks Ibu Pejabat Yayasan, Kota Kinabalu.

05/06/2026

๐ŸŒฟ ๐‡๐€๐๐๐˜ ๐–๐Ž๐‘๐‹๐ƒ ๐„๐๐•๐ˆ๐‘๐Ž๐๐Œ๐„๐๐“๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŸŒฟ
๐Ÿ“… ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
"๐ผ๐‘›๐‘ ๐‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘’๐‘‘ ๐‘๐‘ฆ ๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘ข๐‘Ÿ๐‘’. ๐น๐‘œ๐‘Ÿ ๐ถ๐‘™๐‘–๐‘š๐‘Ž๐‘ก๐‘’. ๐น๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘‚๐‘ข๐‘Ÿ ๐น๐‘ข๐‘ก๐‘ข๐‘Ÿ๐‘’."

Alam sekitar merupakan sumber kehidupan yang menyokong kesejahteraan manusia, hidupan liar dan ekosistem di seluruh dunia. Kini tiba masanya untuk kita bersama-sama memainkan peranan dalam melindungi dan memeliharanya demi kelangsungan generasi akan datang.

Tema sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun ini memberi penekanan kepada isu iklim, iaitu perubahan jangka panjang terhadap corak cuaca dunia yang semakin memberi kesan kepada kehidupan seharian, biodiversiti dan alam semula jadi. Fenomena seperti pemanasan global, cuaca ekstrem dan kehilangan habitat merupakan antara cabaran yang memerlukan tindakan segera daripada semua pihak.

Sempena sambutan ini, marilah kita mengambil langkah-langkah mudah yang mampu memberi impak besar kepada alam sekitar:

โœ”๏ธ Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan mengutamakan pengangkutan awam
โœ”๏ธ Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik
โœ”๏ธ Mengurangkan pembaziran dan sisa makanan
โœ”๏ธ Menggunakan produk mesra alam atau produk hijau
โœ”๏ธ Mengamalkan amalan kitar semula

๐ŸŒŽ Setiap tindakan kecil yang kita lakukan hari ini mampu membawa perubahan besar kepada bumi pada masa hadapan. Bersama-sama kita memelihara alam sekitar demi memastikan bumi yang lebih hijau, sihat dan lestari untuk semua.

Ikhlas daripada,
Warga Kelab Pencinta Alam Sabah (KPAS)


30/05/2026

๐ŸŒพโœจ ๐‘บ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘ฒ๐’‚๐’‚๐’Ž๐’‚๐’•๐’‚๐’ & ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ฎ๐’‚๐’˜๐’‚๐’Š โœจ๐ŸŒพ

Selamat Menyambut Hari Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Perayaan ini bukan sekadar lambang kesyukuran atas hasil tuaian, tetapi juga mencerminkan kekayaan budaya, warisan tradisi serta semangat perpaduan masyarakat di Borneo. Semoga sambutan tahun ini membawa kegembiraan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.

Marilah kita bersama-sama menghargai budaya, memelihara alam semula jadi dan meneruskan usaha menjaga khazanah bumi untuk generasi akan datang.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru Gerai Nyamai

Ikhlas daripada
Warga KPAS

27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐‘บ๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚ 1447๐‘ฏ โœจ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga, sahabat serta masyarakat. Semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dihayati dalam Aidiladha wajar terus menjadi inspirasi dalam kehidupan seharian kita.

Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kemanusiaan serta menghargai alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang.

Ikhlas daripada
Warga KPAS

25/05/2026

๐ŸŒฟ ๐‘ญ๐’“๐’๐’Ž ๐‘บ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐‘ต๐’‚๐’•๐’–๐’“๐’† ๐‘ช๐’๐’–๐’ƒ ๐’•๐’ ๐‘ช๐’๐’๐’”๐’†๐’“๐’—๐’‚๐’•๐’Š๐’๐’ ๐‘ณ๐’†๐’‚๐’…๐’†๐’“๐’”๐’‰๐’Š๐’‘๐ŸŒฟ

We are proud to share that former Sabah Nature Club (SNC)member, ๐‘ด๐’”. ๐‘ป๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’–๐’Š ๐‘บ๐’‰๐’Š๐’Ž, has been featured in todayโ€™s Borneo Post! From joining SNC at Sabah Tshung Tsin Secondary School in 1990 to becoming the Associate Director for Strategy & Social Mobilisation at WWF-Malaysia, her journey reflects how nature education and meaningful outdoor experiences can inspire lifelong environmental stewardship. Her story is a reminder that small moments in nature can spark big dreams and lasting impact.

