17/09/2026
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐-๐๐ข๐ง๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu telah dijemput untk menyertai Karnival STREAM-finity Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Tuaran, Putatan sebagai usaha memperkukuh Pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STREAM) dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas.
Karnival tersebut diisi dengan pelbagai program meliputi pertandingan seperti Stem Challenge Show, Water Rocket Challenge, Replika Haiwan Imaginasi, Bridge Building Challenge & Assemble Robot Battle Challenge. Turut diadakan pameran daripada agensi pempamer seperti UMS, IPG, UniRazak, Jabatan Meterologi, Taman Hidupan Liar Lok kawi dan ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu.
Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penganjur kerana memberi kesempatan kepada ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu untuk turut serta berkongsi ilmu, pengalaman dan inspirasi kepada anak-anak murid berkeperluan pendidikan kahas (MBPK).