31/05/2026
DIRGAHAYU TUANKU!
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada seluruh warga Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
31/05/2026
Selamat menyambut Hari Wesak 2026!
Semoga perayaan tahun ini membawa keamanan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya.
Ikhlas daripada seluruh warga Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
29/05/2026
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN!
Dalam dunia yang semakin terhubung, setiap mesej mampu tersebar dengan pantas dan menyeluruh, mewujudkan ruang untuk penyebaran agenda yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
Melalui semangat Kaamatan yang meraikan adat, budaya dan kebersamaan, marilah kita manfaatkan ruang yang sama untuk memperlihatkan nilai hormat, perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan masyarakat kita, selaras dengan tema tahun ini, “Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”.
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada semua yang meraikannya.
Ikhlas daripada seluruh warga KTYS.
27/05/2026
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohammad Adhiem Adrian Adha bin Izar, pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah, yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H.
Allahyarham merupakan Pelajar Semester Enam, Diploma Perakaunan, Program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Ikhlas daripada seluruh warga Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
26/05/2026
SATU-SATUNYA RAKAN KERJASAMA UTM DI SABAH.
📢 Permohonan Ambilan Julai/Ogos 2026 untuk Program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan KTYS masih dibuka.
Terbuka kepada lepasan SPM atau pemohon dengan kelayakan setara.
Melalui kerjasama ini, pelajar berpeluang mengikuti pengajian diploma yang dianugerahkan oleh UTM dengan pembelajaran sepenuhnya di Sabah.
Program Diploma yang ditawarkan:
✅ Diploma Pengurusan Teknologi
✅ Diploma Perakaunan
✅ Diploma Pengurusan Harta Tanah
✅ Diploma Sains Komputer
Pilihan program ini membuka laluan kepada pelajar yang ingin membina asas akademik dan kemahiran sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Kelebihan program ini:
✔️ Pembelajaran sepenuhnya di Sabah
✔️ Diploma dianugerahkan oleh UTM
✔️ Kemasukan terus tanpa melalui permohonan UPU
✔️ Program mendapat kelulusan pengendalian KPT dan akreditasi MQA
✔️ Kemudahan pengangkutan & asrama disediakan
✔️ Pembiayaan pengajian disediakan*
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Pastikan anda mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KTYS sebelum membuat permohonan.
📞 Hubungi / WhatsApp Jabatan Perunding Pendidikan & Latihan KTYS:
019-8233369 (https://wa.me/60198233369)
019-5773365 (https://wa.me/60195773365)
019-4883365 (https://wa.me/60194883365)
Talian Pejabat: 088-239810 / 088-239498
🌐 Mohon Online Sekarang:
https://admission.ktys.edu.my
🌐 Laman Web Rasmi:
https://www.ktys.edu.my
22/05/2026
DARI SINI, ANDA BOLEH PERGI LEBIH JAUH.
Sama ada anda berminat dalam bidang teknikal, pendidikan, perniagaan, pengajian Islam atau ingin membina asas kukuh sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, KTYS menyediakan pilihan pengajian yang boleh membantu anda memulakan perjalanan tersebut.
Permohonan Ambilan Julai/Ogos 2026 bagi Program Asasi dan Diploma Dalaman KTYS masih dibuka kepada lepasan SPM atau pemohon dengan kelayakan setara.
Program yang ditawarkan:
Program Asasi
➡️ Asasi Sains Fizikal
Program Diploma Dalaman KTYS
➡️ Diploma Teknologi Automotif
➡️ Diploma Teknologi Pembinaan
➡️ Diploma Teknologi Elektrik
➡️ Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
➡️ Diploma Pengurusan Perniagaan
➡️ Diploma Pengajian Ilmu Islam
Kenapa pilih KTYS?
✔️ Syarat kelayakan minima
✔️ Lokasi kampus strategik di Kota Kinabalu
✔️ Kampus Induk Sembulan & Kampus Likas
✔️ Institut Pengajian Tinggi & Latihan milik penuh Kumpulan Yayasan Sabah
✔️ Program mendapat kelulusan KPT & akreditasi MQA
✔️ Tenaga pengajar berpengalaman & berkelayakan
✔️ Fasiliti pembelajaran yang kondusif & lengkap
✔️ Kemudahan asrama & pengangkutan untuk pelajar
✔️ Pembiayaan pengajian disediakan*
(*Tertakluk kepada terma dan syarat.)
Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah anda bersama KTYS hari ini.
📞 Hubungi / WhatsApp Jabatan Perunding Pendidikan & Latihan KTYS:
019-8233369 (https://wa.me/60198233369)
019-5773365 (https://wa.me/60195773365)
019-4883365 (https://wa.me/60194883365)
Talian Pejabat: 088-239810 / 088-239498
🌐 Mohon Online Sekarang:
https://admission.ktys.edu.my
🌐 Laman Web Rasmi:
https://www.ktys.edu.my
21/05/2026
Tahniah diucapkan kepada Michelle Shaney Madzalan, pelajar Semester 6 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, atas pencapaian sebagai Tempat Kelima Unduk Ngadau KDCA Karambunai 2026.
Walaupun tidak melangkah ke peringkat negeri, pencapaian ini tetap membanggakan dan menjadi bukti keberanian, keyakinan serta semangat beliau dalam menyertai pertandingan yang mengangkat budaya dan identiti masyarakat Sabah.
Syabas Michelle, semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus menyerlah dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ikhlas daripada seluruh warga Kolej Teknologi Yayasan Sabah.
21/05/2026
Selamat maju jaya diucapkan kepada dua pelajar Kolej Teknologi Yayasan Sabah, Lighturn Lau Che Chen dan Garrick Gerald, yang terpilih sebagai Finalis Randawi Tavantang Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 pada 27 Mei 2026 di Dewan Utama Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.
Lighturn, pelajar Semester 3 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, akan mewakili KDCA W.P. Putrajaya, manakala Garrick, pelajar Semester 6 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, akan mewakili Daerah Banggi.
Semoga kedua-duanya terus tampil dengan penuh keyakinan, membawa bakat terbaik di pentas akhir serta mengharumkan nama wakil masing-masing dan nama KTYS.
Jom warga KTYS, berikan sokongan anda kepada mereka!
20/05/2026
20 MEI 2026 | KUNJUNGAN HORMAT KTYS KEPADA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH
Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bagi memperkukuh hubungan serta mengeratkan jaringan kerjasama dalam bidang pendidikan.
Kunjungan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Hajah Tah Nia binti Haji Jaman, Ketua Eksekutif KTYS bersama barisan pengurusan kolej.
Delegasi KTYS telah disambut oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dalam sesi pertemuan yang berlangsung dengan baik.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan di Sabah.
KTYS merakamkan penghargaan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah serta pihak JPNS atas kesudian menerima kunjungan dan perkongsian yang diberikan.