๐ŸŒฑ Thank you, Ms. Hui Shim, for continuing to inspire the younger generation to care for and protect our natural heritage.

๐Ÿ“– Read her inspiring story in The Borneo Post today.

01/05/2026

Di sebalik setiap kejayaan, ada usaha yang tak pernah berhenti.
Hari ini kita hargai semua yang bekerja dengan penuh dedikasi ๐Ÿ’™

Selamat Hari Pekerja 2026!
Ikhlas daripada warga Kelab Pencinta Alam Sabah

28/04/2026

Bengkel Konsultasi Kanyon Imbak Day 1 : Perbincangan Penambahbaikan untuk Program Environmental Educational untuk Imbak Canyon

e-majalah KPAS 2025, Jilid 25 No.2 (2025) | PDF to Flipbook 22/04/2026

Majalah KPAS Jilid 25, No.2 (2025)๐Ÿ‘‡
https://heyzine.com/flip-book/99112444c0.html

Majalah KPAS 2025 Edisi Kedua masih tampil dalam versi digital, namun penerbitannya kali ini sedikit lewat daripada jadual.

Namun, pada edisi kali ini menghimpunkan pelbagai aktiviti, program kesedaran, serta inisiatif pemuliharaan alam sekitar yang telah dijalankan sepanjang tempoh lalu. Setiap halaman memaparkan komitmen berterusan dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk terus bersama-sama menyokong usaha kelestarian demi masa depan yang lebih hijau dan sejahtera. ๐Ÿ’š๐ŸŒ

Selamat membaca!

e-majalah KPAS 2025, Jilid 25 No.2 (2025) | PDF to Flipbook Created with the Heyzine flipbook maker

22/04/2026

๐ŸŒ Selamat menyambut Hari Bumi 2026!

Bumi ini amanah kita bersama. Setiap langkah kecilโ€”kurangkan plastik, jimat tenaga, tanam pokokโ€”memberi impak besar untuk masa depan ๐ŸŒฑ

โ€œBersama Kita Pelihara Bumiโ€ ๐Ÿ’š
Ikhlas daripada Kelab Pencinta Alam Sabah

10/04/2026

Danโ€ฆ tamat sudah perjalanan KOAS ke-84! โœจ

Dari hutan ke hati โ€” banyak yang dipelajari, banyak juga kenangan yang dicipta bersama ๐Ÿ’š

Terima kasih semua peserta yang awesome dan SNC Team yang padu! Semoga kita jumpa lagi di program seterusnya ๐Ÿ‘‹๐Ÿป

Photos from Sabah Nature Club's post 07/04/2026

Pembuka tirai program SNC untuk tahun ini dimulakan dengan KOAS kali ke-84 yang berlangsung di Maliau Basin!

Program ini menghimpunkan pelajar dari pelbagai daerah untuk bersama-sama mendalami pengalaman pembelajaran berasaskan alam semula jadi di Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau.

๐Ÿ—“๏ธ 7 โ€“ 10 April 2026

Sekolah yang terlibat:
๐Ÿ”น SMK Likas, Kota Kinabalu
๐Ÿ”น SM Shan Tao, Kota Kinabalu
๐Ÿ”น SM St. Michael, Penampang
๐Ÿ”น SMK Tambunan, Tambunan
๐Ÿ”น SMK Sook, Keningau
๐Ÿ”น SMK Bugaya, Semporna

Melalui program ini, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menekankan kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar.

Semoga program ini berjalan lancar dan memberi pengalaman yang bermakna kepada semua peserta serta SNC Team!

Ikuti kami untuk perkongsian sepanjang KOAS berlangsung! ๐Ÿ‘€โœจ

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Aras 9, Menara Tun Mustapha, Kompleks Ibu Pejabat Yayasan
Kota Kinabalu
88817

Opening Hours

08:00 - 18:00