Urusan Ulamak Sepanggar

Urusan Ulamak Sepanggar

Share

Sebuah badan yang menguruskan urusan da'wah dan kuliah di kawasan Sepanggar

21/11/2023
07/03/2023
30/07/2022

Selamat Menyambut Tahun Baru 1444 Hijrah.

Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, 'Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran' adalah bertepatan dengan situasi semasa negara yang amat memerlukan semangat kebersamaan seluruh masyarakat untuk bersama membina semula sebuah negara Malaysia yang sejahtera.

Pelbagai pengalaman dan cabaran telah kita lalui sepanjang tahun 1443 Hijrah. Meskipun diuji dengan wabak pandemik dan inflasi yang melanda dunia, namun ia tidak menjadi penghalang bagi mereka yang beriman untuk memperoleh kebaikan dan hikmah.

Cita-cita kita untuk melihat negara yang kaya dengan budaya ini membangun sememangnya menuntut kepada kesabaran serta pengorbanan yang besar sebagaimana Rasulullah SAW dan para muhajirin sanggup berkorban meninggalkan segala-galanya untuk berhijrah ke Madinah dan membina sebuah negara Islam yang kuat lagi hebat.

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah, ayat 20,

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَهَاجَرُوْا وَجَاهَدُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ بِاَمْوَالِهِمْ وَاَنْفُسِهِمْۙ اَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللّٰهِ ۗوَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْفَاۤىِٕزُوْنَ

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan."

Peristiwa hijrah baginda membuktikan kepada kita bahawa tiada yang mustahil bagi mereka yang beriman dan berusaha semaksima mungkin untuk menegakkan agama-Nya. Kepelbagaian umat manusia hakikatnya adalah satu kekuatan bagi sesebuah negara jika ia ditadbir mengikut aturan Islam.

Selamat meneruskan perjuangan dan dakwah sehingga Islam meraih kemenangan. Semoga tahun baru ini dapat menjadi tahun yang lebih baik buat umat Islam di seluruh dunia.

"Islam Menyatukan Ummah"

Photos from Datuk Dr. Aliakbar's post 20/04/2022
18/01/2022

“PAS mempunyai silibus yang berlandaskan syariat mengikut rukun usrah itu sendiri dalam membentuk jati diri Muslim yang berguna kepada masyrakat dan negara.

“Kami percaya dengan kerjasama semua pihak, pelaksanaan program usrah ini bukan sahaja dapat atasi isu gangsterisme, malah mampu mengatasi pelbagai masalah sosial dalam kalangan pelajar di sekolah,”

Baca kenyataan penuh dari Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah Hendri Hamsah berkaitan Pemuda PAS tawar khidmat kekang gangsterisme pelajar

Harakahdaily:
https://harakahdaily.net/index.php/2022/01/18/pemuda-pas-sabah-sedia-bantu-kekang-gangsterisme-pelajar/

Sabah News Today:
https://sabahnewstoday.net/pemuda-pas-sabah-tawar-khidmat-kekang-gangsterisme-pelajar

Sabah Baru News:
https://sabahbarunews.com/pemuda-pas-sabah-sedia-bantu-kekang-gangsterisme-pelajar/

13/11/2021

Tahniah kepada YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri atas pengurniaan darjah kebesaran persekutuan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Semoga Tuan Guru terus diberi kesihatan untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

07/11/2021

Selamat pulang kepada semua perwakilan dan pimpinan PAS yang telah selesai bermuktamar selama 2 hari ini.

Semoga muktamar tahunan kali ini menyuntik semangat baru kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS di setiap peringkat.

Jadikan 7 arahan kepada jentera PAS yang disertakan di dalam ucapan dasar sebagai panduan dalam menjalankan tanggungjawab di kawasan masing-masing.

21/10/2021

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhumah Datin Khatijah Ibrahim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.43 petang, 21 Oktober 2021.

Almarhumah yang merupakan balu kepada Almarhum Dato Ustaz Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS, meninggal dunia di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi buah pinggang.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Almarhumah dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

'Islam Memperkukuh Perpaduan'

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
21 Oktober 2021 | 14 Rabiul Awal 1443

21/10/2021

"Beruntunglah Bangsamu..." - Syeikh Dr. Farid Al-Ansari

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan seorang tokoh agamawan, ulama, penulis, ahli politik dan pemikir ulung yang berwibawa dan dihormati dalam kalangan pemimpin dunia Islam.

Tuan Guru atau mesranya, Ayah Chik ialah figura penting dalam dunia Islam sehingga dinobatkan sebagai 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia 2022 dan pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia dari tahun 2014 hingga 2018.

Beliau adalah permata Islam di bumi Malaysia. Bak kata Syeikh Dr. Farid Al-Ansari apabila beliau ditanya kenapa beliau mengajukan soalan yang bertubi-tubi kepada Ayah Chik, beliau menjawab, “aku ingin mengujinya setelah aku mendengar bahawa beliau seorang yang alim. Aku telah menemui ramai orang ajam yang alim tetapi tidak sefaqih ini. Beruntunglah bangsamu tetapi percayalah ramai yang akan membencinya kerana beliau adalah seorang yang tegas pendirian...peganglah beliau.”

Kami seluruh jentera PAS ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-74 dan terima kasih kepada Ayah Chik atas segala jasa dan sumbangan Ayah Chik kepada agama dan negara. Semoga Ayah Chik dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang berkat serta tetap istiqamah dalam perjuangan Islam.



20/10/2021

Selamat ulang tahun kelahiran Murabbi Ummah, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keafiatan kepada Tuan Guru untuk terus membimbing penyatuan umat.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kota Kinabalu